Sabtu
Pagi-pagi lagi aku ke Armada Hotel dengan Ramzi dan Afiq, Petaling Jaya untuk seminar Rubanization. Ini mungkin kali ke-4 aku bersama Prof. Tay Kheng Soon. Pertama, di Sabah, kedua, di Seminar Gagasan dan Kebijakan, Shah Alam dan ketiga, di Indonesia. Corak pembentangan beliau sama seperti selalunya dan jika dikira dalam bidang aku ianya dipanggil Interpretasi - guna gambar dan cerita, bukan tulisan berjela-jela di slaid. Ya, tentu saja tidak sepenuhnya sama dengan interpretasi persekitaran yang menggunakan prinsip Tilden. Oh, mungkin ada dari sekian banyak tulisan aku kalian tak faham, anggap saja ia part of sharing dari bidang aku dan selebihnya gunakan saja Encik Google.
Bertemu Harisz, Mesin Cetak dan Aqil dan bila jumpa mereka ini tentu saja 'perdebatan' tentang libertarian dan sosialisme berlaku dan kali ini soal budaya. Haha, aku nak tergelak pula bila Aqil keluarkan kenyataan "Amin telah beriman dengan Pasaran Bebas". Tapi aku rasa penjelasan aku kepada Harisz pagi itu cukup untuk bagi dia berfikir. Harisz mungkin aktivis muda yang aku minat tengok kesungguhannya dengan kawan-kawan. Ia mengingatkan aku pada zaman rancak beraktivisme dan tentunya aku mahu katakan pada usia sekarang mereka jauh lebih ke depan daripada aku pada usia mereka. Malaysia masih punya harapan di tangan anak-anak muda cuma ada masanya kesabaran itu penting. Semua aktivis mahasiswa pun selalu ulang apa mentera Prof. Diraja Ungku Aziz "bangsamu tak akan maju tanpa mereka yang berani mencabar dan terpelajar".
Aku sangat menikmati pembentangan Prof. Tay walaupun tentunya bidang rekabentuk pembangunan ini adalah bidang kreatif dan tidak ada apa yang fix tentang apa yang terbaik. Jika ada pun perkara-perkara asas yang mesti disantuni ialah soal konsep dan prinsip. Bidang aku mungkin lebih mengkhusus iaitu Pengurusan Sumber Rekreasi yang melibatkan perancangan kawasan dan perancangan rekabentuk kawasan rekreasi.Rasanya pembentangan kali ini antara yang paling menarik sebab Prof. sentuh langsung pasal floor space kerana sepanjang aku buat projek perancangan dan rekabentuk ini, data lokal berkaitan floor space kawasan rekreasi memang tidak ada! Jadi, dengan apa perancang kita semua merancang? Masa nilah aku rasa Doc Wan memang otai betul dan bukan otai kerana imej luarannya. Falin dan Manny mungkin ingat kita guna rumus matematik untuk kira floor space ni. Macam orang gila rasanya. Tapi yang kita buat tu mungkin sangat asas berbanding rancangan pembangunan yang lebih besar - desa, bandar dan kota metropolis.
Peserta program kali ini rata-rata muka yang aku jarang nampak. Ada juga bloggers. Ada juga kawan-kawan yang nak terus lanjut ke Peluncuran Kempen Gerakan Mansuhkan PPSMI, profesional dalam bidang kejuruteraan dan arkitek. Aku hanya rasa ilmu Doc Wan sangat hidup dalam perbincangan yang berlaku.
Lepas program berkenalan dengan beberapa profesional dan aku terkejut juga bila YB Elizabeth Wong, aktivis alam sekitar yang kini jadi EXCO di Selangor sapa aku. Katanya dia baca tulisan aku (tentang pengurusan hutan lipur dan taman) dan mahu aku terlibat membantu beliau dalam kerjanya di Selangor. Aku tak janjikan apa-apa, tapi aku rasa ini mungkin satu peluang untuk aku mengambil pengalaman baru. Tengoklah macam mana nanti....
Ahad
Pagi selepas Rauf keluar, aku dan Naim jumpa Falin, Amin dia dan Manny. Afiq, Den dan Tobek tak dapat ikut saat akhir (gila aku cover kau den, haha) untuk siri lawatan sambil belajar ke Muzium Negara. Lepas bedal nasi lemak di mamak kembar Bismillah, kami buat keputusan pergi dengan satu kereta saja.
Kami bermula dengan pameran senjata tradisional, pameran ASEAN dan juga pameran Malaysia di bahagian dalam muzium.
Aku rasa ini lawatan yang paling menarik sepanjang beberapa kali aku ke Muzium sejak kecil sampai yang terakhir pameran hantu yang ada jenglot tu. Tak tahu berapa kos untuk siapkan semua pameran ini tapi ia tentu menarik jika ada tema yang ditukar dari masa ke masa dan praktikalnya mungkin terbaik enam bulan atau setahun sekali kerana aku yakin persediaan tidak mudah termasuk kos.Hurm, nanti balik Perlis nak lawat muzium. Muzium juga satu kawasan rekreasi. Nak tengok kualiti muzium di Perlis. Aku selalu impi Perlis ada taman rekreasi seperti di Balboa Park yang aku lawati semasa di Amerika. Cukup dah, tak perlu gah sangat.
Aqil perlu lawat ke muzium ini kerana ada buku manuskrip Champa yang boleh didapati serta maklumat-maklumat lain. Tak pasti di ATMA UKM lebih baik atau tidak. Aku macam biasa, menikmati animasi dan juga penerangan berkaitan perdagangan dalam sejarah negara. Ada bahan untuk ditulis :) duit pun habis beratus juga sebab aku beli beberapa buah buku sejarah yang aku fikir sukar didapati di kedai buku biasa.
(Gambar kanan: bersama replika Frank Swettenham) Teringat Pak Khalid ada borak sikit buku beliau tentang Melayu. Aku pernah baca juga dulu versi bahasa Melayu terbitan Universiti Malaya. Serius, aku rasa minat pada Sejarah meluap-luap selepas melalui satu fasa aktivisme.
Petang hujan. Sekarang hari-hari hujan. Seperti biasa, hujan ni ada masa best dan ada masa kurang best. Nak sidai baju terhad di tingkat atas. Tapi syukurlah apa saja Tuhan bagi.
Petang itu kami ke litar go-kart, Shah Alam. Melepak dekat sejam menunggu hujan reda sebelum dapat main.RM35 untuk 10 minit dan aku rasa sangat berbaloi dengan kepuasan yang ada. Ya, tentu saja aku tak akan main selalu go-kart ni. Aku tau Falin mesti tak puas hati sebab 3 kali kereta dia rosak.
Apapun terima kasih sebab ajak aku. Kawan-kawan sekolah kau pun sempoi.
Isnin
Hari ini cuti Hari Wilayah tapi aku diambil bekerja ikut undang-undang England dan Wales. Masa kerja memang fleksibel. Sepatutnya aku cuti tapi aku pilih untuk kerja hari ini sebab salah seorang penasihat kami, Tan Sri Prof. Khoo Khay Kim yang akan isi slot dengan tajuk perbincangan meja bulat "Perpaduan Malaysia".

Perbincangan 2 jam ini disertai sekitar 15-20 peserta dan rentas bangsa. Ia sangat menarik kerana kali ini memang mereka yang hampir tidak pernah aku jumpa terlepas kawan-kawan yang belajar di luar negara. Terkejut juga Hafiz Noor Sham hadir dengan short notice. Tak sangka dia dah pilih untuk berhenti kerja korporat dengan alasan "duit dah cukup" (haha, you make me laugh by making lotsa money!) dan dia mahu sambung Ijazah Sarjana di Australia bulan enam ini. Dia mungkin sebahagian generasi Koleq yang aku kenal dan boleh bangga dari pilihan hidupnya.
Apa yang boleh aku katakan - aku mati hidup semula!
* Sambil tulis aku tengok Project A, filem Jackie Chan yang seronok sejak kecil aku tengok selepas aku menonton filem dia juga - The Lucky Strike. Gila lapar tak makan lagi...
Salaam,
ReplyDeleteSaya lah yang duduk selang satu orang dari saudara amin di seminar Rubanization tu :D
ya, salam kenal! moga ada masa boleh jumpa dan bertukr fikiran :)
ReplyDeletetenkiu bro..
ReplyDeletektorang xdpt gi..
minta maaf byk2..
ptg 2 ade program sukarelawan tuk kutip derma bg palestin..
takde hal bro..
ReplyDeletenanti main bowling lagi beb!
ceh...abg kay tido!
ReplyDeleteakum en amin..snok men go kart yer..nnti buka kt perlis lak..bisnes tu beb..
ReplyDeleteduit takleh beli segalanya...
ReplyDeletewahh lepas ni keja dgn kerajaan Selangor..la.Itu peluang lumayan dan tidak datang bergolek selalu..
ReplyDeleteSaya rasa negeri Selangor perlukan sistem pengurusan hutan yang baik...
Jika kerja sebagai konsultan, tentu saja menarik :)
ReplyDelete