Monday, February 23, 2009

Terhimbau Juga La Sikit-Sikit....

Hari ini hanya tiga aktiviti utama yang aku buat...

Tengah hari aku ikut AMK Perlis buat laporan polis terhadap kenyataan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu YAB MB Selangor. Kira aku pergi bagi ramai korum serta 'berjinak-jinak' dengan balai polis Kangar la, haha. Yang menarik tu rupanya balai polis Kangar dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim!

Lepas buat laporan, kami bergambar sebelum tunggu ketua AMK Perlis selesai disoal siasat Pegawai Penyiasat. Semasa aku tunggu dalam balai tu macam biasa la sejak di KL, aku layan borak dengan Special Branch (SB). Haha, memang sejak dulu aku suka borak dengan SB ni. Mereka tak ada tujuan lain - dapatkan maklumat, kenal kita dan simpan rekod gambar dan diri kita. Tak ada hal punya. Aku sejak dulu memang cakap terbuka dan memang SB-SB ni kena layan ceramah aku la.

Ada seorang SB yang aku kenal di Ijok dulu rupanya dah ditugaskan di Perlis. Dia orang Kelantan. Dulu di Ijok aku bertugas sebagai Pemantau Pilihan Raya dan dia memang kena layan aku cakap macam peguam la, semua undang-undang berkaitan Pilihan Raya. Puncanya sebab dia tak pakai uniform, maka aku cakap baik-baik bahawa dia tak dibenarkan ada di kawasan yang telah ditetapkan. Borak dengan dia agak best dulu sebab aku rasa dia ada pendidikan dari gaya dia bercakap maka senang sikit aku nak bertukar fikiran. Ah, SB ni memang ada kerjanya dan aku pun tau jugalah kerangka percakapan mereka sikit sebanyak. Dengar 100, kunyah betul-betul dan telan yang baik. Mereka pun manusia apa? Niat mereka itu hal mereka dengan Tuhan. Oh, aku rasa nanti aku nak tulis pengalaman aku yang sikit sangat dengan SB-SB ni, hehe...mula-mula goyang juga sebab kali pertama tu umur aku baru 19 tahun! Dah lama okla...Oh, dia kata nak belanja aku makan bila-bila sebelum aku balik KL :)

Petang aku layan pergi tengok Catur MSSPs bawah 18 tahun. Pergh, rupanya selama 3 minggu ni mereka sedang habiskan kejohanan bawah 12, bawah 15 dan minggu ketiga ni bawah 18. Jumpa otai-otai lama yang sebenarnya guru-guru yang pernah mengajar aku. Terkejut mereka tengok aku datang. Kawan-kawan yang sepasukan dalam negeri dulu ada yang jadi guru dan kini mengajar catur di sekolah masing-masing, menarik!

Aku layan main catur dengan anak cikgu Darwis, tak ingat pula namanya. Seorang perempuan, hehe. Dia baru habis sekolah Derma (sekolah lama aku la tu) dan jadi juara kategori wanita selama 2 tahun sebelum tu - dari maklumat Marzuki, sparring lama aku dulu. Kak Syafinaz super senior aku pun jadi guru sekarang. Humang aih, umur dia aku rasa dah 30-an tapi masih macam anak dara comel gitu, haha. Aku baru tahu rupanya Syazliana budak batch aku masa sekolah tu adik dia! Kak Finaz ni masa aku tingkatan 1 dia tingkatan 6 atas. Batch abang Najib, Ketua Pengawas masa tu.

Rupanya permainan aku masih berbisa walaupun tak seagresif dulu. Dulu kalau aku main buah putih, memang selalunya aku agresif menyerang dan buah hitam seperti biasa bergantung kepada gaya permainan pemain buah putih. Lepas menang dengan anak cikgu Darwis, yang aku rasa permainannya bagus tapi boleh diperhebatkan lagi, aku layan main Blitz dengan Marzuki. Blitz ni ialah catur kilat - seorang pemain hanya diperuntukkan masa 5 minit seorang. Main 5 permainan dan keputusannya 2.5-2.5. Okla tu, sebab dah petang, orang nak balik. Bulan 4 ni aku mesti balik Perlis untuk kejohanan Terbuka Perlis, oh..nampaknya Josh Waitzkin terpaksa menjadi guru intensif aku lagi! Harap tak bertindih dengan jadual umrah mak aku - dan adakah kelas di Goethe boleh aku rundingkan? Err..adoi!

Petang lepak sekejap (?) dengan Shamril dan kejap lagi nak ke CC dia. Nampaknya kawan aku yang pekat BN ni dah mula waras bila masuk ke alam pekerjaan. Dia mula nampak apa sebenarnya yang aku cakap sejak tingkatan 5 dulu! Ah, orang muda jangan cepat lelah...

Esok aku nak ke rumah saudara mara kot. Sebenarnya YB Yusmadi ajak aku ke Balik Pulau Ahad lepas tapi aku tak dapat pergi - ada perbincangan berkaitan program. Dan aku juga terpaksa menolak jemputan perkhemahan di Gua Kelam kali ni. Tapi aku puas juga dapat berjumpa ramai orang kali ni dan aku rasa mereka lebih dari puas hati kot tentang pandangan aku tentang anak muda, masyarakat dan negara, cewah! Beb, bila kau ada passion tentang kerja kau, kau akan tahu apa yang kau cakap...

Urm, tentang mak dan ayah, sedikit sebanyak aku dah cakap tentang jalan-jalan yang terbentang depan aku sekarang. Harapnya aku tidak silap pilih...kalau silap pilih, terpaksalah cik Stateskop tunggu sekejap, ops!

Oklah, jumpa lagi!

10 comments:

  1. Cik Stateskop sambil tu kena belajar main catur..hahaha

    yea la buat isi masa lapang nunggu sang arjuna yg sentiasa sibuk 25jam

    ReplyDelete
  2. cik Stateskop on call memanjang..

    tapi okla, tak pernah la ngadu stress yg bukan2, dan juga tak biadap..

    ngaji luar negara kadang2 boleh jadi lebih sopan daripada ngaji dalam negara yg 'poyo' nak jadi kebaratan! :p

    ReplyDelete
  3. ehem..aku tbau bunga2 cinta anak cikgu tu..hmm agaknya amin dah jumper queen n nak check mate taun ni, insyaallah

    ReplyDelete
  4. aik, apa kes lak dgn anak cikgu tu?

    eh, mana boleh sesuka hati nak check mate tahun ni..paling awal pun 2010 insyaAllah..

    relaks..carpe diem!

    ReplyDelete
  5. heh..masin mulut nnti..ats table competition chess tu ader jam kan? masa bjln..huahuahua

    ReplyDelete
  6. ya ya, masa berjalan...chill2 sudey..

    cik stateskop tak buat perangai, so tak payahlah kita kalut :)

    ReplyDelete
  7. inilah yang best baca blog ni

    tak de lah serius memanjang :)

    serius dalam santai.hahhaha

    carpe diem!

    ReplyDelete
  8. haha, asri..siapa yg betul2 kenal aku, itulah aku...

    tapi kdgkala org serius terlebih, aku layan..yg memain sgt pun aku layan..

    ReplyDelete
  9. profession baru amin..pe-layan.. hehe

    ReplyDelete