Untuk aku, dia permata. Tapi baru-baru ini ada sedikit canggung bila aku dengar kenyataannya di media.
"Ferrari kalau disuruh jalan pelan macam Kancil, tentu rosak enjinnya," lebih kurang ulas Adi Putra untuk menjustifikasikan kehidupan di sekolah yang dia pilih untuk berhenti.
Aku fikir negara banyak belajar dari kesilapan memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar. Dalam kes Adi, dia pintar Matematik. Untuk aku, dia permata. Negara harus berikhtiar bagaimana kepintarannya tidak terbazir dan dia tidak juga 'terbunuh' kerana kepintarannya.
Celik Matematik tidak cukup untuk hidup yang lebih luas. Jika benar Adi telah mencipta pelbagai formula terkini, dia harus dikurniakan Ijazah Kedoktoran untuk hasil kerjanya. Tapi Adi harus juga melalui kehidupan sosial seperti kanak-kanak lain. Harus bergaul dengan teman sebaya untuk belajar erti hidup yang lebih luas.
Negara Malaysia sebenarnya tidak cukup menghargai kebebasan. Baik kerajaan UMNO-BN, apatah lagi PAS. Hanya manusia yang menghargai potensi manusia tahu harga kebebasan. Dan dalam proses kebebasan itu, manusia akan belajar erti kematangan.
Kita raikan sumbangan pelbagai genius di dunia yang menemukan pelbagai kehebatan ciptaan Allah s.w.t.. Dan kita juga menanti genius yang faham resmi padi, tidak galak menjadi Prof. Kangkung (istilah Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad). Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Sunday, January 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

check this out http://iremz.blogspot.com
ReplyDeleteces, tak habis lagi tajuk adi putra?
ReplyDelete