Bandingkan kenyataan Pak Lah dengan hakikat sebenar..
Data dan statistik bukanlah kemahiran ramai, apatah lagi dalam keadaan serba tidak bermaklumat, data dan statistik boleh dimanipulasikan sedaya mungkin bagi memenuhi nafsu mereka yang kemaruk kuasa dan harta.
Sekali lagi Pak Lah berbohong! Dan jangan terkejut kerana akan ada mufti yang berterusan mengatakan haram menjatuhkan pemimpin yang zalim!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salaam,
ReplyDeleteamin, bagaimana jika yang berkata demikian ialah ibn kathir? terkejut?
Salam,
ReplyDeletebuat apa mahu terkejut Aqil?
ia jelas dari hadis Rasulullah s.a.w., cuma saya yang daif ini memahami dari segi konteks.
salaam,
ReplyDeleteamin,
jika itu yang ditekskan oleh hadith Nabi, maka adakah itu menunjukkan kesilapan hadith, atau kesilapan periwayat hadith, atau...
mungkinkah tiba saatnya islam hanya dinilai dari sudut konteks semata-mata? sebab barangkali berpaut pada teks (literal) hanya membingungkan umat...
nah, kalau begitu, maka apa gunanya, atau apa faedahnya sebuah teks ya?
salam sdr Aqil,
ReplyDeletesaya bukan pakar Al-Quran dan hadis. Apa yang saya faham teks Al-Quran sebahagiannya berinteraksi dengan situasi semasa kehidupan Rasulullah s.a.w. dan sebahagiannya punya maksud umum.
saya tidak nampak pertentangan dari sudut itu. Dan saya tidak fikir ia satu kebijaksanaan untuk cuba memaksa kebenaran kerana kebenaran pada tingkatnya yang luhur akan berdiri sendiri.
saya tidak nampak pautan pada teks tidak perlu dan saya tidak nampak kita hanya perlu menilai dari sudut konteks semata-mata. Sbg orang yang beriman, saya percaya keluasan dinamika Islam ini harus waras untuk difahami. Selainnya saya berserah kepada saat keadilan sebenar tiba.
salaam,
ReplyDeleteamin,
sebenarnya agama ini untuk apa ya? apa gunanya kita bersolat ya? apa bezanya--secara fizikal--antara orang yang beragama dengan orang yang tak beragama ya?
Salam.
ReplyDeleteAllah s.w.t. itu adalah seperti mana yang kita sangkakan. Dan akhirnya Dialah yang akan memutuskan apa yang kita perselisihkan di dunia.
Untuk membuktikan kehadiran Allah s.w.t. bagi saya adalah supra rasional. Dalam Islam sudah jelas rukun-rukunnya menjadi seorang yang beriman dan Islam.
Selalu juga soalan ini saya tanya, kita memahami agama ini sebagai way of life atau ritual semata?
Agama ini bagi saya jalan yang Allah s.w.t. beri untuk buktikan kehebatan-Nya.
Segala kesesuaian dan pertikaian dalam hidup ini akhirnya hanya sebuah pembuktian Allah s.w.t. itu Maha Hebat dan soal anugerah dan hukuman Allah s.w.t. itu di luar kemampuan saya untuk menjawabnya.
salaam,
ReplyDeleteamin,
tapi apa gunanya Tuhan membuktikan kehebatannya? bukankah sama ada Tuhan membuktikan kehebatannya, ataupun tidak, Dia tetap saja seperti sedia ada?
Salam Aqil.
ReplyDeleteItu sdr kena tanya Allah s.w.t. la nanti.
Untuk saya, hanya Dia yang mengetahui segalanya dan kita hanya perlu mencari.
Sedangkan dalam penciptaan manusia, saat Malaikat seakan berasa tidak perlu Allah s.w.t. menjawab "Aku lebih tahu...".