Sunday, January 13, 2008

Tanda-tanda Pilihan Raya

Hurm, bosan memikirkan perkembangan politik kerajaan yang kacau dan politik pembangkang yang nyaris meracau. Apa kata kita jengok tanda-tanda Pilihan Raya?

1. Isu kaum dimainkan perlahan-lahan di merata-rata ruang - TV, Surat Khabar, Internet dan di mana-mana ruang untuk menimbulkan rasa tidak selamat.

2. Isu kejayaan-kejayaan negara masa lalu, kalau boleh nak cerita sampai zaman Kesultanan Melayu Melaka.

3. Isu pemimpin yang baik, perihatin dan segala macam yang kadang-kadang kita fikir tak masuk dek akal.

4. Tiba-tiba kebolehan pemimpin berlaku, saham melonjak la, projek itu ini diumumkan dan sebagainya.

5. Kecaman-kecaman kepada parti lawan kadang-kadang terlalu emosional dan bernafsu, sampai hilang rasional dan pertimbangan akhlak.

6. Jalan-jalan diturap, tiang lampu dipasang, projek-projek diumumkan. Kakitangan awam mungkin dapat bonus!

7. Tiba-tiba banyak majlis jamuan makan bersama pemimpin-pemimpin.

8. Dalam kes tertentu, tiba-tiba ada tekanan dalam bentuk bantuan disekat, ugutan pelbagai bentuk diterima, cerita keburukan peribadi dan keangkuhan orang menjadi-jadi.

9. Janji-janji muluk dan kempen-kempen buruk bermaharajalela di media awam dan harta benda kerajaan diguna sewenang-wenangnya oleh parti bertanding.

10. Ada pihak melobi dan dapat duit durian runtuh kaw-kaw punya!

Ada lagi?

1 comment: