Saturday, April 12, 2008

Anwar Ibrahim dan Asian Renaissance

Entah kenapa, tiap kali hadir dalam majlis khas dengan jemputan khusus, wacana bersama DS Anwar Ibrahim sentiasa segar. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata Ezam saat aku jadi harapannya untuk GERAK (sebelum aku membuat keputusan aku sebagaimana aku tegaskan saat mula kami kenal dan 'rapat').

Ahli politik dan intelektual seharusnya jadi aset yang membina untuk masyarakat tetapi budaya UMNO sering tidak memungkinkan. Ezam dalam memperincikan masalah ini berkata selepas PRU, orang akan sibuk dengan pemilihan parti di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat.

Aku suka hubungan Pak Khalid dan DS Anwar. Sejak dulu hubungan itu yang aku fikir menambat hati. Tidak mesti bersetuju, tetapi harus bebas mengemukakan pandangan sebelum masing-masing memilih keputusan yang wajar. Perlawanan sosok 'liberal dan konservatif' antara keduanya memungkinkan penerokaan idea yang kemudiannya disesuaikan dengan reality check.

Projek Asian Renaissance telah menghimpunkan kami - 'anak didik baru' bak kata 'adiknya' sdr Khalid Jaafar. Telah banyak tokoh muncul dari siri latihan IKD dan mereka bebas memilih aliran politik dan jalur pandangan mereka kemudiannya. Hanya selepas pemecatan DS Anwar, sosok IKD tidak segah dulu tetapi kerja-kerja intelektual masih terus.

Bagi siapa yang dekat dengan DS Anwar, sangat rugi jika hanya mengenalinya sebagai sosok politikus. Nampaknya dari 'Harapan Baru' yang muncul, kerja kami akan bertambah!

* Hari ini entah apa nasibnya, kereta aku bermasalah. Mujur aku tidak sampai mencarut! haha. Dan aku tidak sempat ke Fakulti untuk 'kerja sampingan' dan ke Pesta Buku! Aduh!

2 comments:

  1. hihihi ;p bang..pegi service kereta x??last service bile??adusss...kamu ni abg ku..salu mcmni..sgt rindu aku nk drive WHG ;p

    ReplyDelete
  2. dah servis la..masalah ni masalah 'luar biasa'..tapi aku tak mahu jelaskan, hahaha

    ianya sedikit 'memalukan'..+ ada 'ilmu hitam' terlibat, hahaha..demi menambah kesan khas kepada kisah itu!

    ReplyDelete