
Seingat aku, perkenalan kami hanya bermula sekitar 2005, di IKD (waktu itu masih di Telawi). Aku hanya tahu dia lulusan Undang-Undang dari UiTM Shah Alam, 2 tahun lebih berusia dari aku. Sehingga 2008, aku kira kami sangat jarang berbual, hampir tidak pernah.
Namun 2008 insyaAllah membuka ruang baru hubungan kami. Eekmal kini aktif bersama MEGC. Dia juga adalah pemuka yang menggerakkan TEAM Asian Renaissance 1.0.
Entah kenapa, aku dengan dia lekas rapat. Mungkin kami orang utara, lawak gurau kami selalu berbunyi kasar, tidak berlapik. Kata sesetengah kawan, MEGC adalah tempat berkumpulnya kroni-kroni Pencerahan dari utara. Tanpa sedar, ia nampak begitu. Dan aku kira MEGC satu perkumpulan yang meyakinkan. DS Anwar pernah, sebelum lahirnya MEGC menitip satu risalah harapan dari balik pagar sel penjara - hanya kerana anak muda yang sebahagiannya lulusan Timur Tengah mula mendekati karya-karya besar dari dunia Barat dan anak-anak keluaran universiti tempatan juga menunjukkan minat yang sama di samping karya-karya besar dari Timur Tengah.
Eekmal dalam satu titipannya pernah menulis "Aku bangun dari tidur hari ini, menggosok gigi dan menatap cermin. Sial betul! Umurku 26 tahun, belum berhasil satu risalah apapun untuk kuhidangkan kepada manusia. Ya! Aku memang cemburu, mana tidaknya pada umurnya lebih kurang 25 tahun, anak orang kaya dari Vienna yang bernama Ludwig Wittgenstein telah mula menulis satu risalah yang besar bertajuk Tractatus Logico-Philosophicus. Orang berada ini menulisnya di celah parit-parit dan mayat soldadu Perang Dunia Pertama. Umur 25! Dan aku masih merangkak menghafal nota-nota pengajian sekadar untuk lulus peperiksaan".
Dan ungkapan jujur di atas sangat dekat dengan aku. Pada usia 26 tahun, antara perkara yang aku kesalkan mungkin kerana masih tersedut dengan persekitaran manja yang tidak membantu aku menjadi makhluk mulia sebagai mana yang difirmankan Allah s.w.t..
Aduh!
kenapa saya tak pernah dengr pasal MEGC?
ReplyDeleteMEGC adalah singkatan Middle Eastern Graduate Centre yang diasaskan oleh Al-Mustaqeem Mahmood Radhi dan aktif menggerakkan diskusi2 dan penerbitan buku.
ReplyDeleteBukan semua perkara kita pernah dengar, tergantung kepada luasnya desakan kemahuan mencari :)
Adakah MEGC turut terlibat secara tidak langsung dengan mana-mana badan politik?
ReplyDeleteIs MEGC open to anyone?
http://100patahperkataan.blogspot.com
MEGC rata-ratanya mendokong agenda Reformasi melebihi sempadan parti politik. Dari segi keahlian, setahu saya tidak ada rekrut dibuat melainkan siri latihan mengkayakan pemahaman masyarakat terhadap erti hidup bernegara.
ReplyDelete