Aku ada masalah dan maaf ini bukan serangan peribadi. Ini aku dapat dari berbalas komen di blog Pak Khalid.
Satu soalan jujur, dan perlukan jawapan jujur jugak, tidak tersentuh langsung kah hati saudara pewaris reformasi bila Rasulullah dihina?
Soalan di atas ditanya oleh salah seorang pengunjung blog ini dalam 'entri panas' baru-baru ini. Khabarnya dia lulusan Sarjana Muda Sastera (Sains Politik dan Psikologi). Maka aku tertanya, inikah bentuk soalan yang absah jika benar dia lulusan dari pengkhususan itu? Adakah ini soalan paling bodoh pernah ditanya kepada seorang yang mengaku Islam atau adakah ini soalan paling bijak diajukan? Soalan ini penting kerana ia mencabar Rukun Iman - Kepercayaan Kepada Rasul. Dan soalan ini muncul kerana komentar aku dalam melayan 'debat gelebeh' yang juga aku cuba sandarkan kepada Rasul s.a.w..
Soalan-soalan lain yang ada :
1) Mana satu pilihan anda( jika benar ) antara Pak Lah Yang Korup Atau Anwar Yang Menggadai Negara ? Soalan ni buat aku tertanya betul ke mamat ni belajar politik dan psikologi? Tak ada silibus psikologi ajar konstruk soalan ke?
2) Berapa lamakah PAS dapat meyakinkan DAP tentang Negara Islam? kan baik tanya berapa lama UMNO-BN sebagai pemerintah Persekutuan dapat yakinkan DAP tentang negara Islam?
Dia mengkelompokkan 'debat gelebeh' ini sebagai pemuka hadhari bertemu kelompok Islam Liberal. Dia bermatian mempertahankan Islam Hadhari sambil dalam masa yang sama mahu 'membodohkan diri dan orang lain' atas ungkapan-ungkapannya. Pernahkah dia memahami perkataan Absah dan Dinamik?
Aduh, nasib umat..apa harus aku bereaksi? Semoga Allah s.w.t. selamatkan aku, dia dan umat ini dengan iman, kefahaman, kasih sayang dan amalan yang benar.
Saturday, April 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin...
ReplyDeletedi saat-saat inilah kita menghargai kebodohan, iaitu kerana dikurniakan Allah keupayaan untuk 'buat bodoh' je dengan kelakuan begitu... sabar ya akhi... fasabrun jameel
ReplyDeleteBenar ya Abu Saif, sejujurnya saya malas nak berdebat dgn sesiapa pun. Ada beza pengalaman dakwah dalam tabligh dan politik.
ReplyDeleteDalam tabligh selalunya kita banyak mendengar dan mengiakan. Atas rasa kasih kerana bimbang mesej tak sampai atas 'perseteruan', maka budaya ikram itu kuat kekal dalam diri saya.
Tapi fenomena politik, tambah2 kalau musim Pilihan Raya atau mengangkat pemimpin, kita perlu tonjolkan sikap..maka nak tak nak kena pilih.
Jauh di sudut hati mengagumi DS Anwar melampau. Saya acapkali bersuara (boleh rujuk juga di blog Anwar sendiri) bahawa tidaklah salah DS Anwar minta maaf dan mengakui bahawa sebahagian dari keputusan kerajaan dulu harus dipikul bersama olehnya walaupun mungkin secara peribadi dia bertarung dalam sistem berkenaan (maksud saya tidak bersetuju dgn Tun).
Ya, tiap sesuatu ada gunanya, saya dah memberi jawapan muktamad saya dalam komen yang lebih sesuai di artikel kununnya PAS kalah.
Salam abu Saif dan pewaris reformasi.
ReplyDeleteDi dalam Al-qur'an ada ayat menyuruh datangkan hujjah jika kamu orang yang benar.Kalau tidak ada hujjah bererti kita tidak dapat memopertahankan apa yang selama ini kita rasa benar.
Apa lagi buat bodoh! je macam kelalkuan begitu...kelakuan begitu apa maksudnya? Jawablah tang mana saya salah..jangan buat bodoh nanti bodoh betul baru tahu.
Patutlah, kamu mantan-tabligh rupanya...Dan atas sikap itulah kamu tidak setuju hukuman mati atas Salman Rushdie sebab takut mesej tak sampai atas "perseteruan" walaupun kamu korbankan satu hukum Islam yang memang tegas dalam hal kemurtadan umatnya.Ingat! ia bukan hukum Khomeini, tapi hukum Islam.!
Saya tidak ada masa untuk jawab yang lain sebab sedang sibuk sikit, Insya Allah saya akan jawab kelancangan saudara memperbodohkan saya dalam isu semantik, soalan polling saya dan lain-lain lagi.
Macamana berwacana tanpa semantik ya? Apa mekanisme saudara dalam berwacana? hanya perasaan? atau ungkapan-ungkapan yang tiada makna?
Wasalam.
Setahu saya, sebagai seorang Islam, atau dalam hukum Barat sekalipun, si penuduh yang harus mengemukakan bukti, bukan atas dasar 'mungkin'! itu bukan bukti, malah tertolak..kalau main mungkin2 ni satu dunia hancur!
ReplyDeleteBertitik tolak dari fakta yang jelas, bukan curiga memanjang. untuk saya, Salman Rushdie seorang penulis dan dia diiktiraf penulis berbakat dalam banyak karyanya dan tidak salah untuk saya katakan dia bagus dalam bidang yang dipilihnya.
Saya tidak pernah mengiakan sebarang tuduhannya kepada Rasul s.a.w. tetapi saya mengikuti penjelasannya - bahawa itu bukan fikiran aslinya tetapi diambil dari satu sumber lain. Rushdie khabarnya telah memperbaharui syahadahnya pada 1990, wallahu'alam. Semoga Allah s.w.t. memberi taufiq dan hidayah kepada dia dan kita semua.
Membenci Salman Rushdie tidak harus sampai kita membuang karyanya. Itu sgt keterlaluan bagi saya. Untuk saya, lebih baik kita berusaha mewujudkan karya yang bagus. Dalam sekian banyak cahaya ketika kegelapan, cahaya yang paling teranglah jadi pilihan. Kegelapan tidak mungkin dapat dihalau, tetapi nyalakanlah lampu!
Dalam faham Hindu, setahu saya, jika keluar agama juga dihukum bunuh. Bagaimana kita harus bereaksi tentang ini? Di mana peranan dakwah dan di mana peranan hukum? Saudara boleh terus menuduh orang lain murtad dan melihat mereka perlu dihukum. Saya boleh terus melihat bagaimana umat kehilangan makna agama, dan melihat mereka perlu didakwah.
Saya berhajat mahu tahu kes-kes hudud yang dibawa kepada Rasulullah s.a.w. dan kita belajar bagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri menghadapinya. Saya juga sangat tidak gemar pendakwaan memilih sdr (meskipun saya tidak semestinya bersetuju). Saya mahu saja tahu sikap sdr kepada keceluparan mulut Tun Dr Mahathir dalam mengulas hudud dan mcm2 lagi kes.
Jika sdr mahu bermain semantik, silakan..tapi jangan marah jika saya tidak melayan.
Komen saya di atas harus dibaca dengan terang. Saya melihat provokasi Salman Rushdie sebagai satu peluang paling besar untuk umat bangkit memperhebatkan dakwah dan persediaan dakwah.
ReplyDeleteDakwaan bahawa sumber subplot Satanic Versus diambil dari biografi tertua tentang Nabi Muhammad (karya Ibn Ishaq) adalah cukup mencabar struktur ilmu Islam.
Jawapan kematian untuk saya tidak akan menjernihkan salah faham. Dan saya perlu tegaskan bahawa saya tidak pernah sekali2 mendokong faham bahawa Barat, US dan Salman mesti betul dalam semua perkara(hanya orang bodoh yang fikir macam tu kot!). Tetapi saya mendokong bahawa Barat, US dan Salman boleh betul dalam sebilangan perkara.
Terimalah Salman sebagai seorang penulis - tidak semestinya ideanya. Kita tidak ada siyadah Islam yang cukup jelas untuk disandarkan. Maka kerja kita adalah cukup rumit dan menentukan.