Dalam banyak keadaan, bukan saja isu ini, aku tengok umat Islam akan sentiasa bermasalah dan cenderung mahu memaksakan supaya berlakunya keadaan Zero Sum Game dan Gamenya pula hendak dipaksakan Muslim vs Non Muslim. Bila berlaku selain dari itu, ramai yang hilang arah untuk membuat keputusan.
Untuk aku, kita harus tahu membezakan apa itu Islam, Muslim, Islamik dan yang sewaktu dengannya. Islam, jika tidak ada antara kita mahu mempertahankannya, ia tidak terluka sikit pun kerana aku yakin dengan sifat tingginya ajaran Islam. Aku yakin kita yang perlu kepadanya, dan bukan Islam yang memerlukan kita. Dalam kes ini, lebih elok kita ambil pendekatan menjelaskan, bukan mempertahankan.
Tindakan kerajaan Belanda untuk aku sangat Islamik berbanding sebilangan umat Islam yang mengangkat slogan Hukuman Mati terhadap Wilders (berlaku di Indonesia). Entah hukum mana yang dipakai sehingga pemeliharaan nyawa dalam Islam tidak diambil peduli pun!
Siapa nak pilih boikot, silakan. Siapa berpegang kepada sebaliknya juga silakan. It’s a matter of choice through what we believe as a better approach. Aku sendiri menolak boikot walaupun sebenarnya aku hampir tidak mengguna langsung dari senarai produk-produk tu.
Lebih elok kita tanya sebanyak mana dakwah kita dulukan sebelum hukum. Lebih baik kita tengok betul-betul kuasa membeli umat Islam yang ada pada hari ini jika kita nak kaitkan dengan keupayaan ia merobek ekonomi Belanda.
Bantahan tetap bantahan. Caranya biar konkrit. Atau kita percaya sebagai contoh melaung-laung semangat anti Amerika akan membantu penggantungan ekonomi kepada negara itu dapat diselesaikan?
Sindrom budaya popular bukan saja dengan membaca majalah Mangga!
Pengakhiran entri ini cukup menarik.
ReplyDeleteKenyataan rasmi kerajaan Belanda berhubung dengan isu Fitna sewajarnya dilihat sebagai salah satu usaha membuka pintu dialog atau dalam ungkapan kau.."lebih elok kita ambil pendekatan menjelaskan, bukan mempertahankan."
Umat Islam harus berani bertindak dengan lebih rasional. Pendekatan melabel Wilders sebagai 'bangsat', 'syaitan' dan 'iblis' sememangnya tidak akan mengubah apa-apa.
Berhubung dengan kempen boikot, macam yg kau simpulkan: "Sindrom budaya popular bukan saja dengan membaca majalah Mangga!"
Alhamdulillah, setidak-tidaknya isu Fitna ini tidaklah sampai ke tahap membakar premis kedutaan Belanda..=)