Sekonyong-konyong ada penulis muda yang kononnya tidak pandai bahasa politik. Hanya seorang penulis muda, biar terkenal dan mengaku tidak berbahasa politik, acapkali bahasa politiklah yang digunakan dalam tulisannya. Dan kerana arusnya dilihat lemah, maka racauan jadi mainan tulisannya.
Aku dan kawan-kawan sentiasa sedar PRU-12 membawa sejumlah makna yang sukar diungkap dengan sejalur pandangan biasa dan untuk itu, kemenangan dan kekalahan tidak harus dinisbahkan semudah itu kepada mana-mana pihak melainkan Reformasi itu mungkin, biar wajah yang membawa obornya berbeza.
Aneh, seorang penulis tidak membahas penulisan Jerusalem Post tetapi lebih suka membahas siapa penulisnya - lantas tidak mengambil nasihat Saidina Ali k.w. secara tidak sedar barangkali - lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Dan umat yang mahu mengekornya diajar untuk fanatik dalam jalur pandang begitu.
Aneh juga seolah tidak belajar komunikasi. Bahasa DS Anwar di Indonesia dan di dunia Barat jadi perbandingan. Bukankah komunikasi itu harus tepat dengan audiens? Malang UM jika benar keluarannya tidak mengerti persoalan asas komunikasi ini. Kenapa tidak teks Demokrasi dan Islam yang jadi taruhan? 2 kali di penjara dalam tempoh 6 tahun untuk aku satu kewajaran. Mungkin dia lupa saat Tun Razak mempelawa Dato' Ibrahim menghantar DS Anwar ke luar negara dan mengikuti jurusan undang-undang, DS Anwar menolak dan memilih Pengajian Melayu sebagai landasan pendidikan tingginya. Dan dia lupa bahawa teks Shakespeare itu lumrah bagi generasi Kolej Melayu lewat masa lalu. Dan mungkin dia tidak tahu teks Hamka adalah kegemaran Mak Yan yang lekas membekal DS Anwar dengannya.
Dakwanya mudah - PAS kalah. Untuk aku, biar PAS kalah tetapi Islam akan menang. Itu janji Tuhan, Allah Rabbul Izzati. Dan Islam itu tidak harus selamanya dinisbahkan kepada orang, lebih baik pada ajaran. Maka sekonyong-konyong terma liberal dan plural dipukul rata. Teks asas pendakwaan dipilih-pilih tanpa mahu memahami siri perdebatan yang muncul darinya. Dan dia mengajar orang faham 7 lapis tulisannya. 7 lapis! Hebat penulis ini. Oleh kerana aku pernah punya passion dalam catur, 7 lapis itu jika di Malaysia boleh dikategorikan hebat!
Lita'arafu - bukan hanya tema mengajak orang memahami kita, ia boleh jadi tema mengajak diri mengenali 'bahasa lain'. Sungguh celaka bahasa 'taqiyah ala penulis muda ini'. Sungguh aku mahu tahu jenis bahasa doa Nabi s.a.w. yang memaki hamun seperti didakwanya.
Rupanya 'saya sejak tingkatan 3 dalam PAS' gagal membawa suaranya ke pentas yang wajar. Dia hanya mahu menghasut dari jauh. Dia berbahasa politik kerana dia tidak mahu nyatakan tokoh pujaannya yang kalah di Terengganu sebagai calon PM. Dia tidak mahu mengakui ada seorang Ayatollah telah menzalimi Ayatollah-Ayatollah lain di negara Iran dan mengkhianati konsensus pakatan.
Aku masih ingat dalam satu forum anjuran IKD dia pernah berkata "Saya tidak kisah mendapat dana yang katanya bersumber Yahudi, kerana Rafidah Aziz tidak sediakan dana bagi penulis macam saya" (lebih kurang begitu maksudnya).
TIDAK ADA JALAN MUDAH DALAM POLITIK. INSYAALLAH, TUHAN TIDAK MENGUJI SESEORANG MELEBIHI KEMAMPUAN MEREKA. DAN TUHAN MEMILIH DS ANWAR UNTUK MENERIMA UJIANNYA YANG BELUM TENTU PENULIS MUDA INI MAMPU MENGHADAPINYA.
Politik memang ada bahasanya. Dan bukanlah keupayaan aku untuk menghukum sesuatu yang di luar batas pengetahuan dan keupayaan aku. Tetapi jika kita umat Islam, kita percaya kepada keadilan akhirat. Kita mengambil sikap di dunia dari rencam peristiwa, dan kita faham bahawa fiqh politik adalah yang paling cepat berubah. Kita mengambil pesan dari Saidina Uthman r.a. bahawa 'agama ini dilengkapkan dengan tangan pemerintah'. Bukanlah maksud Saidina Uthman r.a. bahawa agama ini tidak lengkap, melainkan sistem tidak bergerak sendiri. Dan telah jelas petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam hal pakatan, syura, pembentukan dan perlaksanaan hukum dan sebagainya.
Oh aku lupa, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. sebahagiannya pernah dan sering diperkecilkannya - seorang penulis muda!
* Jauh sekali niat di hati aku mahu bercakap bahasa angkuh. Konteks dewasa aku dari ceruk negeri paling kecil dan suasana keluarga yang sederhana ditambah pergaulan yang pelbagai tidak pernah mengajar aku bahasa angkuh. Dan aku bukan penulis terkenal, yang berupaya meracun fikiran ramai. Aku hanya seorang rakyat yang mahu dewasa dalam penglibatan hidup bernegara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tujuh lapis? Dalam psikolinguistik dan semantik jangan takat 7 lapis, 7 juta pun boleh. Persepsi orang tentang teks itu. Orang sedang mabuk glamour, biarkan sajalah.
ReplyDeleteAlamak Tuan Haji Rastom, nanti kalau saya balik Perlis ingat nak jalan2 Kedah. Boleh kita pekena cendoi ka kat mana2..hehe
ReplyDeletesbg org yg tidak pandai bahasa politik(+ tidak bergerak dlm politik) aku lebih cenderong kpd tulisan FT tu =P
ReplyDeletepak rostam,yg mabuk glamor tu siapa?kalo DS Anwar tu mungkin ya,hehe...
Pewaris Reformasi, no prob, cendoi di Pantai Johoq ada di Napo pun ada tapi jauh sikit.
ReplyDeletemr, myself, saya juga bukan berbahasa politik, cuma berbahasa bahasa. Pokoknya "Engagement politik" cara yang mana satu pilihan kita dalam berhadapan dengan kuasa global dan pluralisme dalam komposisi pengundi yang memberi kuasa?
Demokrasi berparlimen dan berperlembagaan yang walaupun sekular tetapi punyai unsur unsur musyawarah yang Islam mahukan pun tidak dapat dilaksanakan, malah di hijack dengan pelbagai abuse nasionalis + sedikit perisa Islam selama 50 tahun. Kenapa kita marah marah kepda orang yang mahu meletakkan semula asas asas kenegaraan yang betul. Saya tidak kata PAS kalah. Adakah nabi Muhammad kalah ketika memberi muka di Hudaibiah? Saya lihat kebijakan Rasul untuk perbetulkan distorsi dalam tatacara interaksi dan komunikasi. Jika ini sudah dibetulkan segala langkah dakwah akan lebih lestari. Adakah saudara lebih rela berterusan dengan iklim komunikasi yang selama ini dikuasai oleh satu pihak dengan akta akta yang tidak adil atau saudara sambut sebarang usaha untuk mengkoreksi?
me, myself..
ReplyDeleteseperti biasa, saya tidak pernah memaksa sesiapa menerima bulat2 apa juga.
sdr berhak utk pdgn sdr itu. cuma kdg2 saya ketawa kuat2 krn spt sbhgn mahasiswa - kununnya 'bcakap jujur dan tidak berpolitik'. katakan saja minat politik dan itu pandangan saya sbg mahasiswa!
ahli politik sentiasa ada musuh politik. lebih2 lagi anwar yg nampak lebih rapat dgn saudi berbanding iran! sy tak fikir org glamour yg tahu dirinya akan jd berita akan bodoh mahu ckp lain di sana sini. yg bodoh mungkin yg mahu mengulas tanpa menekankan soal latar audiens dan maksud tema ucapan!
Bagus.
ReplyDeleteKedua-duanya nampak kritis.
Sempoi Tuan Haji! Kampung lama saya di Derga, masih ada adik beradik belah2 tu.
ReplyDeleteKawan-kawan,
Tuan Haji telah menjelaskan lanjut kenapa saya optimis dengan Demokrasi Liberal dan Demokrasi Sosialis - pokoknya Demokrasi sebagai landasan memudahkan engagement politik Islam yang kita percaya (tetapi pragmatik, bukan semberono walaupun saya tidak menyertai PAS dan mana-mana parti, apatah lagi sejak berusia belasan tahun!).
Jika sdr-sdri memagami hukum alam sebagaimana dijelaskan Covey, nescaya kita lebih malu dengan sikap quick fix yang ada pada kita.
sy tidak mahu mengulas apa yg pak rostam utarakan itu kerana sy sendiri bersetuju dgn itu.
ReplyDeletetetapi apa sy nampak tulisan FT itu lebih kpd kritikan kepada PAS supaya kembali kpd wadah dan prisip perjuangannya,juga mengenai persoalan morality. keinginan/nafsu utk memerintah seharusnya disusuli oleh perjuangan dakwah dari peringkat akar umbi.FT membawakan contoh apa yg berlaku kpd ikhwanul muslimin.
FT walaupun pada ketikanya tidak realistik dan pragmatik ttp ada ketika kritikannya kena pada susur galur dan gerak kerja PAS.dan kritikan itu tempias kpd DS Anwar kerana apa yg sprt dikatakan oleh Pak Rostam itu-"engagement politik"-konon
p/s:aku membaca tulisan FT secara pukal.
Dia mungkin menulis secara pukal. Sasaran utamanya bukan sukar dibaca - menimbulkan keraguan kepada seorang tokoh yang diterima ramai.
ReplyDeleteSerangan terhadap PAS tidak lebih dari racauan UMNO bila kalah.
Matematik mudah : jika PAS tidak bersama PKR, maka majoriti Melayu tidak bersama tokoh tersebut.
Dinamika politik (jika kita faham graf loceng consumer behavior, tidaklah seburuk itu kita berpendapat).
Mungkinkah Islamik sangat seorang tokoh pujaannya memanggil DS Anwar 'al-juburi' satu tika dulu.
Oh lupa..sedangkan sahabat Rasul s.a.w. sendiri sanggup dimakinya!
salam, apa yang disuarakan oleh ft mungkin salah pada masa sekarang, tapi boleh jadi akan betul pada masa depan. mana kita tahu kan.
ReplyDeletekalau moral boleh dikatakan relatif mengikut masa+keadaan+tempat, maka apatahlagi dengan bahasa politik. lagi boleh!
politik lebih subjektif, dan kadang-kadang lebih kejam! sampaikan kita terpaksa melihat islam sebagai agama harus dicelup-celupkan dengan macam2 idealogi.
inilah dosa para ulama zaman berzaman!
salam, mat sabu atau anwar mereka sama2 teruk saja. dua kali lima, lima kali dua, hasilnya sama.
ReplyDeletejika mat sabu tak sanggup utk bersumpah atas nama wallahi; babillahi; Wwtallahi ekoran 'diftnah', maka samalah juga dengan anwar.
dua2 peribadi yang meragukan! malang malaysia, negara yang tidak punya pemimpin! hidup bhutan!
jika marija berkata begitu, alangkah eloknya berfikir apa yg TG Hj Hadi pilih skrg mungkin salah tetapi betul pada masa akan datang!
ReplyDeleteMat Sabu atau Anwar salah belum tentu menjadikan orang lain betul!
Untuk saya, selagi bernama manusia, kita tidak lepas dari kekurangan.
Belum pernah saya temui paksaan bersumpah begitu dlm mana-mana sirah Rasulullah s.a.w., dan yang saya pasti kita berhukum atas perkara yang jelas, bukan samar2!
Jika ada sekalipun urusan tersembunyi, Allah s.w.t. Maha Tahu dan kebenaran Akhirat adalah pasti!
Inilah masalah obses keterlaluan - mahu jadi Tuhan!
saya tidak mahu pergi terlalu jauh menyalahkan ulama dengan dosa zaman berzaman spt marija nyatakan.
ReplyDeletesaya seorang optimis dgn ulama', bahawa mereka harus bergelut dgn ruang ilmu, ruang fikir, ruang zaman dan macam2 lagi.
Islam itu dipelihara Allah s.w.t. dan Dia berhak memilih siapa yang mampu memberi bahasa kepada makna perintah dan larangan-Nya. Dan pilihan-Nya selain yang kita pasti adalah satu rahsia yang kita perlu cari!
Lazatul makrifah...
Kerana saya dididik dalam disiplin sains sosial, maka 2x5 dan 5x2 utk saya tidak mesti 10!
ReplyDeleteSaya sebolehnya menghormati ilmu dengan maksud tidak menafikan mana2 perspektif ilmu yang dijelmakan dari pandangan manusia.
Tapi 2x5 dan 5x2 biasanya adalah disiplin sains tulen yang dijelmakan TDM :)
ikut haji hadi? apa sebab kena ikut ulama tu? ulama ke, ayatollah ke, ustaz ke, mereka majoritinya hanya cemarkan nama agama islam je.
ReplyDeletekalau nak bersumpah pun suatu kesusahan, walaupun ia bukan kewajipan, maka nah harapkan apa lagi. bukan berdosa pun kalau bersumpah. lainlah kalau ada sebab2 tertentu.
itu belum suroh lakukan sesuatu yang susah lagi. hidup nepal!
marx berjaya buktikan sains tulen betul dalam kes sains sosial. boleh sains sosial membuktikan dirinya betul dalam kes sains sosial? yelah,mungkin anwar dan mat sabu kena baca manifest der kommunistischen.
ReplyDeletenampaknya marija ni tak faham org tgh bincang tulisan yg mana sampai menggagau kenapa kena ikut haji hadi!
ReplyDeletebelajarlah bersabar sebelum berpendapat!
isunya tuduhan penulis muda itu kepada haji hadi!
bersumpah mmg tidak susah, tetapi sumpah bukan boleh buat main mcm zaman kanak2!
anwar dan mat sabu, malah siapa saja nak baca apa pun, silakan. belum ada lg di m'sia prof dlm bidang bkaitan kewangan jd philantropis!
sekurang2nya mereka berani terjun ke politik real yg mahu dihakimi ramai, dan mereka bertahan hingga kini dari kita yang mcm budak2 jerit dari jauh!
Jika marija atau sesiapa saja nak menganut faham apa sekalipun, untuk saya silakan. Selalulah berdoa dan berusaha agar Allah s.w.t. tunjukkan jalan yang benar.
ReplyDeleteSaya berpesan untuk diri saya dulu kerana saya yang membaca, berfikir dan mendengar ungkapan tulisan ini.
huhuhu, bye bye, hidup tibet!
ReplyDeleteANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?
ReplyDelete( MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA NAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA - NAUZUBILLAH !
KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.
1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )
2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)
3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )
4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).
wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.
Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.
Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.
Sebagaimana yang saya tekankan, saya tidak (suka) memahami dunia ini dgn bahasa Matematik mudah.
ReplyDeleteSdr boleh terus berprasangka terhadap DS Anwar. Malah sebahagian dari kita sendiri ada yang memusuhinya - who cares?
Ramai yang lupa bahawa Anwar dan kita semua akan mati, dan jika ada yang tinggal selepasnya, bagaimana kita mengusung kehidupan ini? Kita boleh tidak bersetuju dgn tulisan, malah menentang sikap keterlaluan. Tetapi membunuh karakter bukan cara kita.
Batang tubuh Rasulullah s.a.w. sendiri dilukakan, di'sampah'kan, tapi apa pilihan Baginda?
Hati-hati tidak salah. Gesa saja diri anda ke lapangan jihad di Palestin jika mengubah dunia semudah itu!
Sepatutnya kita belajar apa asbab di dunia Barat org berpusu2 menerima Islam, tetapi dunia kita yang serba 'kami paling beriman' ini orang perlahan2 mengasingkan diri darinya!
Berhenti pukul rata, berhenti membodohkan selain kita, belajar memahami di mana faedah boleh diambil, di mana kekangan perlu dihadapi.
Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Riqaq, bab al-Haudh halaman 379-386 menyebut bahawa kebanyakan para sahabat Rasulullah saw telah murtad sepeninggal wafatnya Rasulullah. Hanya segelintir dari mereka yang selamat.
ReplyDeleteRasulullah bersabda, "Aku mendahului kalian di Haudh dan sebahagian dari kalian akan dibawah kehadapanku, kemudian mereka dipisahkan jauh dariku. Aku (akan) bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah sahabatku (ashabi). Kemudian dijawab: sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka setelah engkau meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathuu ba’da-ka).
Dalam riwayat yang lain Rasulullah juga bersabda: "Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku, lalu dia berfirman: Sesungguhnya Engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan sepeninggalmu. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang (inna-hum irtadduu ‘ala a’qabi-him al-Qahqariy)."
Riwayat-riwayat di atas, dikutip dari The Translation of the Meanings of sahih Al-Bukhari Arabic-English Vol. VIII oleh Dr. Muhammad Muhsin Khan, Islami University, Medina Al-Munawwara.
Terima kasih Marija, insyaAllah saya telah mendengar tentangnya.
ReplyDeleteTapi siapakah anda yang sangat bijak mengetahui siapa mereka itu? Bagaimana dengan hadis2 lain yang menunjukkan pujian Rasulullah s.a.w. terhadap sahabat2nya?
Berhati-hatilah dalam berburuk sangka terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. kerana kurun mereka adalah yang terbaik dan pengorbanan mereka tidaklah sedikit.
Kita boleh malah patut mencintai ahli keluarga Rasulullah s.a.w., tetapi saya tidak fikir kemahuan Baginda s.a.w. dan keluarganya sendiri dalam mencaci sahabat r.a.
Mungkinkah kita mahu mengambil pengajaran dari hal kenapa Saidina Ali k.w. r.a. tidak dapat mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman r.a. sedangkan Saidina Ali k.w. cukup tahu malah berkuasa saat itu...
ReplyDeleteAda garis-garis halus yang perlu difahami dari sirah sahabat yang telah redha mereka kepada Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. juga redha kepada mereka.
Semoga Allah s.w.t. mengampunkan kita semua atas kelalaian dan kelamahan kita memahami bahasa Tuhan.
sama-sama, huhuhu
ReplyDeleteApa akan jadi pada manusia yang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki.Perjalanan masih jauh dan kabur kerna sudah lupa asal, lupa tempat tinggal dan lupa tujuan.Hidup sudah tidak bermatlamat lagi.Disangka berpijak dibumi yang pasti rupanya masih bermimpi disiang hari.Tak pernah mahu mengerti hakikat penduduk bumi kerna sudah buta dan tuli.Dianggap sebaik kejadian rupanya sikap masih mirip haiwan.Terlalu sibuk dengan agama sehingga terlupa hal iman.Masih menggemari hal kulit.Akal senantiasa disalah ertikan.Mata dan telinga senantiasa menipu akan tuan puan kerna perasaan senantiasa diabaikan.Mata dan telinga selalu dibenarkan padahal perasaan membentuk penghayatan.Ilmu dan hayat pencetus penghayatan tersalah tilik berguru dengan syaitan.Setiap ciptaan adalah benar dan pasti. Tersalah tilik kita yang rugi.Setiap yang dimiliki tiada erti pabila hidup sudah berhenti kecuali hakikat hidup difahami.Renung renungkanlah.
ReplyDeleteKita jangan lupa di dalam hukum fiqh, setiap penilaian amal itu adalah berdasarkan yang zahir bukan batin. Kalau kesalahan mencuri bererti mencuri dibuktikan secara zahir.
ReplyDeleteBegitu juga pendedahan ucapan Anwar ini adalah berdasarkan ucapan dia sendiri bukan prasangka.
Jangan kita lupa bahwa taksub itu membunuh rasional kita dan kadang kala mengingkari hukum.
Ambil jalan mudah, baca ucapan itu, dan buat sedikit kajian dan minta penerangan dari Anwar sendiri atau orang kuatnya...kemudian fikirkan...
Saya tak tahu la kalau sdr dah jumpa Anwar untuk itu. Tidak timbul soal taksub jika sdr benar2 tahu bagaimana saya menggunakan segenap peluang dialog yang ada. Saya katakan prasangka kerana kecenderungan memilih2 pertuduhan. Untuk saya, belajar meletakkan sesuatu pada konteksnya. Bukankah keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
ReplyDeleteSudah pasti saya tidak bersetuju jika Anwar mahu memuja Salman Rushdie, tetapi sdr yang sibuk nak bantai sama pun eloklah ambil peluang membaca dan bagitau mana yang setuju mana yang tidak. Semudah itu. Tak perlu sampai mengapi-api orang lain memisahkan diri kerana kerja merapatkan silaturrahim adalah kerja Islam. Kerja bermusuh adalah kerja mereka yang tidak memahami bahawa dakwah itu bermula dengan penerimaan orang atas sahsiah dan hujah.
Seperti mana saya tekankan, kebimbangan wajar ada, malah kepada sesiapa sekalipun yang menjadi pemimpin. Saya pun tak tahu apakah sdr pernah mendengar tentang Convivencia? Apakah jalannya?
Jangan! ingat pesan Tuhan, jangan berdiskusi dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik. Ingat mula ayat itu Wa la', beerti Dan jangan!
"banyak dari Ahli Kitab yang menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kalian kepada kekafiran setelah kalian beriman, karena dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran" (al-Baqarah, 109). Ayat ini sebenarnya merupakan jawapan khusus terhadap perilaku orang-orang Yahudi seperti Ka`ab ibn al-Asyraf, Hayy ibn Akhthab, Abu Yasir ibn Akhthab, Syas ibn Qais al-Yahudi yang hendak me'yahudi'kan orang-orang Islam. Sayangnya, ayat yang sebenarnya bersifat sosial-politik ini dinaikkan statusnya menjadi ayat teologis. Sehingga, semua orang Yahudi dipukul rata.
Belajarlah mengenal Mukhayriq, Yahudi yang taat kepada pakatan dan berterusan membela Rasulullah s.a.w..
Jika sdr mahu menghukum Anwar atas kata2nya, cukup setakat itu, tapi bukan meleret sampai membunuh sebuah kesepakatan yang cukup mirip dengan gesaan Islam! Dan membuka landasan yang lebih besar untuk dakwah Islam!
Saya tak tahu di mana sdr saat kezaliman 'ala hadhari' yang lebih nyata di mana Baginda s.a.w. sangat keras menentang kezaliman sehingga keadilan ditegakkan semula.
Dia tidak pernah marah karena perkara-perkara kehidupan atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dia tidak pernah marah karena hal yang bersangkutan dengan dirinya atau membalas dendam untuk dirinya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni.
Apa yang mahu saya tekankan di sini ialah peranan dakwah dalam konteks dinamika manusia.
ReplyDeleteBukan kerja saya menjawab bagi pihak Anwar, kerana sebagai seorang Muslim, saya percaya saya tidak menanggung apa juga dosanya. Apa yang pasti, saya mahu berterusan, insyaAllah, terlibat dalam proses hidup bernegara yang lebih luas.
Tapi menjadi hak kepada saya untuk percaya bahawa dia adalah antara pemimpin terbaik Malaysia yang belum kita miliki sebagai PM. Dan saya tidak memaksa anda bersetuju untuk itu.
Cuma saya harap sdr purehadharist bolehlah menanggalkan kata mungkin dlm entry sdra jika sdr yakin bahawa sdr menemukan perkara zahir sbgmn sdr maksudkan. Jgn lupa pula dgn perkara zahir yg lain!
Anak muda zaman sekarang...
ReplyDeleteBelum puas bermain api?
Apakah belum cukup terbakar jari? Menanti terbakar hati?
Adakah Art of War lebih dinilai dari Wasiat Iman?
Apakah Ideoligi Marxisme atau Liberalisme lebih mulia dari kefahaman islam dan iman?
Wahai anak muda...
Sadarkanlah dirimu yang terleka
Perjuangan ini bukanlah perjuangan pribadi
Perjuangan ini perjuangan hakiki
Jangan bicara pasal perjuangan
Jika tidak tahu apa arti perjuangan
Jika tidak tahu menegakkan kebenaran...
Wahai anak muda
Janganlah dikau cuba berlari jika tidak mampu merangkak
Jangan sehingga dusta dunia menyeliputi seluruh tubuhmu, lantas dikau tidak sadar dipermainkan dunia...
Wahai anak muda,
bangkitlah... juanglah...
Tegakkan kalimah tauhid di muka bumi
Tegakkan kembali tiang-tiang perjuangan para syuhada'
Semoga kelak dikau akan merasa manisnya perjuangan...
Tegakkanlah agama di landasan yang benar
Tegakkanlah bangsa di landasan agama
Tegakkan tanahair di landasan bangsa
Semoga menjadi sebuah tanah yang dirahmati
dan senantiasa berada di dalam limpah kurniaNYA
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui, Rahmannya meliputi sekelian alam, Rahimnya meliputi semua orang yang beriman,
Kembalilah ke dalam iman...
(sorry, ada pengaruh bahasa indonesia dikit)
Saya kira tulisan ini jelas dan saya tidak bermimpi penyelesaian terhadap masalah umat boleh berlaku dengan mudah. Saya insyaAllah tidak fanatik ideologi, dan tidak mahu fanatik kepada pemimpin (dalam realiti hidup yang saya hadapi).
ReplyDeleteUntuk saya, jika kita sedia, sila mampir ke depan. Pada saya adalah amat bodoh meletakkan pilihan rakyat di Malaysia sama ada Pak Lah atau Anwar (sebagai contoh). Dan lebih malang, kita harapkan Islam tertegak hanya jika satu dari mereka kekal atau naik.
Aduh, nasib umat...
Saudara Pewaris reformasi menyamakan "hadhari" dengan kezaliman.Ini bermakna saudara tidak faham lagi apa itu hadhari mungkin yang saudara faham madani.
ReplyDeleteSaya telah tulis dengan panjang lebar dalam blog saya tentang Islam Hadhari ini. Perlu dipisahkan antara konsep, individu dan juga perlaksanaan konsep.
Dan saya juga nak tanya saudara dimana saya hendak menghancurkan suatu kesepakatan? lebih-lebih lagi kesepakatan Islam? Anwar adalah Anwar, Islam adalah Islam. Sejak bila Anwar mewakili kesepakatan Islam?
Apabila berkata mungkin, itu adalah suatu penanda yang mana, ada lagi keraguan, oleh itu saya minta pendukung Anwar menerangkan kepada saya. Itu sahaja.
Saidina Ali k.w. adalah orang yang paling alim dan faham betul fiqh Islam. Justeru iti, kaedah fiqhlah yang digunakan, walaupun dia tahu siapa pembunuh Saidina Uthman namun tiada bukti kukuh mengikut hukum fiqh untuk menjatuhkan hukuman. Bukan kerana dia berkuasa kemudian dia tahu siapa pembunuh maka dia tidak mengambil keputusan menghukum, itu penyalahgunaan kuasa namanya. Dia ikut hukum Islam.
Mungkin sebab inilah Pak Khalid mengatakan sdr tidak masuk dengan bergaya. Sdr memutuskan sesuatu dari hal yang sdr sendiri pasti tidak pernah memahami bahawa ada berpuluh2 kenyataan dari Pak Khalid dan saya sendiri dari sekian banyak komentar dan sikap yang diambil.
ReplyDeleteSaya tidak mahu berkomentar panjang tentang istilah hadhari yang sdr teorikan. Sejak istilah ini muncul, saya lekas menyambutnya tanpa mahu memberi masa terlalu panjang ttg istilah melainkan melihatnya dari sudut konteks bahasa dan bukan suasana. Tapi dari sudut bicara sudah tentu perlaksanaan penting.
Sdr patut lekas menyampaikan kepada pelaksana dasar supaya istilah ini tidak dipandang tempang. Telah saya sebut berulang kali bahawa sistem yang baik sebagaimana pun digerakkan oleh manusia, apa juga nama yang sdr mahu beri - Hadhari, Madani atau Negara Islam sendiri. Untuk saya, saya malu mengaitkan Islam dgn situasi rasuah yang parah, gini coefficient yang tinggi, keangkuhan pimpinan dlm byk bentuk. Dalam forum bersama UmmahOnline dulu saya nyatakan 2 perkara asas untuk kita bermula dari pandangan saya ialah 1)menghormati kemuliaan insan dan 2) mengangkat martabat ilmu. Sudah tentu kompleksiti kenegaraan memerlukan lebih dari itu.
Saya kekal tidak mahu bicara panjang soal istilah ini sejak dulu lagi meski saya akui muslim umumnya culas dgn istilah ini, belum pun lagi perlaksanaannya.
Nampaknya sdr kena tengok balik kenapa tulisan ini muncul dan jelaskan kerangka hujah. Saya pun tidak mahu ia menggeleber sampai tak berkesudahan. Tidak pernah saya kata Anwar itu Islam dan Islam itu Anwar, tetapi konsensus yang dipersetujui oleh Haji Hadi utk saya cukup Islamik dan membuka lebih byk ruang utk engagement dan dakwah.
Penjelasan yang sdr minta bukan dgn cara memaparkan gambar renungan Anwar sama dgn Salman Rushdie dan kemudian dihidangkan kisah yang jelas tujuannya dan bersifat argumentum ed hominem. Saya cukup pasti sdr tidak ada bukti kukuh hubungan Anwar dan Yahudi melainkan beberapa kenyataan sempalan. Tidak pula terdengar keghairahan sdr terhadap wang negara )?) yang diguna bekas pemimpin utk melobi bertemu Bush melalui pelobi Yahudi?
Apa makna semua ni? Pure hadhari?
Saya tidaklah sampai mahu menuduh Saidina Ali k.w. r.a. tidak berilmu dan mereka yang menentang Saidina Ali k.w. sebagai tidak Islam. Tetapi dinamika kepimpinan ini kompleks. Molek kiranya sdr nyatakan fiqh yang bagaimana digunapakai Saidina Ali k.w. r.a.? Saya benar2 ingin belajar.
Tentang negara Islam, insyaAllah muslim sejati akan berusaha melaksanakan Islam dengan cara terbaik biar apa pun nama negaranya. Cukup buat masa ini kita meluruskan undang2 keluarga Islam yang tidak seragam di Malaysia, eloklah kita bermula dengan itu dulu. InsyaAllah ruang hikmah itu cukup luas.
korang bergaduh macam budak2! kadang2 semuanya bak utopis!
ReplyDeleteSaya suka melayan..dan saya kira saya sudah menghabiskan layanan saya..haha..
ReplyDeleteAkhirnya, dalam konteks real politik, kita semua kena hadapi segala yang ada..dan soal syurga dan neraka akhirnya semua mengharapkan belas ehsan Tuhan dari segalanya..
Blogging tidak selamanya serius..usik mengusik pun harus..hehe
Salam Semua Pencari Kebenaran.
ReplyDeleteSetiap konsep yang diketengahkan hendaklah dinilai dari segi Islam atau tidaknya, ia termasuklah Islam Hadhari. Memang istilah boleh apa sahaja, namun yang penting konsepnya. Sebab itu saya sedang menulis buku untuk meluruskan pandangan Ust Hadi yang ingin membatalkan Islam Hadhari dari segi istilahnya semata-mata. Saudara Pewaris Reformasi, baik dari segi istilah mahupun konsepnya, saya mahu saudara buktikan di mana salahnya Islam Hadhari? Tolong jangan ulangi lagi klise bahawa Islam Hadhari silapnya adalah, bla...rasuah,,,bla,bla...Pak Lah,bla..bla...pegang bahu..apa ni???
Itu semua buka kesilapan konsep atau istilah, itu individu atau perlaksanaannya yang tidak sebagaimana konsepnya.
Baik,cuba bayangkan begini, Islam Hadhari itu dipelopori oleh Anwar Ibrahim atau Ust Hadi. Bagi yang kritis dan terbuka, pasti akan melihat konsepnya,bagi yang taksub akan terima kesemuanya.Yang benarnya ialah, kita harus menilai prinsip dan konsepnya.
Ingat! buktikan dahulu dimana silapnya konsep Islam Hadhari? dan saya tidak berkuasa untuk muslimin yang culas dalam memperkatakannya. Mungkin keculasan itu akibat dari tidak faham akan istilah itu sendiri dan terbawa-bawa dengan sifat prejudis mereka. Ya, kalau dah malas, macamana mahu berfikir?
Saudara sering mahu mengalihkan persoalan utama yang saya cuba bawa, iaitu baca kenyataan-kenyataan Anwar, kemudian lihat apa kefahaman saya dari ucapan itu, kalau betul, ya betulkan kalau silap dimana silapnya? Jangan seperti kepanasan ke sana kemari sambil menimbulkan soal gaya atau tidaknya.Ya, Khalid Jaafar memang bergaya dengan menyebut nama Fagles dan karyanya dan terkini tidak sabar-sabar menghabiskan karya Salman Rushdie si penghina nabi itu!dan mepromosikannya diblognya! Salahkah saya curiga terhadap Anwar dan sahabat-sahabatnya dalam keadaan saya lihat hilang sensitiviti dan perasaan kebencian kepada penghina Rasul. Saudara, kita sebenarnya tidak perlu untuk menampilkan hujah-hujah Al-Qur'an dan Sunnah untuk membenarkan hukuman mati ke atas Salman kerana yang menjatuhkan hukum tersebut bertanggungjawab atas fatwanya. Yang perlu ditanya ialah, mengapa kita beriya-iya benar memuji Salman dalam keadaan dia menghina Rasul? Memang penghinaannya ke atas Rasul itu pada karyanya yang lain tetapi untuk kita tergamak memuji hasil penanya yang lain adalah tidak wajar walaupun atas nama keadilan apalagi ketakwaan. Kita mengiktiraf dia sebagai profound writer atas karyanya yang lain tanpa kita sedari bahwa sebagai seorang novelis, "world-viewnya" yang melahirkan idoeloginya adalah suatu yang tidak dapat kita pisah-pisahkan dari satu karyanya ke karyanya yang lain. Ia adalah suatu kesatuan fikirannya. Cuba bayangkan, pada hari ini dia hina Rasul, esok dia tulis hal lain, lusa hal lain lagi dan begitulah seterusnya, apakah penghinaan itu hilang?
Saudara, untuk memahami kes Saidina Ali ini tidak perlu fikir berat-berat, apakah cukup bukti untuk mengatakan pembunuh Saidina Usthman si folan dan punyai saksi? Ini adalah perundangan Islam dan juga barat!
Jawab dulu isu Anwar ini baru cerita yang lain! Lagi-lagi mahu mengalih persoalan utama!
Kalau ada no. hp Lokman Adam? saya juga ingin check kenyataan beliau berkaitan perjumpaan Wan Azizah, Azmin,Khalid Jaafar dengan George Soros.
Untuk jumpa Bush perlu bayar, kenalah bayar...kalau berjalan atas red carpet di US tanpa bayar? Hebat.....akrabnya..
Ops lupa, ttg tiang2 liberalisme yg sdr pertikai tu..eloklah belajar mengenal idea2 liberalisme dan mencerakinkan mana yg cocok dgn pandangan Islam dan tak. Masa belajar dulu sdr tentu pernah belajar kemahiran berfikir, saya pasti!
ReplyDeleteSalam Pewaris reformasi,
ReplyDeleteSaya masih lagi tengah sibuk dan kebetulan saudara juga akan ke daerah sepi...
Nantilah kita sambung diskusi, dan saya percaya saudara seperti saya juga akan gemar akan wacana-wacana yang agak "panas" tetapi menenangkan minda kerana sekurang-kurangnya kita telahpun bersilaturahmi di dunia tanpa sempadan ini. Siapa tahu mungkin kita akan dapat manfaatnya dikemudian hari.
Saya akan menjawabnya diblog saya dan mungkin akan dipost kesini. Memanglah, saya ni suka guna mungkin, tetapi itulah hakikatnya bila mungkin digunakan, ia boleh jadi ada boleh jadi tidak...kita yang akan tukar kemungkinan itu menjadi kepastian...dan tentulah melalui diskusi yang bersulamkan pembuktian..
Salam maju jaya, semoga hati tetapi terpenuhi dengan keriuhan hakiki dengan teman sejati kita walau di daerah sepi....naluri.
Jika ada masa, sudilah sdra menonton beuatiful mind lakonan russell crowe.
ReplyDeleteDan belek2 juga sekitar perdebatan isu Salman Rushdie dan Satanic Verses, sebagai org yg suka semantik saya fikir sdr akan 'suka' :)
Dan jangan lupa untuk meneliti sekitar selepas kemenangan Revolusi Iran dan polemik yang muncul darinya.