Esok merupakan Majlis Pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI.
Aku akan berada di Hotel Armada kerana menghadiri Seminar Rubanism di mana Prof. Tay Kheng Soon akan menyampaikan kuliahnya. Sebenarnya Rubanism adalah idea asal dari Prof. Tay sendiri.
Aku mula berkenalan dengan Prof. Tay di Kota Kinabalu. Sayang beliau agak tua, sehari sPebelum slotnya, beliau diserang sakit tulang belakang yang kelihatan agak serius. Pandangan Prof. Tay berkaitan pembangunan yang banyak dicirikan oleh semangat kampung (rural) dan bandar (urban) diakui ramai bersifat revolusi dan selaku orang kuat Arkitek Negara (sebuah konsultan pembangunan), beliau menampilkan ciri perbezaan lain berbanding urbanisation.
Semangat aku akan sentiasa di Jalan TAR bersama teman-teman yang mendokong pemansuhan PPSMI.
Pukul 3 petang esok aku pasti berbangga jika para cendekiawan dan juga tokoh akademik Melayu akan berani di barisan depan. Keyakinan aku diserikan oleh kehadiran Dato' Dr. Hassan Ahmad yang akan memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI ini.
Memorandum ASASI pada tahun 2002 boleh dibaca di sini.
Dan tempangnya pandangan Tun Dr. Mahathir telah dijawab di sini.
Mungkin erti reformasi yang lebih luas telah mula bergerak. Ya, ia bukan semata-mata dari hal politik peralihan kuasa, tetapi pengertian mendalam tentang masyarakat madani atau masyarakat sivil!
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment