Err, sebenarnya aku belum buat tagged entah apa-apa dari Zai tu, sabar ya cik adik...pi nyanyi lagu Winter Sonata dulu di sana ok?
Sebenarnya apa yang buat aku layan dengar Daniel Johns menjerit semalam? Ia berlaku secara tidak sengaja waktu aku memikirkan isu Palestin. Aku berkongsi rasa dengan sebilangan teman bahawa rasionalisme mungkin jadi mangsa di sebalik keghairahan sentimen yang ada kini.
Aku tahu kasih sayang kalian terhadap mangsa yang dizalimi di sana cukup besar. Aku juga mahu ada perasaan yang sama. Sayang, kenapa aku tak boleh pujuk hati aku membenci Yahudi semudah itu? Aku hanya bencikan kezaliman, dari siapa pun ia datang.
Apa kaitannya dengan Silverchair?
Sebenarnya aku mula dengar nama Silverchair masa mula belajar main gitar. Waktu itu album Frogstomp dengan imej post-grunge sedang perlahan mengambil tempat. Aku rasa album terbaik dari Silverchair tetap Freakshow dan Neon Ballroom mungkin sedikit di bawah walaupun ada juga lagu dari Neon Ballroom yang aku fikir merasuk - masa itu bila aku dengar Anthem for the year 2000 memang beri aku satu semangat luar biasa.
Dalam Frogstomp terkandung lagu Israel's Son.
Aku cemburu dengan bakat Daniel Johns. Frogstomp muncul dalam realiti mentah dia pada usia belasan tahun. Dia menulis lirik pada saban waktu menghadap kaca TV dan memberi maklum balas padanya melalui muzik. Ya, dulu aku main muzik memang sebagai medan meluahkan rasa marah, kecewa dan harapan sebesar gunung.
Haha, dan waktu itu - malah mungkin sampai sekarang - Daniel Johns mungkin antara bayang lelaki kacak seiras Kurt Cobain (hey come on, aku bukan gay!). Israel's Son hanya sebuah lagu protes seorang anak muda yang percaya pada keamanan dan muak dengan persengketaan di Timur Tengah.
Aku kira Daniel Johns seorang genius muzik. Lagu-lagu Silverchair tak semudah itu untuk dimainkan melalui 3 pieces band (atau mungkin aku yang tak sampai tahap mereka, haha). Kau tak perlu minat politik dalam erti kata ambil tahu teori pun, kemanusiaan tak perlukan kau ada ijazah untuk luahkan perasaan.
Sayang Silverchair khususnya Daniel Johns tidak mendapat tempat yang wajar di luar media Australia meskipun peminatnya di luar sana cukup ramai.
Selepas lebih 10 tahun, kita wajar terus kecewa dengan konflik kemanusiaan yang disalut nama ketuanan agama dan ketuanan bangsa di sana.
Entah, mesin masa aku hanya mampu menoleh ke belakang dengan penuh pelajaran dan melihat masa depan dengan penuh harapan...
Ya, harapan adalah kosa kata wajar untuk kita melangkah terus - hati-hati di balik rimbunan duri.
Aku, kau dan kita semua - doa terus ya?
Jangan lupa doa untuk diri kita juga yang selalu lemah dan penuh buruk sangka...hati kita, ya seketul daging itu yang akan dipersembah akhirnya.
Anthem for The Year 2000
Silverchair
We are the youth
We'll take your fascism away
We are the youth
Apologise for another day
We are the youth
And politicians are so sure
We are the youth
And we are knocking on deaths door
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we dont want to live in a world
Where innocence is so short
We'll make it up to you
In the year 2000 with...
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we dont want to live in a world
Where innocence is so short
We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you
Never knew we were living in a world
With a world that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we dont want to live in a world
World who cares at all
We'll make it up to you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000
Make it hard for you
In the year 2000
Build it up for you
In the year 2000 with you
* Di celah riuh kisah pepijat alaf baru, aku rasa 90's adalah satu zaman penuh ragam dan ia terzahir dalam banyak baris kata yang aku puas menikmatinya - ah, mungkin hanya kerana jiwa mentah aku saat itu. mungkin.
** Setelah aku harung suku abad hidup, aku pasti, meskipun pahit untuk mengakui..bahawa ada manusia yang tidak pernah peduli tentang kata dan laku mereka yang zalim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ceh dari hari tu kata nak stop pastu nak buat tag..erm haram tak nampak lagi..ikut suka lu la nak buat bila janji berbuat:-p
ReplyDeletehahaha...lagu 3 kupang lagi best:D
dah buat tapi x upload, boleh jawab mcm tu? :p
ReplyDeletehaha. i still have a couple of daniel johns' posters in my closet. too pretty to take them down :D
ReplyDeletehaha, he's damn cute! :p
ReplyDelete