Sunday, January 11, 2009

Suddenly, I'm In The Best Mood

Tidak, tidak - aku tak buat apa-apa pun untuk justifikasikan tajuk entri ni.

Ia hanya satu perasaan yang besar semasa mengharung zaman pelajar. Tapi aku melihat ia pada diri orang lain. Seorang sahabat dan teman yang tidaklah rapat sangat kerana kami berjumpa pun sejak 2005 sekitar 2-5 kali setahun. Tapi jiwa muda yang penuh cita-cita sentiasa buat kami rapat.

Dia muda setahun dari aku tapi mungkin kami berkongsi banyak pandangan yang sama tentang anak muda dan masa depan. Hanya saja dia memanfaatkan masa-masa terbaiknya di luar negara sebelum ini.

Ah, mungkin aku mudah larut dalam hidup yang penuh harapan?

Tidak. Aku yakin. Dan aku akan terus berjuang.

Harapnya blog itu akan selamanya ada kerana aku akan selalu ke sana untuk mendapatkan semangat yang hilang. Lekas-lekas aku muat turun video yang ditunjukkan. It just so sweet. Aku rasa semua laki boleh jatuh cinta kalau begitu cara kau luahkan rasa kau.

Siapa sangka blog hopping ni akan temukan kau dengan sesuatu yang membesarkan jiwa kau?

Ku merindu! Masa muda jangan pergi lekas sangat.Oh Tuhan, tolong ya?

* Kalaulah dia cinta kau - aku kira kau sangat bertuah! Sangat-sangat...walaupun sekilas dia mungkin bukan yang kau akan pilih.

** Lega seh sebab dah dapat mood ni sebelum tahu Chelsea kena titik dengan MU. Ziranat, aku terpaksa tutup telefon sekejap sebab budak-budak MU berderu hantar SMS kat aku, haha...kalian memang!

20 comments:

  1. tak pe tak pe..aku faham perasaan kau..aku faham...

    MUFC (3) Chelsea (0)

    (",)

    ReplyDelete
  2. "Kalaulah dia cinta kau - aku kira kau sangat bertuah! Sangat-sangat...walaupun sekilas dia mungkin bukan yang kau akan pilih."

    very meaningful words for me...

    ReplyDelete
  3. patutla aku berat hati nak tgk game ni wpun siang ny berkobar2 nak tgk..klu tgk mesti membazir jaga malam..huhu...min, aku masi tuntut cerita awek ko...hoho

    ReplyDelete
  4. cis, apalak main tuntut2 ni?

    aku single tapi not available as for now..parut tak baik lagi, hahaha..

    doktor kata 20 Februari parut tu dah tak payah letak ubat bius dah :p

    ReplyDelete
  5. 20 Februari akan di bius cinta kah?

    ReplyDelete
  6. eh kau penyokong CHELSEA ke?

    haha.. sama lah ngan aku sampai ke tengah hari ni penyokong MU dok sms aku... hampagas betul.. hehe

    ReplyDelete
  7. hehe...chelsea fan ke? kucewa x MU mng?

    hehehe...

    ReplyDelete
  8. ceh awal sangat dah plan 20feb... ada majlis gilang gemilang ka mau buat?...kad jmputan nya mana? huhu

    ReplyDelete
  9. 20 februari hari lahir guwe yg ke-27 insyaAllah..

    tarikh lahir guwe sama dgn kurt donald cobain..so, jangan marah ya para pencinta seattle sound di luar sana? hahaha..

    tapi guwe takkan jadi macam cobain yang kunun bunuh diri.. (cewah, guwe mcm percaya lak courtney love yg pakat utk bunuh dia!haha)..

    so, sempena usia 27 guwe akan lebih serius fikir soal hati guwe ni.

    ya, guwe support Chelsea and proud of it, hahaha. pedih gak la tgk MU menang, tapi MU pun guwe suka gak dolu-dolu - zaman Robbo jadi kapitan!

    ReplyDelete
  10. cecece..
    alasan..
    xnk kena kutuk ke..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  11. haha, sila sila sila...

    anep gomok bukan main 'up' lagi kutukannya..

    fufu siap teks gua "man u tgh lawan selangor ke?" macam harem je..

    jali dan lain2 lagi...

    gua? sabar jerla..

    ReplyDelete
  12. ish, mana ada..

    aku baru 16 :p sebab tu beria ja dok cerita bab cinta, hahaha

    ReplyDelete
  13. manny die bkn promote tapi die cuba untuk mengingati(setiap masa dan ketika)..tkt2 die tersilap tarikh birthday sendr..ssh citer tu..tak ingat thn leh maafkan lagi..hahaha

    ReplyDelete
  14. pada hari kejadian, lu sound gua k. takut gua lupe..karang tak dapat wish dari aku merajuk lak..hahaha

    ReplyDelete