Saturday, January 17, 2009

Hari Terakhir Akademi Merdeka Januari 2009


Sekarang Alec Van Gelder dan Philips sedang mengisi slot yang dikhususkan untuk mereka. Mereka dari Institute of Policy Network (IPN) yang datang bersama Prof. Julian Morris.

Aku sedang menanti Prof. Xingyuan untuk dibawa ke KLIA.

Semalam bukan main girang para peserta bila dapat buku-buku baru yang ditaja oleh Institute of Economic Affairs (IEA), UK.

Selepas makan tengah hari nanti Forum di bawah Projek Pengukuhan Institusi Demokrasi (PADI) akan diadakan. Sebelum itu kami akan makan tengah hari bersama-sama alumni Akademi Merdeka Ogos 2008 yang dijemput khas.

Kenapa aku rasa gembira setiap kali Akademi Merdeka? Sebab kami rentas parti - tidak kisah kamu mahu sokong parti apa pun malah tidak berparti sekali pun. Apa yang penting bagi kami ialah politik idea dan manusia sebenarnya berkongsi hasrat yang sama - mahu kehidupan dan dunia ini menjadi lebih baik. Caranya mungkin berbeza, tapi fundamental kepada perbincangan jelas dan kami juga menawarkan sesuatu berbanding sekadar menghentam apa yang kami fikir tidak baik untuk rakyat.

Kita harus bergerak ke arah politik tinggi di mana seluruh rakyat tidak rasa diabaikan oleh undang-undang dan kita boleh terus hidup aman dengan meraikan kepelbagaian yang ada.

Bunyinya indah tapi realitinya memerlukan lebih daripada sekadar cita-cita. Keep on learning each others - kau dan aku sama, kita manusia dan kelebihan masing-masing mari kita kongsi dan kelemahan masing-masing mari kita sama baiki.

Fajar baru Malaysia - rakyat akan mengambil semula sebahagian tanggungjawab dan tidak menyerahkan seluruhnya kepada politikus. Kita boleh! Nape, tak percaya ek?

2 comments:

  1. min, buku ape tu? kirim seketul kat kite.

    Nizam
    KK

    ReplyDelete
  2. Tak ada banyak baki tapi kalau kau mahu, tekskan aku alamat kau..

    Rindu la pulak nak ke Sabah..

    1) Road to Serfdom - FA Hayek
    2) Waging the War of Ideas - compilation..

    ReplyDelete