Tengah hari sikit bos (London) telefon ajak jumpa Mus di Bangsar. Ajakan ini menarik kerana tentu aliran perbincangan yang bakal berlaku akan berkait dengan kerja aku nanti. Tak banyak sedikit pasti kena. Memang jika bos aku balik, jadualnya cukup padat. Aku tak pasti sama ada aku akan disuruh ke Singapura hujung bulan ini atau tidak. Khabar dari corong telefon seolah menyatakan bahawa tidak lama lagi aku akan ditempatkan di Bangsar.
Aku terpaksa tolak ajakan dia sebab ada dua pertemuan dengan orang lain. Memang waktunya beza sejam, tapi Bangsar dan Seri Kembangan bukan satu jarak yang munasabah untuk itu kerana perbincangan nanti tak mungkin berlaku hanya untuk satu jam! Mus mungkin orang yang aku seringkali jumpa tapi jarang kami bual serius. Jarang berbual pun kot sebab Mus memang jarang bergurau. Nak kata keluaran Jordan semua begitu tak juga sebab Hakim agak sempoi.
Pertemuan jam 3 dengan orang pertama selesai singkat saja. Ada surat aku perlu buat untuk lanjutan. Pertemuan seterusnya tidak diatur sebab aku tau hari ini ada kuliah dan amali Kemahiran Rekreasi Luar (FHR3616). Seperti biasa, alumni rekreasi memang suka ziarah adik-adik. En. John memang ajak aku tolong dia seperti mana biasa. Sejak 2003, aku dah bersama banyak juga kelas rekreasi - interpretasi, perniagaan rekreasi, perancangan tapak, perancangan kawasan...kemahiran jangan cakap la. Aku rasa gembira je walaupun tak dibayar untuk buat semua ni. Kalau ikut aku nak diminta bantu kelas Hutan Bandar, tapi tak pasti sebab kelas tu rasanya tak ada amali.
Aku ingat lagi bila En. John balik dari UK, dia bagitau budak-budak batch 2007 "saya bukan nak jaga kamu saja, saya kena jaga dia ni juga (merujuk kepada aku)". Haha, En. John memang tahu 'kenakalan' aku sejak sebelum dia ke UK lagi. Seotai-otai dia, pening juga kepala dek nakalnya aku. Khabarnya dia nak buat G to G - nak tukar universiti. Entahlah, bidang rekreasi di Fakulti Perhutanan memang sering dianaktirikan tapi suka atau tidak, hakikatnya budak rekreasi memang tak mengecewakan walau sering disalah anggap.
Paling terharu bila En. Abbas sendiri yang akur dengan hakikat ini selepas balik dari Gunung Korbu. Akhirnya dia tahu kenapa 'bonding' kami sangat kuat dan apa yang bina karakter kami sedikit sebanyak. Bak kata Martin Luther King Jr "The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy". Hakikat ini mungkin lebih kuat dirasakan En. Abbas selepas dia ikut kami ke Gunung Tahan (Merapoh-Kuala Tahan) tidak lama selepas itu. Aku bangga pula tengok adik-adik yang kena penangan gunung ni...teringat zaman aku gila mendaki dulu. Rindu wei!
Aku ke makmal Kemahiran Rekreasi Luar dengan pakaian formal sebab sebelumnya aku jumpa orang yang aku perlu berpakaian sebegitu. Duduk di tepi tempat biasa para instructor dan fasilitator lepak tapi En. John suruh aku duduk sebelah dia. Aduh, nasib baik adik-adik yang ada sekarang ni rata-rata kenal aku - budak ex-Diploma Perhutanan terakhir di UPM (ambilan 2005). Mereka sedang membuat persiapan untuk ke Gunung Liang Barat cuti pertengahan semester dan Tahun Baru Cina ni.
Terkejut juga sebab kem pendedahan mereka terpaksa ditangguh. Aku bisik pada En. John untuk cari masa yang sesuai kerana kem pendedahan pada aku sangat penting. En. John setuju tapi memang semester yang ini adalah semester yang sibuk dengan cuti yang banyak. InsyaAllah jika tak ada aral, aku akan bersama alumni lain singgah di Banding untuk Kem Akhir.
En. John minta aku tolong pantau kemahiran tali - ikatan dan simpulan. Semester ni sama macam tahun lalu, tugas mereka ialah adakan Ropes Course di ruang kiri fakulti. Sejak batch aku, berkat ramainya kami serta bantuan otai-otai lama yang masih ada seperti Talang, Tunggong, Essan, Pizal dan lain-lain, kami tak lepaskan peluang untuk sediakan aktiviti Tali Aras Tinggi (High Ropes Course) sempena Pesta Konvo UPM. Enjoy walaupun penatnya hanya Tuhan saja yang tahu. Konflik jangan cakapla. Paling gila masa kami organize 6 tapak serentak - i) Tali Aras Tinggi, ii) Kayak, iii) Pertandingan Memancing, iv) Kejohanan Paintball, v) Pameran Rekreasi dan juga vi) Mini Zoo.
Penghujung amali hari ini, En. Mubin, mantan Timbalan Penguasa Taman Negara Pahang yang kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Fakulti Perhutanan (kalau kalian ingat, dialah orang kuat Persatuan Pentas Ilmuan masa mula-mula kita masuk tahun UPM 2000). Dia bentangkan dari perspektif pentadbir berkaitan kes kehilangan Umaisarah di Gunung Tahan selama 19 hari. Ia bukan cerita misteri walaupun ada sedikit disentuh. Kos operasi mencari menjangkau setengah juta setelah dihitung kos PERHILITAN, Polis, Tentera, Komando VAT 69, Guide dan lain-lain. Kau bayangkan hanya split second kecuaian boleh beri kesan yang besar. Aku memang harap sangat-sangat tidak ada kecuaian yang berpunca daripada FHR3616 meskipun tidak terkecuali dalam proses belajar kesilapan akan berlaku.
Pertemuan petang ini sangat menyegarkan. Aku rasa muda, hahaha! ups!
Tadi bos contact aku. Ya, malam ini - esok kami ada dua pertemuan yang perlu dihadiri. Ok, kali ini aku ikut :) Oh ya, petang tadi juga dapat email kedua dari British Commisioner. Nampaknya sesuatu perlu dilakukan.
Kamu di luar sana, TOEFL atau IELTS yang lebih mencabar?
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOEFL @ IELTS?
ReplyDeleteKata ORANG TOEFL lebih mencabar. Saya tak pasti sebab cuma biasa ambil IELTS dan saya rasa OK (biasa saja). Kalau nak ke US lebih baik ambil TOEFL (tapi kebanyakan institusi di US pun dah banyak yang terima IELTS). Good Luck!
-umi Q
erm kalo ikut ranking ni menurut cikgu IELTS la..IELTS lagi ok(sound likes bias tapi majority people said so)..pape pun it depends on the univ..some of the university they prefer TOEFL..actually TOEFL n IELTS in the same ranking from what i noe..
ReplyDeletelast time before came here i need to sit for a TOEFL but at last tak payah...kihkihkih...hapi(tapi dah masuk kelas IELTS dah)
pergh bosan sbb ambil kelas persendirian one to one..tak leh nak ngelat langsung..kalo korek hidung pun sure cikgu nampak sebab duduk tak sampai 60cm jauhnya..jerawat pun leh nampak(ye sy dh mula melalut)hahaha
erm pape pun tanye uni tu dulu dia nak apa..mane tau MUET dah cukup hahaha ok2 ni mmg ngarut..gua gurau beb..
bunyi camne g oversea jer...sambg phd ker en amin?
doakan saja :)
ReplyDeletemisi 2010 kan dah ditangguhkan?
zai, kau punya lalut tak ingat :p
amin..moga2 tercapai impian anda..:D
ReplyDeletemmg ditangguhkan tapi jodoh mautkan kat tgn tuhan..mane tau hjg tahn ni oopppss..hehehe..aish asal la rasa diri tu tua sgt..blum cecah 30..even 30 pun tak la tua mane lagi..ada apa dengan angka..hahaha..ehh tapi ade kaitan dengan kamu..
haha, siot!
ReplyDeleteasal ada point je cepat masuk ek?
hahaha bkn slalu nak kena..kt kn pandai cari peluang yang ada tak gitu?
ReplyDeletepergh! setengah juta = 19 hari?!
ReplyDeleteteringat ms batch kecik..naik tahan masa raya haji 2005 kn? ke raya haji 2006? yg tu aku rs wrong timing la weh..
haha, aku kena cakap no komen utk pengalaman berharga itu..2004 aku rasa
ReplyDeletebkn 2004 yg pastinya..sekitar 2005-2006..ms kecik start buat minor
ReplyDeleteaik..aku 2003, batch kus seharusnya 2004, batch fahimee 2005, batch afiq 2006, batch shahrini 2007, batch daha 2008...
ReplyDeleteaku rasa 2004 sebab time tu aku bertanding PR Kampus...
aduh! memang aku rasa aku ada prob bila selisih setahun atau sebulan atau sehari. hampeh!
hahahaha ni dah betul2 parah ni..serius lu mmg ada mslh bila selisih thn..lalalalalala..ok lepas ni kalo dia berckp psl thn sila jgn percaya bulat2...
ReplyDeletehahaha, tapi cerita gua tak tipu aa.
ReplyDeleteyg lawak tu, bila org up cerita, selalunya senang dikesan dan kita layan. tapi ada minah sorang tu haram x dapat kesan..
aku gelak guling2 bleh?
hahaha sila2 paling best gelak n guling depan dia...:-p
ReplyDeletekes aku tu 2004. time tu shah sesat, pastu bermula detik bahgia aku...di upm...
ReplyDelete