Aku tak ingat nama kelas-kelas lain semuanya, maka aku hanya tulis tentang kelas aku - 4 Berkat. Rasanya darjah 4 ni kehidupan aku bergolak dan aku tak betul-betul tahu kenapa. Sukar untuk meletakkan sesuatu kekurangan pada faktor luar yang pelbagai. Maka, katakan saja ia mungkin dari silap aku sendiri.
Guru kelas 4 Berkat 1992 ialah cikgu Sharifah Hanifah. Dia kelihatan agak senior berbanding yang lain. Orangnya sangat kurus, bertudung labuh dan jujurnya kelihatan seperti seorang nenek. Cakapnya lembut dan baik. Dia mengajar bahasa Inggeris.
Darjah 4 kelas telah dirombak. Pelajar-pelajar terbaik ditempatkan di kelas nombor 1, kelas 4 Berkat la kemudian diikuti kelas-kelas lain. Shahrul Nizam dan Salman telah berpindah ke sekolah Jejawi, Zaid berpindah ke Johor dan sebahagian kecil ke pelbagai sekolah. Tahun ini Ahmad Fadhli Zam Zam a.k.a. Pali baru masuk kelas kami. Dia berasal dari Melaka. Pekat Melaka tak ingat punya. Dia ikut ayahnya yang ditugaskan menjadi Pengarah Kastam negeri. Kakak Pali, pergh...err, nak kata apa ek? Cun? Lawa? Comel? Cantik? Ish! Tapi kakak dia umur dah berapa...
Aku masih ingat cikgu Mahziliyah suka sangat dengan corak bunga yang aku buat dalam laporan tugasan Bahasa Melayu...saja hias. Sebenarnya aku saja cuba tiru dari buku lukisan abang.
Cikgu Adnan mengajar Matematik. Aku pernah dihantarnya ke bilik Guru Besar, cikgu Desa untuk dirotan kerana tak siapkan kerja rumah. Aku ingat lagi dia suruh Afni hantar aku ke bilik Guru Besar. Ya..darjah 4 ni dah ada kelompok elit menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Aku pernah tanya Afni di friendster (dia dah kahwin dua-tiga tahun lepas lepas bergraduat dari USM), tapi dia tak ingat. Masa darjah 4 ni aku memang tak suka Afni sebab selamba dia bagitau cikgu Desa "dia ni tak pernah buat kerja rumah, cikgu Adnan suruh saya bawa jumpa cikgu". Cikgu Desa memang agak digeruni di sekolah. Lepas Afni cakap macam tu, aku cuba mencelah "eh, apa pulak tak pernah buat...". Cikgu Desa tak cakap banyak ajak aku masuk bilik dia dan rotan, depan Afni. Macam sial aku rasa. Jatuh jugalah ego seorang budak nakal. Air mata bertakung tapi aku tahan.
Balik kelas cikgu Sharifah panggil dan tanya gaya seorang ibu - terus tumpah air mata aku - dem! Cikgu Sharifah bagi aku rehat kat 'bilik kesihatan' sebelah kelas 4 Berkat. Dia cuba pujuk aku. Nak jadi cerita, mak aku datang sekolah pula waktu tu sebab pihak hospital buat pemeriksaan kesihatan untuk budak sekolah. Mak tahu aku kena rotan tapi mak tak menangkan aku atau cikgu. Rupanya cikgu Desa ni bekas jiran aku...patutla!
Dulu kelas Kemahiran Hidup diajar cikgu Hasrin. Cikgu Hasrin ni kahwin dengan cikgu baru yang mengajar di sekolah kami (maaf aku tak ingat nama). Aku ingat lagi zaman dia dok mengorat cikgu ni...lirik "Biar cinta, terhalang gunung dan samudera" tu sentiasa bermain di bibirnya. Dia juga pernah chong aku kata dia kawan dengan Azman Adnan. Waktu tu kami gila bola dan Azman Adnan baru jadi star! Cerita lirik dan Azman Adnan ni aku tak begitu ingat tahun bila. Cikgu Hasrin, kereta Volkswagen merah dia tu memang sesuai dengan dia.
Pernah sekali kelas Kemahiran Hidup kena bawa telur. Aku bawa lebih, tinggal satu dalam beg. Hanya masak dua saja. Aku lupa langsung. Pernah melawak dengan cikgu Mahziliyah dalam kelas, dia cuba pukul aku dengan pembaris panjang tapi kena beg. Rupanya telur pecah. Lepas 3 hari aku bau semacam. Cilak tul! Bau telur tu dah boleh termuntah jadinya. Hasilnya, aku bawa beg balik kampung Garfield pi sekolah selama satu minggu, huh!
Sebelum mula sekolah, senior selalu main takraw di gelanggang antara 4 Berkat dan kantin. Aku pernah la ikut sama main sebab memang aku banyak berkawan dengan senior. Tapi paling menarik ialah Faizal Aziz Ibrahim dah dapat main dengan pasukan bola sepak sekolah. Dia anak Ibrahim Saad, ketua pasukan bola sepak Perlis. Aku hanya tahu Faizal disingkir dari pasukan hoki remaja Malaysia selepas kantoi hisap rokok. Sayang, dia sangat berbakat...ada lagi kisahnya nanti masa darjah 6.
Selain itu aku ikut pasukan badan beruniform Pengakap. Waktu rehat kawan-kawan beria buat ujian untuk macam-macam pingat dan lencana. Seingat aku, Dzul dan Wandi antara yang paling aktif. Aku tak pun, hehe. Tapi sempatlah terlibat bawa kad kutip derma dan buat kerja kebajikan dari rumah ke rumah - basuh kereta, tebas rumput, cuci longkang dan lain-lain.
Darjah 4 dah ada Khemah Ibadat. Kami memang rapat dengan Ustaz Rifa'e. Rindu wei dengan ustaz dan motor SS-nya. Masa ni Naser baru masuk Seri Indra tak silap aku. Naser ni konon mat keras kepala dari kelas kedua tapi aku memang tak pernah hairan pun. Aku meluat sikit dengan samseng bodoh dok buli orang ni.
Darjah 4 aku rasa klik-klik memang lebih ketara. Ada yang dah akil-baligh dan ada yang masih riang ria. Aku? Rahsia!
Aku masih ingat saat aku, Dzul, Zofar dan Pali duduk di pokok betul-betul tepi pagar Pens Travelodge yang baru nak dibina. Poyo nak mampus buat pengakuan ala-ala secret society bagitau siapa budak perempuan yang kami suka, muahahahaha. Bila aku ingat balik memang sangat tak boleh blah. Pali masa baru masuk sekolah pakai seluar pendek, seksi beb!
Pelajaran aku susut teruk masa darjah 4, tapi alhamdulillah aku masih kekal dapat masuk ke kelas pertama semasa darjah 5.
* Macam aku cakap, ada beberapa hal yang tak mampu aku reveal sebab aku tak cukup kuat untuk itu. Ya, sesuatu yang aku mahu ceritakan hanya kepada bakal zaujah aku...sebab aku rasa turning point hidup aku banyak disandarkan kepada hal tersebut. Jika kalian pernah baca hal surat kepada emak, ia sebenarnya berkaitan dengan hal darjah 4 ini...bayangkan hanya semasa tingkatan 5 aku sampaikan apa aku rasa pada emak. Betapa ia membekas dalam diri aku.
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment