Saturday, January 24, 2009

Tuhan Lebih Menyayangi...

Aku memang tak pernah jumpa Pak Arena Wati, seorang Sasterawan Negara yang baru semalam dijemput Allah s.w.t. menghadap-Nya. Masa kita entah bila.

Semoga dicucuri rahmat. Semalam juga bonda Pak Khalid pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka yang pergi dulu sebelum kita.

Juga tidak lupa Pak Din Merican berkahwin selepas 12 tahun menduda. Kasih sayang Tuhan ada di mana-mana. Hanya saja jika kita mahu mengambil hikmah daripada sekian banyak ujiannya tentang hidup dan yakin kita tentang kebaikan akhirat.

Mungkin benar nukil Ramlee Awang Murshid - kerana cinta aku sanggup mati, kerana cinta juga aku ingin terus hidup.

No comments:

Post a Comment