Thursday, January 29, 2009

Kenapa Aku Suka Budak-Budak So Called Underground

Aku hanya ada pengalaman cetek dalam dunia ni, itu pun di pinggir saja. Aku mula main gitar pada cuti sekolah darjah 6 sebelum masuk tingkatan 1, dari sana aku kenal apa itu dunia underground.

Kawan-kawan dari asrama penuh khususnya Warie yang buat aku tau lebih sikit tentang dunia ini. Tapi macam biasa, kami bukan banyak duit, maka yang terhad itu sudah cukup banyak. Dulu Cyber Cafe di Perlis sejam RM10! Aku masih ingat Warie jenuh manfaatkan masa untuk dapatkan beberapa info padahal internet memang lembab waktu itu.

Aku bukan fanatik dengan dunia ni dan aku bosan bila discourse budak-budak muda yang aku rasa baru nak naik sibuk nak labelkan orang poser. Ah, mungkin sejak dulu jiwa aku free market kot? Dan mungkin kerana ini Noh Hujan dilayan macam haram di Johor. Tapi Aru memang cool , memang kena dengan gaya orang lama. Dalam hal ini, aku rasa old timer Cromok dah jawab dalam Melodi masa aku sekolah dulu - tentang dunia mainstream yang selalu dipersenda budak-budak underground. Ah, tak perlu bermusuh pun...

Yang aku suka dari budak underground:

1. Zine (setengah orang sebut zin dan setengah lagi zain) - sebenarnya zine ni ringkasan kata magazine la kot? Di Perlis dulu Amir UIAM ada buat TIKUS - singkatan The Indera Kayangan Underground Scene. Zine ni sebenarnya mirip Samizdat di zaman Revolusi Bolshevik. Ia diterbitkan dan diedarkan sendiri. Independent wei!

2. Independent - walaupun sebahagian yang ikut memang dan dilihat L.O.S.E.R., aku rasa kebanyakan yang ada ialah mereka yang benar-benar seize the moment. Kenapa aku rasa begitu? Kerana aku rasa lirik dan lagu yang ada cukup mantap dan bertenaga serta mewakili zeitgeist (semangat zaman).

Kelompok underground mungkin adalah satu lagi pergerakan masyarakat sivil yang ada. Kini mungkin ia telah berubah sedikit sebanyak dan dilihat komersil macam Rantai dan lain-lain.

Suka atau tidak, gaya dan sudut pandang sosialis cukup kuat menjalar dalam pergerakan underground. Ia tertonjol dari istilah working class, rip-off, major label dan sebagainya. Maklum balas dari ini ada yang positif dan ada yang sebaliknya. Misalnya, Butterfingers kini tidak lagi bernaung di bawah major label selepas yakin untuk menguruskan sendiri edaran mereka. Itu hanya contoh, dan mungkin ia tidak begitu tepat bagi sesetengah budak underground. Almaklum, Butterfingers dilihat mainstream kerana album awal mereka dicetak dan diedar oleh Sony.

Diam atau tidak, ada pertentangan ideologi di mana-mana dan aku tidak ambil pusing pun sangat. Macamlah Nirvana, Sex Pistols dan lain-lain yang diminati budak-budak Grunge dan Punk tu boleh muncul tiba-tiba saja di Malaysia jika tidak sebab kuasa pasaran jual dan beli.

Bak kata ramai yang bergelut dalam dunia falsafah dan ideologi - waktu muda, kita mungkin tak trendy jika tak jadi sosialis. Jiwa rebel itu memang dekat dengan provokasi sentimen sosialisme. Aku ingat lagi selepas satu mesyuarat dengan pentadbiran universiti berkaitan isu pengenalan buku teks, TNC Akademik, Prof. Muhammad Awang masa tu cakap pada aku "dulu masa my son is bloody socialist, but when he comes to real life, he suddenly realize he was wrong". Aku hanya diam. Pada aku kiri dan kanan, malah centrist ada sumbangan masing-masing kepada perkembangan dunia (dan ini buat aku digelar libertarian centrist). Yang pasti, aku kurang percaya kepada statis. Kurang...(hoh, ini memang tak ramai yang faham kot?)

Walaupun ada yang buruk dari dunia underground, aku tak suka fokus kepada itu. Apa yang aku cari waktu dulu rasanya ialah sebuah kepuasan yang aku bayangkan dari lirik lagu dan lontaran suara di hujung mikrofon. Jujurnya, aku tak berminat sangat dengan kemahiran misalnya nak goreng gitar atau ketuk dram. Kemahiran aku jika tak tahap beginner pun atas sikit dari beginner kot. Pada aku mesej penting, dan memang ada genre lagu yang mesejnya sangat baik tetapi tidak mampu dilayan oleh masyarakat universal.

Walau apa kata orang, aku gembira dengan pengalaman yang ada...sekurang-kurangnya aku ada sebahagian puzzle yang boleh bantu aku berfikir untuk buat keputusan dan selesaikan masalah dengan baik.

No comments:

Post a Comment