Aku rasa ia sesuatu yang normal. Maksud aku, apabila kelemahan dan kekurangan kita ditunjuk, paling tidak pun kita akan panas telinga. Sesetengah orang melenting tak ingat punya...
Aku tak tau bermula bila aku kuat menggunakan rasional. Rasional selalunya sikap yang baik tapi perlahan-lahan aku nampak rasional juga sering tidak terpakai pada khalayak yang gemar menjadikan emosi sebagai faktor yang kuat mempengaruhi hala fikir mereka. Tapi bukan semua, ada khalayak yang mulanya emosi tapi lekas sedar dan kembali rasional tanpa emosi tadi terbawa. Tapi ada juga yang jadi rasional sambil membawa emosi yang ada sebelumnya.
Emosi biasanya dikaitkan dengan wanita. Mungkin. Tapi sebab aku kenal beberapa 'kakak' yang jarang mempamer emosi mereka, maka aku fikir wanita yang rasional adalah hebat, mungkin hebat daripada lelaki. Rasional membantu dalam banyak perkara terutama dari hal yang diperselisihkan. Orang yang rasional biasanya menghargai persetujuan dan perbezaan tanpa perlu melihatnya sebagai ancaman sangat, sebaliknya itu adalah ruang persuasif di mana kadangkala rasional yang kuat kalah dari segi pembuktian realiti.
Unik. Ia buat aku rasa hidup sangat menarik untuk diteroka.
Dari dulu aku latih telinga aku untuk dengar perkara yang memedihkan. Kadangkala bila kita buat kerja, kita sangka kita telah beri yang terbaik. Tapi bukan semua piawai baik kita sama dengan piawai baik orang lain. Maka, cerita-cerita korporat dan orang besar 70's, 80's dan 90's yang 'rajin' carutkan orang tu boleh aku fahami walaupun aku kekal tak setuju.
Appraisal ni lebih kurang kata lain bagi post-mortem la. Aku fikir ia harus bermula dari asas yang jelas - untuk penambahbaikan dan juga meningkatkan piawai. Sesuatu yang asasnya tidak jelas akan runtuh dan sesuatu yang tidak dijaga akan hilang. Itu wisdom dari Ihya' Ulumuddin (sering dianggap Magnum Opus Imam Al-Ghazali) yang aku selalu ingat. Dengan asas ini aku rasa mereka yang self-centered, yang suka untuk majukan diri akan senang menerima teguran membina dan melihat ia sebagai peluang dan bukan ancaman.
Aku tak tahu. Tapi dalam relationship-thingy tak kira kawan, kerja atau cinta, ia harus jadi penting sebab kita tak boleh expect semua orang akan setuju dengan kita. Justeru, dengan menyediakan persekitaran sihat untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" (ini adalah ciri demokratik), ia akan membantu.
Kita tak dapat elak manusia ada ego, ada emosi, ada rasa malu bila ditonjolkan lemah mereka dan sebagainya. Sebab itu, haruslah kita berpada-pada dalam hubungan. Kita tak boleh expect semua orang ada kesabaran yang sama seperti kita.
Komunikasi penting dan komunikasi jadi bermakna bila kita ada rasa percaya yang tinggi. Rasa percaya tentunya sesuatu yang diperoleh bersandarkan pembuktian. Ia tak semudah yang kita sangka. Ia selalu bermula dengan tanpa asas pun!
Aku selalu percaya perbincangan yang sihat akan membuahkan hasil yang sihat. Tapi suka atau tidak, ada orang mentertawakan yakin aku misalnya dalam isu Palestin perlukan rundingan (mungkin aku seorang Pacifist, maksud aku anti perang dan keganasan). Entahlah, aku terlalu percaya persuasif dan dalam prosesnya tentu saja ada prinsip dan juga realiti yang perlu didepani. Bila sebut prinsip, ia ternyata sesuatu yang sukar diubah semudahnya. Menawarkan prinsip yang kuat adalah penting dan menempatkannya dalam realiti juga penting. Di sana bukan beerti kita harus membelakangkan prinsip, tetapi adakalanya prinsip dapat dicapai melalui kesesuaian realiti semasa. Dan uniknya, realiti semasa tidak beerti realiti selamanya.
Kehidupan sangat indah. Izinkan aku belajar lagi dan lagi tanpa jemu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KO brtuah dpt bkrja dgn golongan korporat. Mmg pedih telinga.. Bkn mrka nk tgk ko, tp ko yg pilih tuk jd trbaik or x dlm krje n khidupn..
ReplyDeletetapi mungkin hanya sampai 2010. jujurnya masih byk nak kena belajar dan aku tak mau siakan masa berbaki ni.
ReplyDeleterasanya tak semenstinya bekerja dgn gol korporat baru dikritik pedih... org biasa juga selalunya akan dkritik... and for sure stiap kritikan 2 memang ler pedis... 2 kali aku kena kritik... dan 3 malam aku tak tidur memikirkan betul ker salah dengan tindakan aku... dan bila aku dah bleh menerima realiti yg aku perlukan pembaharuan... baru lah aku bangkit... rasanya menerima kritikan memang payah... especially bila kita tengah di kritik... tapi bila kita menerima dengan hati yang terbuka... baru kita bleh berfikiran rasional...
ReplyDeletealangkah bagusnya kalo semua org disekelilingkan kita bersifat rasoinal... tak dak lah lagi isu kau lebih dan aku kurang...
akak pun tgh musim appraisal ni...
ReplyDeleteaiseh.. ;)
hehe,
ReplyDeleteselamat menadah telinga dan berkongsi rasa :)