Wednesday, January 14, 2009

Sebahagian Dari Apa Yang Aku Harap Dari Reformasi di Malaysia

Aku masih ingat DS Anwar cuba menyantuni tentangan kuat terhadap perkembangan aliran muzika di Malaysia. Sekali ketika konsert KRUmania dibantah keras (ehem, siapa punya ya sistem PA semasa laungan Reformasi di Dataran Merdeka pada 1998?) dan kemudiannya ketika beliau menceritakan bagaimana Nurul Izzah memaklumkan lirik perjuangan dari lagu Radiohead.

Fathi sendiri pernah mempersoalkan dasar seni PAS dengan soalan mudah "Adakah PAS akan mengharamkan Siti Nurhaliza apabila mereka berkuasa?". Ya, waktu itu Dato' Siti masih nama yang gah dan Misha Omar baru menunjukkan muka (hehe, aku masih ingat lagi di ruang depan bilik Isham yang sunyi kerana dia di-ISA-kan).

Ingat - Reformasi harus lebih besar dari nama-nama parti politik. Jika tidak, perjuangan rakyat akan kembali dalam circle yang sama.

Seni sastera dan budaya - itu maksud aku.

Aku fikir ia bukan bidang yang aku mahir untuk perkatakan. Tapi kawan-kawan di Komunite Seni Jalan Telawi mungkin kelompok yang sejak dulu aktif memperkatakan sesuatu tentang ini.

Dulu masa aku sering ke UBU, Isham bekalkan anak-anak muda di sana dengan apa yang dipanggil agit-prop (agit di sini asal kata agitasi atau agitation). Aku hanya tahu Jonah memang pernah aktif dalam teater di UPM sebelum dia pilih untuk berhenti belajar akibat tekanan pihak pentadbiran universiti. Dulu Jonah pernah memimpin Kolej 10 (kolej lelaki) sebagai Presiden dan antara pelajar cemerlang dalam bidang aero angkasa.

Aku pernah ikut buat agit prop di Negeri Sembilan dengan Jonah dan Khairil. Teruja dengan persembahan spontan semasa awal mula kenal UBU - Jonah dibebaskan dari ISA dan kami bertemu selang dua hari selepasnya. Teater Tok Ampoo mungkin lebih sarat berbanding apa yang kami buat di Negeri Sembilan. Kekok beb, aku jadi pak pacak je, hahaha...

Jonah minat teater, Hasmi dengan sajak penuh perasaan dan Black dengan lagu-lagu perjuangan bersama gitarnya...tak lupa Rahmat Haron. Tapi bukan sekadar itu, seni sastera juga cukup kuat didokong oleh kawan-kawan di UBU.

Rangkaian yang ada sebenarnya jauh lebih dari apa yang aku tahu. Isham di ISA waktu itu tapi keluasan mesej kebebasan itu mengakar.

Semasa mogok lapar membantah 365 hari tahanan politik ISA pada 2002, kami (pemogok) 'terpaksa' mengisi slot malam persembahan. Yang aku ingat Nurul Izzah adalah tetamu utama malam itu. Arwah Ustaz Fadzil juga hadir lewat waktu itu bersama rombongan dari Kedutaan Jerman yang melawat Taman Melewar.

Bakat seni spontan memang sukar, apatah lagi ia rigid pada tema perjuangan. Aku hanya biasa dengar lagu-lagu Punk Rock yang sarat dengan cemuhan kepada sistem yang menindas - apa lagi jika bukan A.C.A.B. untuk yang lokal dan sejumlah lain tentunya bukan dari lokal.

Aku menonton Dari Jemapoh ke Manchestee di KLCC dengan abang. Waktu itu bengkek juga ada minah di belakang kerusi kami bercakap telefon!

Ya, genre filem atau kisah jalanan jarang muncul di Malaysia dan Isham mengambil ruang ini untuk eksperimentasi. Goodbye Boys mungkin sebuah filem yang menghiburkan hati aku kerana ia jelas mengheret aku ke satu zaman yang riang ria tanpa jenuh fikirkan keseriusan soal hidup. Sejak Oktober, 'Gambit' Saifullah bersama rakan-rakan bergentayangan di TV8 tiap Ahad jam 10 dengan kisah jalanan yang lain. Dunia ni sangat kecil! Akhir Februari hingga awal Mac lepas, kami jumpa dan harap diam aku pada bakatnya terzahir juga...(ah, tapi sebelum aku kenal dia pun dia dah jelas berbakat dan establish, hehe).

Anak muda - kebebasan ada ertinya.

Seni tentu saja sebahagian daripada keindahan yang Tuhan adakan...

* Untuk faham lanjut tentang filem jalanan, di sini ada sedikit yang boleh membantu...

No comments:

Post a Comment