Dulu aku ramal politik Malaysia akan ribut sampai hujung 2008 kerana sebelumnya Persidangan Khas UMNO dijadualkan pada Disember namun ia telah ditukar kepada Mac 2009.
Ides of March mungkin perihal pembunuhan Julius Caesar oleh Brutus pada 15 Mac 44 B.C.. Caesar telah diingatkan "beware of Ides of March". Caesar memang terkenal sebagai seorang yang suka kepada bakat muda dan Brutus lahir dari keluarga yang menolak autoritarian.
Ides of March mungkin menarik jika disinonimkan dengan Reformasi 1998. Tetapi kita harus berdepan dengan realiti Mac 2009.
Tidak ada tanda bahawa ribut politik Malaysia akan merosot meski moodnya berkurangan selepas penangguhan projek 916. Dengan Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu dan Pensiangan (insyaAllah), dan kemudian Pilihan Raya Negeri Sarawak lama sedikit sesudahnya, aku fikir penggal ini penggal yang sulit. Ia juga menguji sejauh mana toleransi politik dapat dipupuk apabila kemelesetan ekonomi menjejaskan banyak pihak. Jika selama ini UMNO-BN menzalimi negeri dan wakil rakyat parti lawan (dan masih sampai sekarang!), mereka harus mula sedar bahawa arus politik baru yang sedang dijana akan menolak semua ini.
Tahniah kepada PKR atas kemasukan Dato' Nasaruddin Hashim, Pengerusi FELCRA yang juga ADUN Bota.
Hanya saja aku mahu ingatkan, dalam deras arus baru, ramai yang mungkin lemas jika tidak ada projek khusus dan terbuka untuk membenarkan rakyat berpartisipasi secara sihat dan digembeling menjadi tenaga masyarakat madani (sivil society).
Ramai yang mahu menikmati buah demokrasi, tetapi tidak ramai yang mahu menanam dan menjaga benihnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment