Selamat Hari Ibu buat Tengku Hamidah binti Mas Abdullah Akhir.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. tentang keutamaan ibu. Maka selayaknya kita tidak lupa pada ibu dan bapa kita di halaman.
Aku dan adik pulang ke kampung kelmarin. Keluar dari Serdang sekitar jam 12 tengah hari dan sampai sekitar jam 6 petang di rumah, selepas menghadapi kesesakan sekitar 45 minit di Kedah, kerana hujan dan penutupan kepada satu lorong jalan berikutan kerja-kerja menurap.
Seperti biasa, laluan balik kampung melalui negeri-negeri Pakatan Rakyat membawa sentimen berbeza, sehingga masuk ke negeri sendiri yang masih dikuasai Barisan Nasional dengan lebih hebat. Ada bendera besar BN di kawasan Simpang Empat yang koyak rabak ditiup angin. Simbolik! Harapnya ia menutup sebahagian mulut yang tak ada adab memanggil jiran-jiran aku yang tak bersetuju dengan UMNO-BN sebagai anjing dan babi! Eloklah kempen Hadhari menggerakkan agenda adab supaya kerja Hadhari lebih mudah bergerak.
Tengah hari tadi ke Alor Setar, bawa adik-adik bermain boling dan aku sendiri berjumpa Pak Rastom. Pertemuan singkat kami waktu rehat pejabat (jangan lupa Kedah bekerja hari Ahad) banyak berkisar tentang fenomena blog, politik Pakatan Rakyat dan dunia pemikiran melalui blog. Berselang-seli juga dengan perihal teman-teman bloggers lain terutama hal Pak Khalid dan Adihamka.
Halaman kampung sentiasa satu hal bersifat sentimental. Tak dapat aku bayangkan bagaimana tegar manusia membenci halamannya, mungkin kerana banyak hal-hal yang hitam darinya. Tapi sejauh mana hal hitam menghantui, aku percaya halaman kampung tak mungkin memanggil kita menjenguknya.
Untuk emak, Selamat Hari Ibu..
Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku..semalam aku dan mak menonton Sheila Rusly menjayakan watak ibunya (drama yang menarik tetapi sayang watak ibu Sheila Rusly itu make-upnya tidak cukup menyerlahkan perihal kesusahan ibu, tapi lakonannya lebih dari 4 bintang!).
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kepada,
ReplyDeleteYAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia.
Y.A.B. Datuk Seri,
Saya, Mohd Sofi Yassin, rakyat Malaysia bermastautin di negeri Selangor dengan ini merakamkan rasa kecewa dan hampa yang teramat terhadap kecelaruan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Datuk Seri.
Sebagai rakyat Malaysia, Melayu dan beragama Islam, saya dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab mengatakan di sini bahawa terdapat banyak perkara yang amat bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan kedaulatan Negara yang telah YAB dan parti pemerintah di bawah pimpinan YAB telah lakukan.
Di antara kekecewaan saya ialah:
1. Kenapa berlaku pendakwaan terpilih yang keterlaluan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional / UMNO sejak dari dulu hingga sekarang, dan tiada usaha oleh YAB Datuk Seri untuk mengembalikan kedaulatan perlembagaan?
2. Ketegasan yang cuba YAB paparkan terhadap kes YB Karpal Singh dalam isu berkaitan ke bawah DYMM Sultan Perak, jelas menampakkan ketidakjujuran dan pendakwaan terpilih YAB dalam melayani permasalahan rakyat khususnya dalam urusan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
3. Saya hanya akan bersetuju dengan ketegasan YAB jika tindakan dan siasatan yang sama dilakukan terhadap kesemua wakil rakyat Barisan Nasional di negeri Terengganu dan Perlis yang telah dengan jelas, angkuh, sombong dan bongkak mempertikaikan hak serta kedaulatan Sultan Terengganu dan Raja Perlis pada akhir bulan Mac dan April 2008 yang lalu?
4. Sementara dalam kes berkaitan pendakwaan dan penahanan YM. Raja Petra Kamaruddin, di mana kewajarannya tindakan tersebut dilakukan? Bukankah kita berada dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat, mempunyai undang-undang yang membenarkan YAB Dato’ Seri Najib mengambil tindakan secara berhemah, terhormat dan secara peribadi?. Sekiranya Dato’ Seri Najib merasakan dia difitnah, maka seharusnya beliaulah yang menyaman YM. Raja Petra. Kenapa mesti undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat yang digunakan oleh pemerintahan Barisan Nasional?
YAB Datuk Seri,
Saya sebagai rakyat Malaysia yang mengasihi pemimpin yang jujur, ikhlas, berilmu, dan bertanggungjawab ingin mencernakan dan meleraikan tanggapan saya dan rakyat Malaysia terbanyak terhadap beberapa keraguan berikut:
1. Semasa musim piliharaya umum ke 12 yang lalu, rakyat Malaysia telah dimaklumkan bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dengan sedar, dan Datuk Seri juga menyedarinya telah mencampuri urusan pentadbiran negara sedangkan beliau atas sifat sebagai menantu Perdana Menteri tidak berhak melakukannya. Pertanyaan saya, apakah benar perkara ini? Kalau tidak benar, kenapakah majoriti rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO sendiri mengakuinya? Bukankah ini perbuatan orang yang tidak amanah?
2. Saya dengan penuh kesedaran telah melihat beberapa gambar YAB Datuk Seri dalam keadaan dan kelakuan yang dapat saya takrifkan sebagai biadap, keterlaluan, tidak sopan dan amat menghina kesusilaan budaya masyarakat Melayu dan Agama Islam. Soalan saya apakah benar itu perbuatan Datuk Seri? Sekiranya benar itu perbuatan Datuk Seri, maka saya dengan penuh hormat berdasarkan hak saya sebagai rakyat Malaysia mencadangkan agar Datuk Seri memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kebiadapan Datuk Seri.
Sekian dan semoga Datuk Seri diberi pertunjuk daripada ALLAH SWT.
Ikhlas daripada
Mohd Sofi Yassin.
Rakyat Malaysia.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
bro, puteri apa khabar? sihat dia? macammana kehidupan dia sebagai Rambo? :p sampaikan salam aku utk dia :)
ReplyDelete