Bila aku ingat balik, minggu orientasi kolej yang 'tak jadi' tu telah secara tidak langsung mengheret banyak masalah terhadap kehidupan kami di kolej. Rasanya persatuan sangat berperanan masa tu untuk memberi arah kepada kami. PMI melalui Smart Group cukup aktif mengkader para jundi, tak kurang juga PERMAWAN.
Maaf ya kerana aku tidak mahu menulis nama-nama figura mahasiswa di sini. Tapi pertarungan politik kampus suka atau tidak agak dominan.
Dari mesyuarat, aku diangkat menjadi Setiausaha Agung Surau, dan ketua serta ahli jawatankuasa sebahagian besar dari blok aku. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) saat itu mungkin menghadapi masalah kerana sebahagian besar kami (budak-budak laki) aktif dengan jemaah Tabligh. Yang betul-betul cocok dengan pendekatan PMI bukan tak ada, tetapi mereka tidak mahu aktif. Aku fikir hanya muslimat yang aktif dengan PMI, itu pun kerana muslimat senior dari matrik ada dan cukup aktif membantu. Fenomena aktif dakwah atau bertukar kepada cara hidup Islam ni dari pandangan aku memang cepat menangkap minat pelajar wanita.
Kebetulan lawan PMI masa itu dikepalai oleh bekas aktivis PKPIM, maka di mana-mana isu Islam itu sentiasa hidup. Cuma PERMAWAN, walaupun dikepalai oleh orang-orang dakwah, tidak cukup kuat menolak 'budaya lain'. Aku masih ingat orang kuat PERMAWAN sering berkunjung ke blok kami dari Minggu Orientasi Universiti hingga Minggu Orientasi Kolej dengan salam mula "Salam Reformasi". Ia menangkap sebahagian pelajar baru yang minat dengan Reformasi, tetapi entah kenapa tidak aku.
Mahasiswa rata-ratanya mengisi borang aktiviti ko-kurikulum berkredit untuk Kepimpinan Pelajar dan Seni Bela Diri - Silat (aku maksudkan Melayu kerana yang dominannya itulah). Kepimpinan Pelajar waktu itu (sampai sekarang rasanya) adalah pool di mana doktrin kerajaan (atau lebih tepat UMNO-BN) dipupuk. Rata-rata dana adalah dari BTN.
Aku ikut apa? Selama 2 semester, aku mengikut Silat Cekak Hanafi (2 semester maksudnya tak habis la tu..aduh!).
Apa yang aku boleh kata ialah Minggu Orientasi Universiti dan Kolej perlukan nafas baru. Tapi jika dibandingkan dengan perkembangan dewasa ini, ternyata yang dulu lebih bermakna (kecuali Minggu Orientasi Kolej). Entah kenapa, walaupun agenda akademik ditekankan, perihal doktrin politik UMNO-BN tidak pernah gagal mengambil tempat yang dominan. Dari pemilihan fasilitator, sebahagian modul dan banyak pertimbangan lain. Aku berani katakan bahawa Minggu Orientasi Universiti lebih bertumpu kepada hasil akhir untuk 'menyelamatkan UMNO-BN', jika ada hujah penumpuan akademik dan sahsiah, ia tidak lebih dari kerangka 'menyelamatkan UMNO-BN (maksud aku sebagai pengalih tumpuan). Hal ini insyaAllah akan lebih jelas dari tulisan-tulisan akan datang.
Minggu Orientasi Kolej sebenarnya menyeronokkan. Itu kalau dengar 'azab dari kolej lain'. Mungkin kes kolej aku kes terpencil, kerana matrik dipindahkan kepada Kementerian, dan kami adalah intake yang perlu memenuhkan kolej yang kosong. Maka Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej tidak wujud dan arah tuju juga kabur. Ditambah dengan agenda sendiri pelbagai kelompok, agenda bersama tidak pernah diusahakan dengan nyata.
Memang dari segi objektif, ia ada tetapi aku tak tahu sejauh mana objektif dipertimbangkan dengan masak dalam pemilihan modul dan juga pendekatan. Yang aku tengok lebih kepada hal teknikal serta persaingan membina pengaruh politik.
Sebaik saja tamat Minggu Orientasi Universiti dan Kolej, masing-masing telah membina jaringan perhubungan sendiri dengan kawan-kawan baru dan senior (biasanya fasi atau kenalan zaman sekolah), tak kurang juga yang pasang awek baru! Dari segi komitmen pengajian, boleh dibezakan mereka yang hardcore belajar dan scorer, belajar santai tapi score - cuma tak sehebat yang hardcore kot (biasanya jenis yang aktif), yang belajar main-main, yang rajin belajar sebab 'lambat tangkap', yang aktif berpersatuan tapi result teruk, yang bercinta full time belajar part time dan macam-macam lagi.
Aku? Orang kenal aku sebagai Mat Tabligh Yang Rock dan Kuat Politik kot? hahaha
* Tulisan ini lebih bersifat pengalaman individu, justeru ia mungkin tidak mewakili rencam pengalaman ramai.
Monday, May 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
emm
ReplyDeletetak sangka label kan diri sebagai mat tabligh yang rokers.
tp saya x rasa macam tu pun..
saya rasa walaupun identiti kendiri itu penting pada tunjang peribadi tapi tawasul pada yang lebih muqarrabin pada satu2 gerakkan itu juga penting bukan sekadar menceduk dan teguk tapi menyelam, bantu menceduk untuk yang lain teguk juga amat lebih penting....
tak gitu?
tak rasa camtu? pastu rasa camne?
ReplyDelete