Friday, January 2, 2009

10.10

Setiap tahun aku selalu ingat hari ini - 3 Januari - birthday Salwa (sekarang Dr. Salwa).

Tak. Dia bukan bekas kekasih. Tapi rakan lama dari sekolah rendah. Aku boleh ingat sebab dulu dialah yang 'paling tua' dalam kelas. Orangnya cantik, secantik namanya...err, sebenarnya aku tak tahu apa itu cantik, comel, manis dan seumpamanya, hehe. Tapi anak orang kaya beb!

Masa darjah 2, cikgu kelas - Cikgu Mahziliyah pernah nak denda aku dan Salwa sebab berbual masa dia mengajar. Denda waktu tu ialah "kahwin olok-olok di depan kelas", hahaha. Bila fikir balik macam lawak gila denda ni. Tapi kami tak kena denda pun. Yang aku ingat masa tu Salwa nak pinjamkan kaset Iklim kot. Zaman tu kan zaman rock kapak di mana ramai orang siap ada buku sendiri salin lirik banyak-banyak. Dan aku antara 'Pusat Sumber' kepada lirik-lirik lagu ni - tak tulis, cuma hafal (kalaulah aku ni jadi masuk kelas Hafiz Quran masa tu, hehe).

Dia sekelas dengan aku dari darjah 1 sampai darjah 5. Darjah 5 kami rapat sikit sebab aku dan Fadhli (sekarang di Petronas) duduk di depan dia dan Haniza (kali akhir berhubung dia di UM). Aku cuba ingat di depan kami ada Asrul (budak ORS MMU mungkin kenal) dan Syed Mohd Fahmi (ex-UTP, kahwin baru ni). Di belakang Salwa dan Haniza aku ingat ada Aernie (10A SPM 1999 di MRSM Taiping), Ku Zie...ah siapa lagi ya dua orang di barisan paling kanan? tak silap aku salah seorang Azreena a.k.a. Mama (ex-MRSM Pengkalan Chepa?).

Kali terakhir aku jumpa Salwa ialah masa dia di matrik Kuala Pilah. Pelajar terbaik Sains Hayat dengan jumlah penuh 4.0. Aku ke matrik sebab teman Alam ambil barangnya. Alam dulu budak KMNS ambilan pertama tapi dia keluar kemudian kerana dapat sambung Diploma Pembangunan Manusia di UPM dan tinggal sebelah dorm aku. Alhamdulillah, dia baru kahwin selepas dapat jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). He deserves that.

Sebenarnya masa aku ke sana, aku jumpa Rahman, Dermarian yang juga belajar di KMNS. Dia yang maklum pada aku Salwa ada di sana dan jadi pelajar terbaik. Maka aku cuba temui dia. Agak terkejut sebab di matrik sana rupanya cafe untuk lelaki dan wanita diasingkan. Aku tak tahu sama ada ia memang untuk 'mengislamikkan' cafe itu atau apa. Tapi aku sebagai tetamu dibenarkan masuk cafe siswi (ceh, matrik pun siswi ke? aku main tulis je ni, hehe). Berpeluh juga la sebab boleh bilang ada 2-3 lelaki je di situ. Semua ziarah orang. Masa ni aku pakai kepiah Raihan tu lagi :) dan rambut panjang ala-ala Yasin Brothers, haha.

Salwa turun dengan seorang kawan. Sejuk mata aku tengok sebab dia dah bertudung labuh. Segan la pula aku nak borak. Dia tak cam aku. Mana nak cam aku pakai spek dan dah bermisai janggut. Kawan dia orang Kelantan (dari dialek perbualan). Muka tak habis-habis mencebik macam tak senang sebab masa mula-mula Salwa cakap tak kenal tu dia rasa macam aku ni saja nak jumpa Salwa, ceh! Maka, aku pun terpaksa buka cerita panjang zaman kanak-kanak sebab dulu aku baik dengan abang dia, Safwan. Tak banyak pun kami bualkan, adalah dalam 10 minit. Nak belanja minum masa tu hari Khamis, dia cakap dia puasa...haha, ok aku musafir :)

Kali akhir aku dengar dia di Penang Medical College (PMC), kemudian di Ireland (program berkembar) sebelum diposting ke Kelantan. Dia berpindah dari Derma usai PMR 1997. Aku dan abangnya berkawan, tak adalah rapat sangat tapi semasa sekolah menengah kami sama-sama dalam pasukan Ragbi Derma.

Adik Salwa di UPM buat Perubatan juga (haih, influence kakak sungguh kuat pada Sarah).

Safwan, abang Salwa baru call aku semalam. Sepatutnya kami ke Genting malam Tahun Baru tapi aku tak jadi kerana ada urusan lain. Semalam dia ajak aku lepak KLCC tapi aku tolak juga dengan baik. Ya, hari ini aku mungkin jumpa dia untuk ambil gitar akustik yang aku pesan :)

Di mana pun kau, selamat ulang tahun ke-27 Salwa!

* 10.10, waktu aku buka laptop ini - baru aku perasan ia tanda senyum. Hari ini ada ong barangkali, hahaha.

** Bosan pula tunggu mesin basuh baru sampai :p

10 comments:

  1. hem hem hem..

    mcm ada kaitan entri ni dgn msg yg aku dpt dr kau :p ttg bakal *tuut*

    mesin basuh? ape kes? cuci tangan je :p

    ReplyDelete
  2. haha, no komen.

    tapi macam aku cakap, tidak semudah itu.

    kau tak akan faham kompleksitinya.

    dan 20 Februari itu masih satu tarikh penting, tidak ada galang ganti untuk sebuah janji kepada diri sendiri :) (selain janji pada Tuhan la).

    ReplyDelete
  3. walawei citer zmn sekolah rendah..siap ingat nama dasat2..:D
    Pergh promote birthday ke abg amin:-p open table tak..bgtau la bila n dimana nanti zai turun....:))

    ReplyDelete
  4. hahaha, mana de..

    20 Februari tu dah masuk 27, dah tua wei..bawa-bawa bertaubat :p

    dah kena mula fikir serius sikit pasal masa depan, hahaha...seolah2 selama ini tidak serius, cet!

    ReplyDelete
  5. lin, bila aku baca balik komen kau, macam aku jahat lak bunyinya..sebab komen tu agak tergantung :p

    ingat pesan aku baik2..bila hati kau beri komitmen pada 1 cinta, cukup sekadar itu...

    memang pasaran cinta itu nampak bebas, banyak dan menarik. tapi aku yakin adik-adik aku semua dah cukup arif dengan sindrom emosi cedera kan?

    ReplyDelete
  6. ceh asal 27 baru rase tua..nape tak 25 ker 26 ker atau 37 ker hahaha..tak kira tak belanja mkn kena belanja minum..lalalala...OPSSS..
    atau semlm ni mmg dah misi by 27 kn kawin..lalalala..sbb tu rase tuakan...:-p

    ReplyDelete
  7. snm guna lappy mannyJanuary 2, 2009 at 10:54 PM

    haha. sptutnya mcm tu zai. aku dgr kte bakal mkn nasi minyak thn ni. tp x kesampaian. upss :p

    terima kasih abg. pasaran cinta kn global. bila global, ia nmpk kompleks :D

    ReplyDelete
  8. snm guna lappy mannyJanuary 2, 2009 at 10:54 PM

    haha. sptutnya mcm tu zai. aku dgr kte bakal mkn nasi minyak thn ni. tp x kesampaian. upss :p

    terima kasih abg. pasaran cinta kn global. bila global, ia nmpk kompleks :D

    ReplyDelete
  9. haha, sungguh kureng di situ.

    aku 10 sen la, tadi aku dapat satu melodi baik punya dah siap dapat cord la..

    pastu aku sibuk2 kejap..bila nak main balik lagu tu ingat melodi kat chorus je, cis! nyesal tak rakam dulu..

    nantikan projek ep geli-geli aku :p

    ReplyDelete
  10. typo: chord bukan cord (haha, cord ialah nama singkatan bagi tali cordellate (betul ke eja ni?) yang budak2 outdoor guna)

    ReplyDelete