"Experience is not what happens to a man; it is what a man does with what happens to him" - Aldous Huxley dalam Pengenalan Text & Pretexts.
Esok Akademi Merdeka, jam sudah hampir 12 tengah malam. Mulai esok hingga Isnin, hampir sepenuh masa aku tidak berada di rumah...
Kerja aku mungkin nampak sempoi, tapi piawai untuk setiap kerja aku tidak mudah. Dan kerana itu aku suka. Pada aku, kualiti kerja sangat penting berbanding kuantiti. Untuk capai kualiti ini aku suka bila kerja aku dipantau dan dikritik. Aku percaya hanya cara itu sahaja aku dapat memperbaiki apa yang patut dan menambah kemajuan.
Kena pantau dan kritik bukan satu benda yang best. Individualistik kita di Malaysia mungkin bukan dalam realiti interdependent tapi lebih banyak tersekat di tahap independent semata-mata. Orang kita ramai suka hal praktikal berbanding filosofikal. Bidang pengajian aku - Perhutanan dengan pengkhususan Pengurusan Taman dan Rekreasi - adalah bidang praktikal, tetapi mujur pensyarah aku (khususnya Doc. Wan) ialah orang yang filosofikal. Maka, aku gembira dengan pengajian aku walaupun bidang aku bukan bidang yang glamour...
Tapi itu tidak penting. Sejak mula menjejak kaki di kampus, aku tak pernah mimpi untuk kerja dengan Jabatan Hutan atau PERHILITAN (dua jabatan utama yang eksklusif untuk lulusan dalam bidang kami). Aku hanya mencari sejumlah tools dalam banyak kursus universiti yang aku ambil untuk jadikan aku manusia yang baik (sekurang-kurangnya Tuhan tahu) dan skillful (bermanfaat untuk orang lain). Sama juga di luar, aku mencari sebanyak mungkin tools untuk tujuan ini.
Aku nak kongsikan sesuatu. Dalam hidup kau, kau jangan expect semua orang suka kau - sebaik mana pun engkau cuba. Aku tau kau dah tau persoalan ini. Cuma aku nak tambah, kau perlu raikan (celebrate) tiap pencapaian kau. Peduli apa orang nak kata sebab mereka hanya nampak kau mungkin poyo dan mengada macam bagus tapi mereka tak pernah tahu susah payah kau untuk sampai ke tahap itu. Lebih-lebih lagi di Malaysia, aku tak tahu apa masalah dalam paradigma manusia yang ada. Aku berpendapat persekitaran yang supportive di luar negara (dari pengalaman cetek aku) benar-benar memperlihatkan perbezaan. Atmosfera yang positif tentu lebih baik bukan?
Aku hanya sebuah kebetulan.
Dari JERSI (Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial dan Intelek), manusia mungkin terbeza cukup banyak. Aku di sini tak pernah harapkan apa-apa pujian daripada sesiapa. Pada aku, apa yang baik dan buruk di sini, aku serahkan pada kalian untuk fikir dan buat keputusan untuk terima atau tidak. Pada aku apa yang drive aku ialah cita-cita dan cinta (dalam konteks yang terlalu umum dan besar, jika ada yang khusus itu tentu lebih baik, haha).
Aku mungkin berbunyi poyo tentang 20 Februari. Tapi itulah tanda besarnya rasa cinta dalam hati aku. Aku tahu aku tak boleh seperti dulu - hibernasi sampai 3-4 tahun. Aku hanya letak 20 Februari sebagai tarikh aku nak layan perasaan pedih yang ada. Cukup. Sebenarnya dulu (2001) pun aku 'hibernasi' dari percintaan bukan sebab tunggu ex-gf sangat pun. Mak dia pernah je call aku lepas-lepas tu. Kami bukan bergaduh pun. Kami berpisah cara orang dewasa yang matang dan sebab itu kami boleh berkawan terus sampai sekarang. Cuma aku nasihat pada dia, kerana dia telah berkahwin, kami tak perlu berhubung pun jika tidak ada urusan penting yang aku atau dia boleh bantu. Aku lelaki, aku tau perasaan lelaki. Ya, lelaki biasanya nampak macho, tapi kau pernah tahu pantun akar nibung?
Akar nibung meresap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati siapa tahu?
Aku mungkin rasa putus sebelah sayap kerana silap aku memberi sepenuh hati untuk apa yang aku sangka cinta. Bodohnya aku, begitu barangkali. Tapi aku puas sebab aku jujur. Pedulilah apa yang kalian mahu kata tentang ini, tambahan kalian yang kenal aku cukup kuat. Biar aku cakap terus terang, kalian mungkin banyak dapat manfaat dari persahabatan dengan aku, tapi bab cinta seperti selalu aku bagitau pada kalian - aku loser, maksud aku, aku tak pandai...aku sangat lurus. Maka aku tak boleh ajar atau bagi pendapat yang baik.
Maka, apa yang drive aku sekarang ialah cita-cita. Pernah kawan aku yang bercita tinggi kalah dengan cinta. Lalu dia berpesan pada aku musuh utama cita-cita ialah cinta. Aku nafi walaupun boleh bersetuju pada sebahagiannya.
Di balik kejayaan dan kejatuhan seorang lelaki ada wanita di sebaliknya. Sama ada kau mahu jadi Monica Lewinsky atau Dr. Wan Azizah aku tak tahu. Aku tonton dan baca tentang Mandela, dan aku kagum pada kebesaran jiwa seorang isteri yang tentunya wanita.
Cita-cita mungkin bunyinya muluk tapi jika ia terpisah dari erti bahagia hidup berkeluarga, aku rasa ia cita-cita yang senget. Awal mula lembaran Tumit Achilles, himpunan tulisan Pak Khalid, aku terhidu rasa cinta yang dalam dari tulisan ringkas di situ "...untuk Ida, dewi yang setia..". Siapa kata mereka yang minat filosofikal tidak berpijak di bumi nyata? Bahagia, kecewa, cinta dan infiniti rasa yang lain semua adalah subjek-subjek yang filosofikal. Tapi sayang kita kini lebih banyak kenal dari sentuhan bibir, lembut jari dan tangan menggenggam dan merangkul badan dan umpamanya. Setakat aku tengok, memang kawan-kawan aku antara drive mereka ialah seorang wanita yang tabah, matang dan sederhana. Bijak belajar belum tentu matang.
"Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam" - Prof. Diraja Ungku Aziz. Aku quote kata ni sebab orang kita suka hidup dalam falasi...bab-bab nak tegur mereka suka orang ada nama dan pangkat yang sebut. Orang kita tidak ada keyakinan berfikir sendiri dan ungkapkan. Kita memang dilatih jadi pengecut dan hidup makan gaji dan diam-diam. Makan gaji bukan salah, tapi ia telah jadi sebab untuk kau cabut prinsip hidup yang besar.
Bersabda Rasulullah s.a.w. “Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: “saya dengan orang , jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkan kejahatan mereka”.(riwayat at-Tirmidzi).
Balik kepada quote yang aku ambil di atas. Kita anak muda jangan jadi pengecut dan hadapi segalanya dengan jujur, berani dan bijaksana kerana ia akan jadi buah pengalaman yang ranum satu hari nanti, insyaAllah. Tak salah pun nak play safe, tapi hidup memang bosan kalau asyik cakap je tapi tak ada effort untuk move ke depan. Akhir sekali duduk di situ juga.
Cita-cita...bisakah aku ungkap begini?
Wishlist
Pearl Jam
I wish I was a neutron bomb, for once I could go off
I wish I was a sacrifice but somehow still lived on
I wish I was a sentimental ornament you hung on
The christmas tree, I wish I was the star that went on top
I wish I was the evidence, I wish I was the grounds
For 50 million hands upraised and open toward the sky
I wish I was a sailor with someone who waited for me
I wish I was as fortunate, as fortunate as me
I wish I was a messenger and all the news was good
I wish I was the full moon shining off a camaros hood
I wish I was an alien at home behind the sun
I wish I was the souvenir you kept your house key on
I wish I was the pedal brake that you depended on
I wish I was the verb to trust and never let you down
I wish I was a radio song, the one that you turned up
I wish...
I wish...
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tidak ramai yg suka dikritik kerana beranggapan kritikan membunuh semangat juang...hanya org2 yg ingin berjaya akan menterjemah kritikan sebagai madu...aiseh bermadah skema pula aku...Cinta? aku tidak pernah merasai madu cinta apalagi untuk memberi kepada org yg rapat dengan kita...kesian sang pengemis cinta...
ReplyDeletepagi subuh lagi dah lepak blog aku? hehe
ReplyDeletehi abang amin ittewww.. salam jumaat
ReplyDeletehaha, ittewww kau tu cara!
ReplyDeletesalam jumaat!
yes... kritikan kadang2 buat kita down bila tak ditafsirkan dalam bentuk positif... itu yang terjadi kat aku bila di kritik oleh pn pengetua semalam... tp nasib baik aku cepat2 set dlm mind itu sumer untuk kebaikan semua...
ReplyDeletehehehe... tertarik dgn quote...
"Aku mungkin rasa putus sebelah sayap kerana silap aku memberi sepenuh hati untuk apa yang aku sangka cinta. Bodohnya aku, begitu barangkali. Tapi aku puas sebab aku jujur.
biarpun tak sampai kepenghujung... tak pe asalkan kita jujur... dan itu akan bt kita tak menyesal kesudahannya...
The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
ReplyDeleteDistribute this comment to as many people as possible all over the world.