Saturday, January 17, 2009

Aku Semakin Yakin Cinta Memang Buta

Cerita 1

Aku curi-curi online. Malas nak bawa MacBook ni ke hotel sebab mengenangkan bos pernah hilang laptop di sana. Balik kejap sebab buku-buku baru sampai - sebenarnya berapa lama ya shipping dari US ke Malaysia? Buku-buku ni semua untuk peserta...nak tak nak kena balik ambil.

Confirm
aku tak boleh balik Raya Cina sebab bos ajak ikut jumpa semua Lembaga Penasihat dan kemudian hadir Seminar Rubanism (pembangunan luar bandar dengan method alam sekitar. Harap ia dapat membuka lagi perspektif aku sebab kedua-dua subjek yang aku sangat minat). Dan nampaknya dalam masa terdekat aku akan berulang-alik ke KL. Ofis akan dibuka dan staf tambahan akan diambil. Way to go!

Pagi ini sesi sangat menarik. Pak Khalid yang dijemput khusus untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang kapitalisme seperti biasa kekal dengan 'sense of humor' sambil melungsur idea-idea libertarian. Ya, siapa lagi yang mahu memperkenalkan F.A. Hayek di Malaysia jika bukan dia? Kali ini lebih menarik kerana ada sedikit latar yang diceritakan selain daripada pertembungan dengan Keynesian. Usai slot Pak Khalid, Mirun Batria dan Prof. Madya Xingyuan mengambil alih perbincangan.

Terkejut dengan kunjungan teman-teman jauh - Khairilrizuan (ex-UKEC) dan sepupu, Wan Fahysal Sosialis Kanan, Aqil dan Hilman. Well, there will be more converted socialist becoming libertarian soon (hehe, untuk kawan-kawan Malwaridas...tak pernah lagi aku dengar libertarian convert jadi sosialis <-- this is a tough provocation to you all).

Kegelapan tidak boleh dihalau, tapi kita boleh nyalakan lampu... (relax friends, most of us are socialist symphatizer but when it comes to solution, we should be clear on better policy). It is indeed a beautiful environment and spirit I'm having since yesterday. Phew, kalian betul-betul buat aku rasa tak penat walaupun sebenarnya penat nak mampus!

Libertarian memang idea politik-ekonomi. Tapi ianya idea yang tidak mudah diabsorb sebab ia melawan arus konservatif. Oh, sebenarnya konservatif di sini bukan maksud aku Parti Konservatif di UK. Konservatif di sini ialah pemikiran lama. Kenapa ia melawan konservatif? Hei, kalau kau baca tulisan-tulisan aku sejak dulu di tumpang muda hingga kini, kau akan temukan sebab yang banyak kenapa aku tak kisah pun tak jadi ahli politik (walaupun itulah yang diramal dan disuruh ramai). Libertarian melihat lebih daripada persoalan politik tetapi suka atau tidak, we've to go through the democratic system to change it. How sweet...

Cerita 2

Cinta itu buta.

Waktu kau sayang orang, semua benda pun macam ok. Kau pun tak akan ambil hati sangat. Tapi waktu kau benci orang, semua benda pun macam tak ok. Semua benda akan jadi masalah even kau tanya khabar.

Ia buat aku ingat kawan-kawan yang terperangkap dalam jaring cinta bersegi-segi. Bila aku kena, baru aku tau apa rasanya. Maka, aku faham kenapa kawan-kawan selalu risau dan tak senang duduk melihat kawan lain bercinta dengan orang atau kawan lain yang diketahui dari sumber lain punya cinta bersegi-segi.

Tapi bak kata Ewan - "orang kalau tengah sayang, kau cakap apa pun tak boleh ubah apa-apa". Dalam kata lain - "orang kalau tengah benci, kau jelaskan apa pun tak boleh ubah apa-apa".

Dulu masa aku aktif berdakwah, rasa segan tu jangan cakap la. Ringkasnya aku bukan lulusan sekolah agama atau mendapat pendidikan formal dalam aliran agama. Tapi sentiasa subjek agama menjadi perkara yang aku minat sejak kecil, even masa hidup aku teroleng-oleng pada bila-bila masa - dulu dan kini.

Aku memang berhajat tulis perjalanan dakwah yang pernah aku lalui. Tapi macam tak best pula sebab it's too personal. Nantilah aku cuba laraskan bahasanya.

Tapi aku ingat dalam satu bayan tangguh, kami dipesan "Orang baik-baik ni macam kain putih, satu titik hitam padanya semua orang nampak dan sebut. Tapi orang yang kurang baik, macam kain hitam, satu titik putih padanya semua orang nampak dan sebut". Begitu metaforanya.

Ia ingatkan aku pada Fynn pada entri-nya yang ini. Dan ia sebenarnya isu yang telah lama muncul dalam masyarakat individualistik kita (bukan individualisme dalam pengertian libertarian ya!). Alah, orang tua-tua pun kata "jangan jaga tepi kain orang" kan?

Sejak dulu aku anjurkan yang baik. Prinsip yang sama aku pegang dan baru-baru ni aku anjurkan dalam ruang komen di laman web Ustaz Hasrizal tatkala bicara isu Palestin "Saya muslim tapi mungkin ada masanya saya tidak beramal seperti anjuran Islam. Kawan saya bukan muslim tapi mungkin ada masanya dia beramal seperti anjuran Islam. Maka, pilihlah apa yang sesuai dengan anjuran Islam". Di laman Fynn pun aku anjur yang sama. Ia persis pesan Imam Syafie saat perseteruan mazhab meningkat dalam masyarakat. Ah, di Malaysia ni kau boleh tengok budak sekolah agama pun bukan semua benar-benar mahu kenal apa itu agama.

Hei, aku bukan Ustaz. Sejak dulu aku memang tidak selesa aku dipanggil ustaz. Aku tak suka sebab aku tak mahu aku jadi fitnah kepada nama 'ustaz' itu sendiri (dalam pengertian sempit masyarakat kita). Dalam banyak aku menulis sejak sebelum tumpang muda lagi sebenarnya, aku memang cuba memperkaya penghayatan aku pada bahasa Melayu. Tadi pun dengan Khairizul aku kekal mempertahankan keindahan bahasa Melayu dari apa yang aku tahu. Ah, ini bukan alasan kenapa aku lemah English. Tapi kau jangan terkejut jika jumpa budak atau orang tua Melayu yang Englishnya sangat fluent tapi bahasa Melayunya tunggang-langgang. Pada aku, yang penting ialah makna di sebalik pemilihan kata. Di sana eksplorasinya memang menarik...dan mencabar (tapi aku tak mahu berjenuhan memahami prasasti, hehe).

Cinta memang buta sebab daripada apa yang aku gambarkan pada dua perenggan pertama cerita 2 ini - ia jelas satu bentuk fanatisme pada hal yang kita mungkin kurang sedar. Ah, jika tengah sayang mungkin aku tidak kisah sangat. Mujur aku tak pandai membenci. Biarlah apa yang terjadi.

Kebelakangan ini hal relationship-thingy melanda kawan-kawan. Bukan soal cinta saja malah soal bersahabat pun. Sebagai abang (eh, korang mana pernah panggil aku abang dan aku ok saja. Macam apa ntah panggil abang, haha), aku percaya hal yang kalian hadapi sangat remeh dan boleh diselesaikan. Bab relationship-thingy antara kawan dan kekasih mungkin sedikit beda kerana soal berkasih ni ada elemen emosi yang cukup kuat, maka rasional yang perlu sepatutnya lebih kuat. Tapi awas, tak semestinya...ingat pesan aku yang ini.

Perempuan memang banyak urus diri dengan emosi dan lelaki banyak pakai otak. Ini kenyataan umum. Tapi bila lelaki pakai emosi, hasilnya sangat macam celaka. Kau boleh tengok ada satu entry aku (satu-satunya) yang ada kata kesat. Itu memang emosi dan aku admit. Tak apa, walaupun aku boleh jelaskan, tapi bukan cara aku untuk burukkan sesiapa. Cara aku di mana-mana mudah - semua masalah boleh selesai kalau kita sedia bincang dengan adil.

At the end, bila kau setuju selesai masalah cara bincang ia harus bersifat win-win. Maksud aku nilai apa yang kita harus sama-sama pegang. Aku tak tahu tapi inilah prinsip aku dalam hubungan kemanusiaan - termasuk politik (kan itu pun hubungan kemanusiaan?). Dalam dunia dakwah, aku tak belajar pun musyawarah ni untuk menangkan sesiapa tapi dalam musyawarah bila orang terima pendapat kita yang paling baik, kami diajar beristighfar kerana mungkin saja pendapat kami itu sebenarnya nanti akan beri kesan buruk kepada semua pihak yang terlibat dalam proses membuat keputusan.

How sweet..ia buat aku rasa sangat lapang. Dalam hidup, kita tak dapat elak proses rundingan melainkan kita ni dah jatuh kategori id, atau rendah sikit - super-ego. Kenapa aku kata sweet? Sebab dalam hidup sebenar kita masing-masing ada pendapat dan semua pun nak pendapat dia diterima. Kalau tak biasanya orang tu akan diam. Tapi tengok betapa cantiknya, bila pendapat kita diterima - kita kena istighfar, bila ditolak - kita syukur.

Ok, aku kongsi apa yang aku pernah belajar. When it comes to problem, bear in mind that we are looking for solution and we don't have to let ourselves stuck in the problem itself.

Kata lain - solution oriented, bukan problem oriented. Dengan orientasi menyelesaikan masalah, kita akan cepat keluar dari lingkaran emosi. Dengan membiarkan diri dalam orientasi masalah, kita menggalakkan emosi hidup dan kita akan mula mencari salah orang lain dan kita akan cari shoulder yang akan please kita everytimes.

Masa aku ada masalah sampai terkeluar kata tidak enak di blog ni dulu, aku memang cari solution dan terima kasih untuk den. Aku memang tak akan puas bila orang banyak cerita kebaikan aku sebab it doesn't help me at all. Hanya kau saja yang berani go against the grain.

Why? Bukankah aku yakin aku jujur dan benar?

Of course. Tapi aku bukan nak menang dalam argumentasi. Aku nak memahami persoalan yang timbul. At the end, we can't change others but we can change ourself. Cakap la berbuih mulut pun, tumpahlah air mata sebanyak air di lautan pun...

Dan alhamdulillah, aku gembira sekali masalah den dah boleh kata 80% selesai. Aku tak boleh tolong banyak. At the end, kau yang akan buat keputusan. Khas untuk den - aku harap kau ingat 2 indikator yang aku pesan tempoh hari. Tentang masalah berbaki tu aku tak escape tapi sampai masanya dia hubungi aku, aku akan pastikan semuanya sealed - selesai dan kau boleh tenang-tenang saja fikirkan 2 indikator aku bagi tu. Aku tau kau yakin aku boleh selesaikan masalah ni bagi pihak kau dan aku akan buat. Kalau tak aku dan adik-adik memang akan terus kawan dengan kau, tapi kau pun tahu bagaimana rasa percaya itu susah untuk dibina kan?

Kita boleh malah harus kesalkan kesilapan kita dan itu bagus sebab ia tanda kita humble, sekurang-kurangnya dengan Tuhan. Kita pun bukan Nabi s.a.w. kan?

* Untuk kawan-kawan yang doa dapat makan satay tiap-tiap minggu. Bagilah chance aku simpan duit nak kahwin! huh! Mentang-mentanglah aku yang paling single sepanjang zaman...sampai hati korang...

Dah, aku nak balik hotel. Urm, bulan 5 insyaAllah di Pulau Pinang dan bulan 8 jika tak ada aral di Perlis...Rock on Akademi Fantasia! Eh, Akademi Merdeka la....hehe.

Take care and sweet dreams, haha!

12 comments:

  1. kami..insyaAllah doa yg terbaik..dia (kau tahu siapa)..aku x tahu..

    ReplyDelete
  2. dia. dia mungkin ada personal dgn dia yg satu lagi. aneh, mereka kawan baik.

    tak apa, nanti aku basuh dua-dua.

    kadang2 kita act like a child, termasuk aku. so, kita maafkan dan cuba convince dia apa yg lebih baik utk semua..

    ReplyDelete
  3. banyak btolll "dia"...
    cinta memang buta... dan aku juga pernah dibutakan... nasib baik cepat2 celik... kalo tak terus menerus la aku kebutaan... hehehe...
    bro amin... aku doakan yang terbaikkkkk...

    ReplyDelete
  4. thanks bro..
    insyaallah..
    doa2 kan..

    ReplyDelete
  5. amin..aku dah request Baskin Rabak setiap 31 haribulan stp bulan :P apalah sgt rm18 utk satu box kecik :p

    ReplyDelete
  6. hahaha

    hari ni sangat best, maka aku x sabar tunggu duit masuk utk raikannya :)

    ReplyDelete
  7. adakah aku bleh terlibat dlm meraikannya..;)
    hehe..

    beb,mayb aku jd pegiring jbtn tuk folow john tuk amali rek..
    mayb la..

    ReplyDelete
  8. hahaha

    takpe, lu dah keje nasib lu pasti baik...

    gua x pegi Liang..
    gua pun x tau dah apa nak jadi life gua ni, huh!

    ReplyDelete
  9. Baskin Rabak tu kau yang treat kan? Abang-abang kena la manjakan adik2. jgn la asyik suap adik2 dgn sumpah seranah makian je :P ehh..sumpah seranah xde, tp makian tegar! Abang yg seorang tu dh janji nak melanje..ciss..

    ReplyDelete
  10. err..apakah ini?

    yay! aku dah temukan caranya.

    sebulan sekali korang kena datang lepak KLCC pasni, ada bran?

    ReplyDelete
  11. rsnye mmg ingt lg kut psl blanje eskrim kt bakul robin 2..:p

    ReplyDelete