Tadi Buletin Utama tunjuk berita penangkapan rasuah di dalam hutan, berlaku di Pahang dan di'kantoi'kan. Peniaga nak tebang balak di luar kawasan kontrak.
Yang buat aku seronok bila Pegawai Jabatan Hutan yang buat kenyataan tu ialah Mohd Shahril Che Saad - budak batch aku semasa di Fakulti Perhutanan tapi lebih dikenali sebagai Mat Motor dan Abang ROTU. Shahril suka bahasakan diri dia Shahril sampai kawan-kawan confuse masa mula-mula kenal. "Shahril asai Kedah" kata dia...dan kawan-kawan budak KL dan Johor dok tertanya Shahril mana? hahaha.
Apapun syabas! Way to go...harap kawan-kawan kekal anti-rasuah. Kalau nak kerja dengan kerajaan, kena sabar dengan gaji yang ada. Tapi confirm bulan-bulan duit masuk. Kalau tak mahu, then anda letak diri anda kepada satu cabaran hidup yang pada aku interesting. Rasuah terutama dalam hal kontrak dan tender ni dah macam satu rahsia umum di Malaysia. Di kampus misalnya semua tau masing-masing dah ada kaki dan kroni.
Come on, aku pun ada kawan UMNO yang berniaga dan aku tau betapa dia struggle dan jadi orang. Ok je. Masalah rasuah bukan sekadar masalah UMNO walaupun hakikatnya mereka berkuasa dan aku tahu bagaimana sistem mereka untuk kekalkan kuasa. Ingat berita Pemuda UMNO Kangar baru-baru ini? Itu sebenarnya hanya bahagian kecil. Nama pun negeri kecil.
Masalah rasuah sebenarnya lebih besar. Ia masalah dalam paradigma kita. Sebab itu aku setuju bila Arwah Rustam Sani (anak Ahmad Boestamam yang juga bekas pemikir besar di ISIS) pernah tulis lebih kurang "korupsi mula berlaku bukan bila kita terima rasuah tetapi bila minda kita percaya bahawa rasuah adalah satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu".
Dan berita tadi tentunya aku suka bila digandingkan dengan berita ini.
Dan tentunya ada sesuatu di sebalik berita ini juga!
Aku masih boleh kekal patriotik tanpa perlu mencintai (kerajaan atau pemimpin) korupsi!
Pernah dengar lagu One Buck Short - Kelibat Korupsi? "Tukar caro kito pikir baru hapus korupsi!".
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alamak..x sempat nk tgk berita tu. sdg berhimpun ktka berita..
ReplyDeletewoah..dasat dia ye?
sedang berhimpun? apakah?
ReplyDeletewei lin..aku suka la kau tulis pasal ayah kau. ia buat aku rasa dekat dgn apa yang aku pernah lalui..
ilmu usul tu sebenarnya usuluddin la maksud ayah kau :)
Saya syorkan menonton filem lakonan Al Pacino tahun '73,tajuknya Serpico(true story) ataupun boleh dapatkan biography Frank Serpico.
ReplyDeletesdg berhimpun = sdg solat jemaah laa
ReplyDeletehiihi :p yela tu..usuluddin yg aku kira, kalau org skrg dgr, mesti ingat ajaran bukan2..setiap hari, pagi & ptg, aku disogok ilmu tsebut. mujur aku blh absorb semuanya walaupun utk amalkan ia, ambil masa :p
Shahrul,
ReplyDeleteApa khabar? Macam Shahrul yang dulu je? ke aku salah orang? hehe, dah sah2 masa aku tulis ni aku tak view kau lagi..
Ok. insyaAllah aku dapatkan. Duit beli buku dah mula keluar dah cecah ratus pertama dan ada sebilangan buku aku dah tengok, mcm miskin je tahun ni, hahaha.
Eh, Coppola juga ada tulis The Godfather's Revenge!
Interesting!
ReplyDeleteKau tau..aku selalu impikan begitu. Aku jadi imam untuk keluarga dan berkongsi khabar akhirat tiap sela Maghrib dan Isya'..
InsyaAllah..
aku tgk berita tersebut..ada kagum juga..itu yg didedahkan..bagaimana dgn yg tertutup pula?yg tidak pernah dirakam even ramai yang tau?
ReplyDeletecorrupt...corrupt...:(
besar kan makna ihsan?
ReplyDeletesemoga aku dapat hayatinya...
Interesting!
ReplyDeleteKau tau..aku selalu impikan begitu. Aku jadi imam untuk keluarga dan berkongsi khabar akhirat tiap sela Maghrib dan Isya'..
InsyaAllah..
Amminnnn Ya Rabb... semoga semua nya menjadi kenyataan...
rasanya setiap manusia mengimpikan begitu... termasuk juga akuuuu...