Friday, January 2, 2009

Blog 2009

Aku ada buat poll di sebelah ni untuk tengok sikap pengunjung blog caca merba ni.

Ya, blog ni asalnya lebih bercorakkan politik, tapi aku fikir sudah terlalu banyak laman politik di Malaysia - ada yang sangat bagus sampai ke tahap biasa-biasa saja. Aku akan terus menulis tentang politik dari masa ke masa. Aku pun dah mula praktis kalau kalian sedar. Ya, tidaklah sederet cerita politik saja di sini.

Tentang kecenderungan politik aku ia cukup mudah. Sebagai mana aku selalu tegaskan di mana-mana - "I'm not a party member (yet), tapi aku mendokong keperluan Reformasi di Malaysia. Reformasi ialah proses dan ia berterusan. Justeru, aku tidak terikat sangat untuk pleased mana-mana parti. Sudah tentu asosiasi aku yang paling rapat ialah PKR sebab aku percaya telah tiba masa di Malaysia kita punya sebuah parti pelbagai kaum yang kuat di mana kita boleh bersetuju dalam perkara prinsip dan berlapang dada dalam perkara furu' atau cabang.

Biarlah aku sampaikan sejelas-jelasnya di sini - kita perlukan politik idea, bukan politik sentimen dan adu domba. Itu saja hasrat aku, tak banyak. Politik idea beerti aku sendiri perlu berusaha menempatkan diri pada satu piawaian yang matang. Dari politik idea inilah, aku harap kita semua dapat hidup dalam masyarakat yang lebih tinggi kemanusiaannya kerana keadilan dan juga bermutu undang-undangnya kerana kebebasan. Ini mungkin sebahagian dari budaya politik baru.

Ya, aku juga mahu tulis tentang perjalanan semasa hidup aku. Jika boleh aku mahu berlari seluas sudut sfera dunia. Aku mahu jumpa mereka yang bahagia di kota cinta Paris sebelum menjejak Sorbonne, aku mahu menyuap nasi ke mulut mereka yang kebuluran di belahan dunia lain dan mengesat air mata mereka yang tumpah kerana kelaparan, aku mahu merasakan ketinggian tamadun pada simbol di banyak tempat, aku mahu berenang di laut Mati dan hanyut di pustaka Al-Azhar, aku mahu jejak ke Oxford, Cambridge dan Ivy League yang lain untuk merasakan hangat budaya ilmu, aku mahu dengar azan dan nyaring alunan Al-Quran di Kota Suci Mekah dan macam-macam lagi.

Aku juga mahu tulis tentang cerita-cerita benar masa lalu. Ia mungkin tak seindah madah kisah benar dari Laskar Pelangi - tapi jatuh dan bangun, luka dan keringat, tawa dan air mata, saat penuh tenaga dan saat paling tak bermaya, saat hati berbunga dan saat hati luka, saat susah dan senang dan macam-macam lagi. Buruk dan baik masa lalu pada aku hanya sebuah tanda kehidupan. Aku pun tak tahu bila aku akan dijemput Ilahi. Tapi aku harap dosa aku pada umat ini, pada kamu, ya....tiap dari kamu dimaafkan. Dosa aku pada Tuhan insyaAllah, hanya taubat dan doa jadi sarana.

Terima kasih untuk mereka yang tak ambil pot aku nak tulis apa pun. Kalian boleh jadi manusia liberal (haha!).

Aku sebenarnya tak tahu siapa yang dok baca blog aku ni, dan apa yang kalian suka nak baca di sini. Kadang-kadang ada rasa macam poyo gila, kadang-kadang rasa macam skema gila, kadang-kadang tertanya" Eh, aku dah buat semua ni? Tak sangka!". Moga ada masa-masa aku dapat kenal dan jumpa kalian. Tapi harus aku ingatkan, aku biasanya kekok masa pertemuan pertama, tapi tak tahu sama ada 'kesyaitonan' aku itu lebih kalian senang berbanding yang biasa-biasa saja, hahaha. Ops, istilah 'kesyaitonan' itu hanya bahasa pasar, dan tidak bermaksud seronok menjadi syaitan yang bakal direjam ok (nauzubillah).

Ceria selalu, aku tengah kumpul mood sebenarnya untuk kerja marathon dan triathlon :p

15 comments:

  1. kumpul mood :)

    mood aku sdh lari. aku spt perlukan a pint of Baskin Robbin dari kepuk wallet owner WHG :P

    cakap la apa saja..ye..aku tak malu mintak pun :P

    ohh..aku suka baca semua yg kau tules tp bab politik aku x nk komen..sbb fact ni ssh aku nk ingat. aku suka pengalaman kau. sbb aku tadek abg..jd aku nk dgr abg bcerita :)

    ReplyDelete
  2. lin, aku selalu cakap pada afiq - kalau nak kenal karakter orang, ada dua cara:

    1) masa dia di luar comfort zone
    2) bagi dia kuasa...

    (pendek kata pada waktu sgt sukar dan waktu sgt senang). dalam politik ni sebenarnya kau tak perlu bergantung kepada facts semata-mata tapi idea.

    kau pernah bayangkan apa itu kehidupan sempurna? apa itu hubungan sempurna, misalnya dalam cinta kau? prinsipnya sama...cara mungkin berbeza.

    kau adik, walaupun bukan adik betul. kau byk tolong aku dan aku hargai itu. tapi kau tahu kan nak dapat belanja tidak semudah itu? hahaha...ceh, hutang belanja manny belum tertunai ni!

    ReplyDelete
  3. amin, ko tulis sedap.. tapi nak convince kan orang ko kena bljo dari aku dulu kot...haha..
    selamat taun baru...teruskan dengan politik ni, dan spt ko aku juga masih tidak berparti malah belum register lagipun dgn SPR, klu register pun nak undi saper PR nanti...mengurangkan peratus keluar mengundi je..ye tak?

    ReplyDelete
  4. eh kejapny poll ditutup...aku tak vote lagipun...aku vote pandangan isu semasa...bole terima ka?

    ReplyDelete
  5. aku baca je sume entry ko.tp aku x reti nk komen bab politik.utk tambah pengetahuan aku bole la kot..yg lain2..aku layan gak la..

    thank god ko ingat hutang belanja aku.aku ingat ko dh lupe..isnin ni kene la aku settlekan last attendance ko kan.pastu...dpt la secret recipe aku kan...huhu..can't wait...=P

    ReplyDelete
  6. haha, ok Man..aku terima. kau pun adik aku juga. ni adik paling degil dalam sejarah, hahaha.

    kalau aku turun Sabah nak naik Kinabalu, apa kau boleh bantu? Jomla datang Perlis gi rumah mak angkat kau..

    Manny, relaks...aku masih muda :p
    Thanks for help, Isnin ni juga aku nak pergi jumpa org berkenaan nak selesaikan masalah aku. Boleh jadi sosialis aku macam ni, hahaha

    ReplyDelete
  7. aku mahu juga!! :P

    secret recipe choc indulgence..

    nnt aku balas la :p

    ye...aku sdg mengada2 ni..menggedik2..hahahahahah :D

    oho..aku sdg diet!

    ReplyDelete
  8. menarik penulisan saudara amin kali ni..saya suka bahasa yang anda gunakan.begitu indah ..dan sedap membaca..

    ReplyDelete
  9. yerla2, aku janji sebelum ni utk kedua2 kamu kan?

    oh, pembaca lain tidak terlibat ok? bukan senang nak dapat status adik ni yer tak lin? kamu mesti TAHAN MAKI, hahaha (yg tak faham dan amik serius ni mesti tak tgk filem P Ramlee).

    Ikhawan,

    biasa-biasa saja...lari dari tepu politik biasa :)

    ReplyDelete
  10. Alamak, ter'ikhawan' lak di situ..hehe. Sorry ya kawan!

    ReplyDelete
  11. ehem....ko lupakan aku ke? aku baca suma apa yang tulis kecuali bab politik ko. ko pun tahu kan aku paling mlas bab poll itik ni (don't comment anythng on dis part,heheh). btw, i miss all the moment ur wrote. wat aku rasa muda bila baca balik ( certain part je la, hahaha)...chow

    ReplyDelete
  12. ngee..ko lupe kecik bro!

    susah dpt title adik. sbb kau abg yg syaithonn! :P

    tp mcm biasa, blaja dr kau buat aku jd hati kering sikit2, hati batu, hati keras, speak loud, outspoken :)

    kau bkn bg ilmu bodoh2 tp ilmu yg x tertules dlm guidebook of reccers. ilmu yg dpt dr pngalaman kau sndr.

    bila mahu ajak pegi OB lg? :p tp x mo ikut course. aku tadek water confident. ko x ajar ilmu yg tu kat aku. hahaha :D

    oh ye..guidebook of engkau dh buat blm? :p jgn ikut aku gurau ye? sbb kau agk malang di situ. hahaha :D puas aku & kecik crte psl tu gelak2. kecik pun setuju kau tules guidebook ttg tu :D

    ReplyDelete
  13. ayat
    jgn ikut aku gurau ye?
    perlu dibaca
    jgn ingat aku gurau ye?

    ReplyDelete
  14. haha...alololo majuk pulak adik aku kat sarawak ni.

    lin, tugas kau ialah dapatkan tarikh kecik kawen bila. insyaAllah ada rezeki kita turun sarawak - sesatunya negeri yg aku x sampai lagi. geram tul!

    guidebook? haha..

    aku tertanya2 nape kecik letak nocturne di situ..adakah kau telah jadi night person?

    ReplyDelete
  15. dah dpt confirmation dr kecik. mgkin lmbat lagi. sbb her boyfie non-muslim. byk pkara nk amik berat katanya. so if ada rezki, kte dtg sana, as visitor :) since kecik skrg dh lepak miri. xde kt dlm hutan lg :)

    ReplyDelete