Memang kebiasaan...universiti akan menjadikan Cuti Raya Cina sebagai sebahagian daripada cuti pertengahan semester. Semasa aku belajar dulu memang jadi isu juga sebab cuti banyak sangat. Ya, Malaysia memang banyak cuti! Tapi adakah cuti yang banyak satu kesalahan?
Jiran-jiran aku majoritinya Cina dan entah kenapa aku tidak melihat sambutan berlebihan di sini. Semalam aku, Zaki, Ewan, Naim dan den keluar ke Ceria Box, Kajang. Dua jam menghabiskan masa mengalunkan lagu-lagu rock 80's dan 90's dari pukul 1030 hingga 1230. Balik aku dan den keluar menonton Liverpool dan Everton bersaing dalam Piala FA - seri 1-1 (untuk kali kedua!). Den fanatikus The Reds, okla tu.
Sambil menikmati burger, kami berbual soal perkembangan bola sepak Malaysia. Entah kenapa, kami berkongsi pandangan yang sama akan keperluan bola sepak Malaysia diliberalisasikan. Ia memberi aku idea untuk penulisan.
Hari ini Fufu datang rumah dan kami sambung buat kertas kerja untuk beberapa projek. Den dah ke Sungai Dusun sebelum bersama adik-adik FHR3616 mendaki Gunung Liang nanti. Yoe dan adik-adik KOB membuat kerja cuci rentis Gunung Tahan. Sayang sekali aku tak punya masa luang untuk semua ini buat masa ini.
Semalam aku hubungi Nizam di Sabah dan minta dapatkan kos untuk beberapa aktiviti di sana. Aku mahu kembali berada di puncak Kinabalu sebelum balik ke Perlis for good. Sebenarnya aku mahu sediakan sedikit wang untuk menyelesaikan beberapa aktiviti muda-mudi aku - i) mendaki G7, ii) Skydive (dulu aku Timbalan Presiden Skydive UPM tapi tak sempat terjun kerana dilanda kesibukan Pilihan Raya Kampus, geram betul!) dan iii) Scuba - projek tertangguh kerana faktor yang pelbagai - cuaca, masa dan lain-lain.
Yang geramnya ialah kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 orang untuk ikut serta bagi membolehkan ia dijalankan dengan kos yang patut. Aku pun memang tak mahu ramai-ramai sebab ini lebih kepada self-actualization.
Ada sesiapa yang berminat ikut serta? Tak ikut semua pun ok...satu demi satu..tengoklah masa dan kos yang mampu..oh, aku nak ambil gambar kali ni sebab aku memang tak gemar bergambar sangat, maka banyak pengalaman tak dapat buat recollection yang lebih baik.
Jom?
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nk ikut!
ReplyDeletecpt cabar aku utk fit :p
sbnarnya kan, Selangor paling byk cuti2 :D smpikan Gomen tpaksa buat pekelilg ttg cuti dipotong jd 25 hari :D imagine la pegawai gred 32 pun cuti setahun smpi 35 hari. tolak sbtu ahad, tolak cuti umum yg jatuh pd ahad, isnin msti cuti. cuti shj dh melebihi hari bekerja weh :D
ReplyDeleteok, sedia duit dan kita cari korum.
ReplyDeleteaku yang sentiasa on utk projek jalan2..msti la nak ikut!!!
ReplyDeleteini naik gunung la..projek 1 g sabah, jom?
ReplyDeleteada RM1k dah ok tmasuk tiket flight..amacam? ada tak 6 orang?
aku...lagi?
tentatifnya mudah:
Day 1 - fly to KK tido di Kinabalu Parks
Day 2 - beraktiviti sekitar pekan kundasang dan dlm Kinabalu Parks
Day 3 - daki Kinabalu dan bermalam di Gunting Lagadan
Day 4 - turun ikut Mesilau dan bermalam di sana. Mesilau ialah projek Doc Wan dulu.
Day 5 - Pergi Poring Hot Spring dan bmalam di sana.
Day 6 - Pergi Monsopiad dan membeli belah di KK, bermalam di KK
Day 7 - Balik KL
* tertakluk kepada pindaan. nak pi Pulau kos naik la...
SABAH?! ohoho... rindunya... teringin jugak nak join... tapi part panjat gunung tu tak mo la... cukup la sekali... huhuhu... tapi sumer tempat kat sabah selalu dalam kenangan... jgn lupa pi melawat kinabalu pines resort ek... tak tido pun bergamba jadik ler...
ReplyDeleteaku pun looking forward nak gi jalan2 kat sabah mei nie... erm heharap jadik ler... rinddddduuuuuu giler sehhh... minta posting sana dorang tak bagi... hampeh sungguh...
wa latang wa latang..
ReplyDeleteya, sangat cantek lo!
ReplyDelete