Tuesday, January 20, 2009

Darjah 1 Sampai Darjah 3 Siri 2

Blogger is a free blog publishing tool from Google for easily sharing your thoughts with the world. Blogger makes it simple to post text, photos and video ...

Atas ni hanya iklan saja...aku percaya blog boleh jadi satu medium pengikat kasih sebagaimana Koleq Circa 9094 pada link yang ada. Huh, aku ni sangat sentimental barangkali...banyak sangat dengar lagu Sweet Child O' Mine kot? Moga-moga satu hari nanti medium maya ni dapat temukan aku lebih ramai lagi kawan-kawan lama seperti di Friendster (antara alasan paling ampuh kenapa aku tak boleh shutdown akaun aku di sana).

Darjah 1 dulu la ok? Apa yang aku ingat?

Pagi-pagi aku akan ke tempat letak kereta guru sebab aku biasanya akan tolong cikgu Mashitah angkat buku-bukunya ke kelas atau bilik guru. Jarak bilik guru dengan kelas aku dalam 100 meter rasanya, tapi masa tu rasa punyalah jauh. Selalunya Ahmad Zaid, Dzul, Shahrul, Wandi atau Azrizal yang tolong sama. Dari sana kami rapat, Zaid memang dari tadika dah rapat, almaklum jiran dekat rumah.

Darjah 1 depan kelas ada tikar getah - kami akan duduk di sana semasa kelas-kelas tertentu. Kiranya ramai-ramai duduk macam selalu dianjurkan masa khutbah (kisah sahabat-sahabat r.a. duduk rapat-rapat sampai daun gugur pun tak cecah tanah). Dzul datang dari Kampung Kubang Gajah, Arau dan Shahrul dari Datuk Kayaman. Agak jauh sebenarnya kedua-dua kawasan ni dari sekolah aku. Entah kenapa ayah mereka hantar sekolah di Seri Indra, mungkin sebab mereka kerja di Kangar.

Masa darjah 1 (1989) kami memang jarang bercampur dengan kawan-kawan kelas lain. Yang aku ingat, klik banyak tapi macam biasa klik aku paling berpengaruh. Kami biasa main tindih-tindih sesama budak laki. Caranya ialah jatuhkan seseorang dan kemudian ramai-ramai tindih dia. Sebenarnya 'permainan' (apa kejadah ini dipanggil permainan?) ini sangat berbahaya. Boleh mati beb! Aku hanya sedar benda ni bila Anizal kena tindih. Anizal ni klik lain (klik 2 orang) tapi dia cuba nak masuk klik aku yang memang klik besar (mungkin sebab Zaid dan Junaidi memang sedia kenal aku di tadika ditambah dengan 'ramah'nya aku, haha). Kesian Anizal sebab sekeras-keras kepala dia, keluar gak air mata. Mula dari saat tu, aku dah tak main benda ni.

Budak-budak perempuan biasanya main zero-point atau blue-black. Aku dan kawan-kawan pun main juga, hehe. Anis dan Nadiah sangat tinggi. Seingat aku, aku hanya paras mulut je dan Zaid yang tinggi sikit paras hidung. Zaid, aku tergelak bila baca komen dia di friendster aku - masa tu dia di Jepun tapi sekarang dia dah balik berkhidmat di Malaysia. Kata Zaid aku ni dulu besi. Ceh, darjah 1 pun besi ke? Tapi memanglah, aku ni masa kecil tak makan saman...membawa sampai ke tingkatan 3 rasanya.

Jangan terkejut sebab kami juara ok? Hehe. Yang aku ingat Aku, Zaid, Dzul, Hafiz Harun dan Helmi Said memang satu pasukan dan Salwa, Dahlia, Anis, Nadiah dan Haniza satu pasukan lagi. Tapi main batu seremban kami kalah la. Memang tangan tak lentik langsung. Keras batu pun tak mau lekat, haha. Tapi macam biasa, lelaki main tudung menet la kan? Seingat aku yang paling cekap main ni ialah Shahrul dan Helmi Said. Aku di ranking ketiga biasanya dan sesekali menang dan dapat nombor 2.

Aku juga ingat bila Did atau Didan (nama panggilan aku pada Azrizal dan lekat sampai sekarang! ampun!) buat eksperimen. Dia buka skru yang ikat mata pisau pada pengasah pensel dan asah pensel hanya pakai mata pisau itu saja. Akhirnya kena tangan dan luka. Sangat menakutkan waktu itu sebab Did boleh pula relaih (bahasa Perlis) atau kesat jari dia yang berdarah tu kat baju putih sekolah tu. Humang aih, darah punyalah tak berhenti boleh pula dia buat macam tu seolah-olah adegan pembunuhan sedang berlaku dan aku dengan dia - kira macam aku tikam dia la, haha (huh! exaggerate macam harem!). Cikgu Mashitah masuk dan kata aku yang pengaruh Did (mentang-mentangla aku nakal, nasib sungguh jadi budak nakal ni...err, sebenarnya jadi budak baik pun orang kata macam-macam juga - dunia, dunia). Did dibawa ke bilik guru untuk cuci dan balut jari. Sama gak, taubat tak buat dah :)

Darjah 1 lagi dok kacau Salwa (ke ngorat? haha) sampai dia report kat abang dia Safwan masa tu darjah 3. Abang dia datang cari aku siap bawa geng yang aku ingat nama Zulkarnain sebab mamat ni memang dikenali bagak dan mukanya juga muka bouncer. Aku kena sound dan terus jadi kawan dengan Salwa, haha. Sampai sekarang aku masih contact dengan abang dia...tapi itu cerita nanti, cerita aku dah besar sikit.

Aku ingat kantin sekolah makan pada aku sedap. 50 sen saja sepinggan nasi dengan telur dadar yang aku rasa dipotong 6 dan gulai kari. Orang utara suka kari. Aku rasa kebanyakan kami la. Kari campur kicap pun boleh pelahap nasi tu. Tapi kalau kalian nak kahwin dengan orang utara, janganla buat kejam suruh suami makan nasi kosong campur kari dan kicap pulak! hehe...

Aku balik rumah tumpang Pakcik Halim, jiran kami rumah no.2 tu. Masa tu Che Kamil (kami panggil Che Amir) masih di Seri Indra darjah 5 rasanya. Aku masih ingat satu hari tu Pakcik Halim cukur jambang dan misai dia. Pergh, macam P.Ramlee masa filem Hang Tuah beb! Kebetulan masa tu aku ada tonton filem Hang Tuah.

Aku juga ingat satu pagi tu kami lewat ke kelas Pendidikan Jasmani. Kelas ni buat di tepi padang Seri Indra (kalau sesiapa pernah ke Perlis, sekolah ni betul-betul belakang Hotel Putra Palace. Tapi masa aku darjah 1 sampai darjah 3, hotel ini belum ada. Yang ada dulu di situ hanya Pens Hotel - sekarang masih ada tapi dah jadi sebahagian daripada Putra Palace - bahagian bawah tu. Di tepi padang tu ada pokok yang kami panggil pokok sabun (pergh, apakah namanya? Err, yang aku pasti ia dari Famili Leguminosae dan mungkin sekali kelompok Akasia). Ajaib beb masa tu bila kenal pokok ni sebab bila letak air dan gosok boleh keluar macam sabun.

Haha, sungguh darjah 1 aku waktu itu!

Nota lain:

Aku memang melankoli di sini dan sukar untuk dilihat di tempat lain. Kawan-kawan paling takut aku melankoli. Tapi Fynn lagi sedang melankoli, hehe dan Anna sedang girang dengan inisiatif blog barunya - untuk mengumpul para wanita dan bakal ibu, ceh! apa yang dipakatnya di sana? haha.

7 comments:

  1. Pakcik Halim cukup jambang dan misai dia

    apakah cukup itu?? hehehe :p

    ReplyDelete
  2. hahaha typo2...:-p
    ceh dulu waktu tadika ade sekali kena tindih dgn 3 dak lagi...masa tu tgh kutip biji saga alih2 dtg 3 dak budak tolak zai bg jatuh pastu tidih cam haram...nsib gua superwoman(walaupun mase tu mmg tersgt kecil=ringan hahaha)setakat 3 dak lembik aka sotong boleh ditepis oleh zaigon..huahahaha

    rasanya kalo mase tu saiz ala2 giant(doreamon)sure nak tindih balik dak bertiga tu..pastu siap nak hempap2 n lenyek2 mcm pisang...hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha, gila kijam!

    aku rasa aku mungkin keras kepala dan innocent kot...tapi bila aku realize, aku akan minta maaf dan cuba sehabis baik untuk tak buat lagi...

    pergh, kalo ko hempap..memang jadi karipap lenyek la :p

    ReplyDelete
  4. Zaman djh 1 buat aku teringat kt kecik aka zaliza :) hahaha :p

    liza, ko ingat x yg kita main pukul brp datok harimau? lps tu muhaimin x dpt tgkap kaki kau, dpt tgkap kasut je :p

    dlu aku dgn kecik satu kelas smpi djh 2 :) kecik pnh kne marah dgn cikgu sbb masa bg ucap selamat sejahtera, cikgu ingat kecik x berdiri, cikgu ingat dia tgh duduk. pdhal dia mmg bdiri dan saiz badan dia sgt cinonit kan liza kan? :p kecik dlu xde kasut skola yg sesuai sbb xde saiz :)

    Zaliza..sungguh aku rindu kamu!

    ReplyDelete
  5. muhaimin skrg keje N17 kt Fakulti ekonomi UPM. dia pakai kete savvy. adik dia bestfren Nana, adik aku yg bongsu tu. Muhaimin skrg badan dh mantap. dlu cekeding jek..

    ReplyDelete
  6. err, hehe...sian tecit..mcm cikgu tu hina dia lak, hehe

    ReplyDelete