Saturday, January 24, 2009

Darjah 2

Darjah 2 di tingkat atas Darjah 1. Guru kelas 2 Merah ialah cikgu Mahziliyah. Dalam kelas kami ada satu bilik kosong di bahagian belakang - stor.

Darjah 2 ni aku tak dapat nak ingat banyak perkara sangat rasanya. Yang ada ialah:

1) Kalau gaduh budak-budak tu, ugut kawan nak buang beg dia ke bawah (dari tingkat 2). Macam harem je fikir balik. Sungguh kanak-kanak!

2) Kadang-kadang bila mak kerja shift pagi, seawal 645 pagi aku dah ada di sekolah. Ngeri beb! Gelap sangat...tapi ada juga a few others (bukan budak darjah 2) yang sampai awal. Sebenarnya bangun pagi memang sesuatu yang baik.

3) Gosip kisah hantu i) di bilik air yang kini telah jadi kedai buku SRK Seri Indra sejak aku darjah 3 rasanya. ia berpunca dari kes pelajar terkunci di dalam tandas ii) di stor sukan, ia berpunca dari kes pelajar terkunci di dalam juga...

4) Aktiviti masa rehat masih seperti biasa - main tudung menet, join budak perempuan main zero-point dan blue black dan yang terbaru ialah main polis sentri dan aci cup (alamak, aku tak tau la di wilayah lain panggil apa, di utara memang panggil aci cup). Oh, juga kadangkala main bola sepak kertas di sekolah. (En. Ariff, aku dah jumpa permainan yang hang cakap tu...).

5) Shahrul jadi Ketua Kelas. Aku dan dia memang selalu jadi tukang hantar buku ke bilik guru dan ada satu perbualan lawak (bila fikir balik) tentang "hang suka kat siapa? hahaha".

6) Dalam kelas ni kami pelajar yang top dalam periksa duduk di barisan belakang sekali. Kira geng elit la. Aku tak tau korang ingat ke tak aku ada tulis cikgu Mahziliyah nak denda kahwin olok-olok aku dan Salwa dulu (haha).

7) Lupa aku tulis, sejak darjah 1 kami ikut kelas Muzik yang diajar oleh cikgu Azlina. Walaupun aku minat muzik, tapi aku rasa kelas muzik antara kelas yang membosankan bagi aku waktu itu. Kononnya main rekorder semua ni mainstream la, hahaha...

8) Tak silap aku beg yang popular zaman tu jenamanya SWAN :p Kotak pensel tu siapa yang kaya akan pakai jenis yang bertingkat dan berlapis tu...aku? Memang tak reti pakai kotak pensel, haha.

9) Pasukan bola sepak Perlis memang gah masa zaman Semi-Pro. Ayah Salwa ialah Pengurus Bola Sepak Negeri Perlis (dan juga Pengarah JKR Perlis masa tu). Aku rajin juga ke Stadium terutama ikut (arwah) Pakcik Hanif yang masuk dengan pasukan keselamatan hospital yang bertugas untuk setiap perlawanan. Kadangkala aku ikut jiran aku, Shukri, abang Aminatul Saadiah a.k.a. Mimi atau tumpang Muziman. Pernah la tumpang balik dengan mak Salwa dan juga pernah panjat pokok sebelum ada pakcik yang belanja masuk tengok bola dalam stadium. Punyalah fanatik waktu tu. Aku tak begitu ingat nama pemain import Perlis kecuali Praduphan Jarunya. Trio Thailand waktu itu memang terbaik!

10) Hujung tahun aku kena berlakon dalam satu persembahan pentas untuk sekolah sebagai petani. Pikul cangkul, masuk ke pentas dan buat-buat kerja bertani. Jenuh la berlakon konon kesat peluh di atas pentas, hahaha. Aku rasa masa sekolah rendah sampai darjah 5 memang aku tak ada masalah banyak la nak keluar ke depan dan buat persembahan spontan ni.

7 comments:

  1. ek eleh perlis sllu kalah bola pun ko skong n taksub..

    ReplyDelete
  2. haha, ini cerita hujung 80's dan 90's ok? huh!

    ReplyDelete
  3. 80an
    Pradupahn Jarunya
    NakullwatanaKeunkean..
    Somkiat prompet

    90an
    Stephen Keisi
    Emile Mbouh Mbouh
    Henry Tatey Aquah
    Kiatisuk Senamuang...

    ReplyDelete
  4. Ya, betul-betul!

    90's pun ada pemain mat saleh tu apa nama ntah Brandon ke?

    ReplyDelete
  5. hahaha beg swan mmg glamour gile time tu:-p..bukan beg je rasenya pastu pensel kaler jenama swan pun ada..

    mostly student waktu tu mmg pakai la..skunk ni ada lagi ker beg jenama tu??

    ReplyDelete
  6. 80's aku masih blum masuk skool.so xtau sgt psl hal2 skolah ni.

    90's memang syok.sekolah is the best place to be.bleh main dgn happy nya.sebab kalau balik rumah bleh main ngn cousin2 je...boring...

    ReplyDelete
  7. hehe...tapi aku tak pakai la beg tu. tak mampu...

    aku rasa sekolah zaman tu la paling best!

    ReplyDelete