Monday, January 26, 2009

Darjah 3 Merah

Guru kelas darjah 3 Merah SRK Seri Indra tahun 1991 ialah cikgu Norazian. Anak dia (arwah) Azli junior aku di Derma. Aku hanya tahu berita kematian Azli semasa balik bercuti di Perlis dan berkunjung ke rumah cikgu Soleh (cikgu Soleh pun khabarnya dah ditukarkan ke Sabah..ada cerita lain tentang ini nanti kot). Khabarnya dia meninggal kerana 'bleeding' dalam badan selepas kemalangan. Arwah sedar 2-3 hari dan sempat berbual mesra dengan ramai orang termasuk kedua ibu-bapanya. Al-fatihah untuk arwah.

Aku tak tahu di mana cikgu Norazian sekarang. Dulu masa dia jadi guru kelas, dia masih muda - mungkin baru 30-an. Zaman tu rasanya masih popular perempuan bertudung ala lanun tu (aku tak ingat siapa yang sebut istilah ikat tudung macam lanun ni..).

Dalam kelas, aku dan Dzul selalu kena denda sebab suka menyanyi (senang cakap bising la). Waktu itu lagu Cinta Untuk Nabilla nyanyian kumpulan Melissa yang kami nyanyi di depan kelas. Hoh, macam apa je. Shahrul masa darjah 3 ni kami anggap kerek sebab selalu ambil nama kami dan lapor pada cikgu. Haha, orang baik memang selalu dibenci kot? Peace kepada budak-budak baik zaman sekolah ya!

Permainan popular waktu rehat ialah Pepsi Cola (ala, main pijak-pijak kasut tu), tiang 4 (yang main berebut tiang tu), jengket-jengket (apa orang luar sebut ek?), talitoi (ala-ala galah panjang tapi aku rasa beza sikit undang-undang permainannya), polis sentri dan aci sembunyi. Permainan lama macam blue-black dan tudung menet tu masih dimain.

Aku dan kawan-kawan memang selalu conquer dengan bergayanya untuk kebanyakan aktiviti ni. Masa darjah 3 ni ada pertandingan antara rumah sukan - lari letak uncang dalam gelung rotan dan skipping. Aku tak ingat sangat tapi masa tu Hasliza dari kelas Hijau memang agak terkenal dengan kehebatan skippingnya. Tapi aku yakin dia tak mengamalkan skipping classes, hehe.

Masa senaman paling best ialah main tuju bola la. Tapi tak pernah aku jadi orang terakhir. Seingat aku Dzul yang paling liat. Ala, kita buat bulatan besar dan baling bola di bawah paras pinggang kat kawan-kawan yang nombornya kena masuk dalam bulatan...siapa kena dia keluar.

Masa darjah 3 ni orang takut dengan cikgu Othman. Dia bekas pengadil bola sepak. Pernah satu kes dia rejam Balamurugan dalam kolah air. Aku tak tengok tapi itulah yang heboh diperkatakan. Mukrim sebagai seorang lagi budak nakal dalam kelas aku memang pernah kena tarik jambang. Kelas aku biasa kena jalan itik pusing koridor blok darjah 3.

Darjah 3 ni popular cermin mata Sudirman yang sangkut je kat tepi mata tu. Oh, aku lupa..dulu zaman sekolah ada dijual air vitagen. Anak-anak orang kaya macam Salwa dan Nadiah memang beli tak ingat punya - adalah 20. Aku nak beli 1 pun fikir banyak kali. Tapi pernah la beli...nak la juga rasa kan? Hei, aku tak kesal lahir dari keluarga yang tak seberapa malah aku bangga sebab mak dan ayah tak pernah mengalah membesarkan kami semua.

Pernah sekali masa main polis sentri aku lari di bawah pokok bunga kertas. Akibatnya, tersangkut kat duri ranting pokok tu dan lukalah dari dahi sampai ke tepi pipi - macam huruf L! Cikgu Azian bawa aku ke bilik guru. Boleh pula cikgu lain kata kena jahit! Pergh, dalam kepala aku terbayang aku akan berwajah samseng! Nak nangis pun dah tak berguna. Sebenarnya aku lupa nak tulis, aku kena jahit di lutut 2 kali masa kecil - 7 jahitan tiap 1. Ingat lagi masa tu main konon-konon Flying Sourcer guna siling yang pecah, sekali masa tunduk amik siling tu lutut aku kena sinki kaca yang pecah, pergh...Nazrezal dukung aku balik dan masa tu tak ada orang di rumah tapi uncle Fauzi bawa aku ke hospital untuk dijahit.

Ok, mujur aku tak kena jahit dek kena ranting pokok bunga kertas ni. Sementara nak hilang kuping yang ada, muka aku memang jadi Farouk Gagak Hitam sekejap la...

Aku tak ingat nama cikgu-cikgu lain kecuali guru kelas, hurm!

Ada satu kes kecurian kotak pensel. Aku rasa bukan kes kecurian tapi kes nak melawak. Aku tak mahu mention nama sesiapa dari senarai budak-budak darjah 1 (aku update dari masa ke masa dalam entri darjah 1, dah banyak :)). Kesian kawan aku tu sebab cikgu gantung tag "saya pencuri" di leher dia dan dia kena pakai ke mana pun dia pergi. Aku harap tak ada lagi cikgu-cikgu sekarang buat macam tu...emotionally it's not good dalam proses mereka membesar. Ah, aku cakap macam ni sebenarnya perasaan tak senang yang aku rasa waktu tu dan tentunya aku tak boleh bagitau cikgu guna perkataan 'emotionally' tu...cuma aku ada rasa tak puas hati la. Sama macam kes Balamurugan kena rejam tu, aku memang rasa disturbing waktu tu. Tapi aku nakal serupa tu juga...

Darjah 3 aku berlakon lagi masa persembahan akhir tahun. Kisah dua orang kawan dan juga si Beruang sebagaimana ada dalam buku teks. Eh, aku keliru...which one darjah 2 punya persembahan dan which one darjah 3? Huh! Tapi persembahan petani tu ada koir sekali...ala, lagu "bapaku seorang petani...", "bapaku seorang askar..."...apakah namanya?

Sebut pasal lagu, aku ingat waktu itu memang budak-budak suka kumpul lirik lagu dalam buku. Ini hobi budak-budak perempuan darjah 4,5 dan 6. Ada seorang kakak yang comel macam Syanie datang cari aku minta macam-macam lirik. Waktu tu aku memang hafal banyak lagu. Aku ingat lagi sambil dok ngurut Mak Chah (kami panggil Nga Chah), memang kerja aku ialah sambil mengurut sambil menyanyi, hehe.

Aku sebenarnya lupa tahun yang tepat. Aku dan abang bergilir menjual kacang kuda dan kacang goreng dari rumah ke rumah di setiap lorong di Taman Suriani dan Kampung Guru. Kadang-kadang tak habis, maka kami makan sendiri. Dapatlah upah dari mak sikit...50 sen kira satu upah yang besar la kan? 20 sen pun dah boleh beli ais yang sedap sikit...

Oh, di taman permainan kami aku terkejut dengan aksi akrobatik kak Zamrud (adik Talib). Selamba papan jongket tu dia boleh lompat summer sault dan berdiri balik di hujungnya. Kira Repley's Believe or Not habis la waktu tu. Selain tu, buaian tu (kami panggil ndoi) hayun laju-laju dan lompat siapa paling jauh. Hasilnya aku pernah tersangkut di tempat bancuh simen! Nasib tak luka atau patah! Hanya lebam biasa. Main ndoi ni pun trauma sebab sekali tu bila hayun laju-laju kena pipi Nazrezal (heh, kami panggil Rezal je, hehe) - berjahit 8 jahit di pipi dia.

Gelongsor yang zink tu pun bahaya. Ada yang karat dan 'makan punggung' budak. Gelongsor batu tu, tangganya yang besi rosak. Kami masa tu main lompat dari atas tempat duduk di atas gelongsor tu. Kira hebat la kononnya...Selain daripada tu main tuju kasut.

Darjah 3 aku tengok anak-anak orang kaya di sekolah aku dah mula tusyen Pak Mat Ali. Masa tu aku tak pernah fikir pun tentang tusyen ni. Tapi memang ketara budak-budak tusyen ni sangat pandai English dan Matematik mereka (tapi bukan belajar Matematik dalam bahasa Inggeris ok?).

Jap. Masa main bola dengan orang besar, mereka panggil aku Korea. Yang main sama ialah Pak Mud Dona (haha, Dona tu ambil dari Maradona, padahal nama dia Mahmud, ayah kepada Izyan, junior aku di Derma). Selain tu Pakcik Nordin ayah Izzati, Pakcik Mat Maybank..lain-lain ialah abang-abang: abang Alistair (sempena nama Alistair Edwards pemain import Johor tu), Jan, Jon, Wan, Boy, Yusri, Chan, Joe abang Ika, Bang Chik, Ee dan Lee. Kadang-kadang kami main bola di padang belakang. Ada perang dingin konon di padang kecil ini anak-anak orang elit (padahal semua pun kebanyakan anak-anak guru cuma mereka yang jarang keluar rumah kecuali selepas pukul 5).

Seingat aku ramai yang dah pindah masa aku darjah 3 - Ustaz Ayob, abang rumah no 9 tu..Mak Besah, Uncle Fauzi pindah kemudian, Uncle Shuib pun dah pindah selepas setahun Kak Long meninggal. Kampung Guru Fasa Baru pun dah penuh sejak 1990..Oh ya, Rudi anak pakcik Ariff entah ke mana mereka pindah. Aku hanya ingat rumah mereka penuh air botol Fanta dan kereta Galant pakcik Ariff.

Masa lalu, buruk dan baik itu selalunya akan buat kita senyum kan? Tapi ya, bukan semuanya...

4 comments:

  1. jengket2 tu bkn sm ngan teng2 ker..ntah gua pn tak sure sgt..

    main pepsi cola tu buat kotor kasut jer..geram je bila kena pijak..lagi2 baru pas cuci..

    pergh nakal tak hingat dunia..pastu sampai besar pun terbw2 hahaha..

    abis la leps ni ada anak,anak plak 2 kali ganda nakal tak hingat dunia:-p

    ReplyDelete
  2. a'ah, teng teng...cuma aku rasa kotak teng teng dengan kotak jengket ni ada sikit perbezaan susun aturnya.

    dua kali ganda? haha...selagi dia tak naya orang, aku nak tgk gak sejauh mana nakalnya...hehe

    ReplyDelete
  3. jengket2? tiang 4? talitoi? hahaha.. kelas aku hg tak mentionpn nama aku? cis! cita darjah 4 tadak?

    ReplyDelete
  4. cerita darjah 1 ada nama hang kan?

    nanti aku sambung la darjah 4.

    hang baca yg darjah 1...

    ReplyDelete