Darjah 4 seingat aku rancak perlawanan persahabatan bola antara taman. Kami atur sendiri siap dengan pasukan pembancuh air dan pasukan sorak. Akhirnya Pakcik Mat Maybank menganjurkan satu pertandingan 7 sebelah antara taman.
Kami budak-budak 'kanyaq' (tak akil baligh) masa tu buat satu pasukan. Aku tak ingat pula namanya. Kami kalah awal lagi di peringkat kumpulan. Sekadar pengalaman sebab lawan kami semuanya tingkatan 2 dan tingkatan 3. Ya, pertandingan ni untuk bawah 15 seingat aku.
Aku mungkin tak faham tapi diam tak diam sebenarnya ada persaingan imej antara budak-budak Derma dan Syed Hassan. Biasalah remaja baru nak naik. Juara waktu tu Kampung Sena yang import Joe, Chan Pin dan Arul. Import? Ya, kerana ada konflik lain di kalangan rakan sebaya dan orang tua waktu tu - bersabit juga dengan konflik sekolah ni. Bila aku dah masuk sekolah menengah baru aku faham aura di sebalik konflik 'juah' di kalangan remaja sekolah ni - almaklum aku pernah jadi 'juah' juga. Juah ni bahasa utara, lebih kurang tak makan saman dan keras kepala nak tunjuk hero yang gagah la.
Walaupun kami kalah, aku puas hati dapat jaring satu gol. Malu jugalah penjaga gol tu. Pakcit Mat Maybank hadiahkan kami bola Benson N' Hedges untuk penyertaan khas. Bola tu kami buat main petang-petang di taman sampai rosak.
Selain tu, aku belajar main Catur, aku dah cerita sikit dalam Siri Catur yang tergantung tu..nanti aku sambung ok?
Lain-lain, aku main gasing dan tuju guli, hehe. Dan tentunya waktu itu main video games.
Tak, keluarga aku tak ada video games. Membeli video games hanya akan menghabiskan duit keluarga yang patut disalurkan pada benda lain. Aku main di rumah Muziman, anak Pak Long Mud. Tak silap aku Pak Long Mud dulu guru besar di sekolah Tunjong. Pak Long kepala angin sikit. Di sanalah sebenarnya aku belajar main Catur dan juga permainan papan yang lain. Selalu yang akan ikut sama main ialah Shaq dan Faizul.
Video games Micro Genius kira gempak dah waktu tu. Kalau pakai Sega, kira elit la. Nintendo memang super elit la. Micro Genius ni kira taraf PS2 la kot dan Sega tu Xbox, hehe memandai je aku. Katrij yang selalu dok ulang main tentunya Mario Bros 3 yang ada 30 nyawa tu siap boleh terbang lagi. Selain tu, Super Contra dan Teenage Mutant Ninja Turtle. Aku rasa faktor pemilihan katrij ni sebab kami main ramai-ramai. Selain tu, kami main di rumah Shaq dan rumah Boy (budak-budak panggil Boy Calaq sebab muka dia ada parut, tapi dia tak suka). Hashimi dan Didan pun selalu juga ajak aku main di rumah mereka di Taman Fauziah dan Taman Ira. Jenuh jugalah jalan kaki atau kayuh basikal, nak main punya pasal.
Eh, lupa...kami juga main Street Fighters dan kalut dok kumpul pelekat Street Fighters konon boleh dapat hadiah. Cis, memang rasa tertipu la. Kedai di Kampung Tok Kandang tu memang tempat kami cuba nasib.
Oh ya, masa aku main gasing di rumah Shaq, aku ternampak kelibat seorang budak. Dia ni senior aku di Seri Indra. Aku cam sebab masa darjah 3 dia pernah main-main topi petani yang aku pakai untuk persembahan. Satu sekolah aku kejar dia tak dapat! Ok aku dah ingat, darjah 3 sebenarnya persembahan petani tu dan darjah 2 persembahan 2 sahabat bertemu beruang.
Azhar kawan baik Safwan (abang Salwa). Dia budak KL, anak Pesuruhjaya Polis yang baru ditukar ke Perlis. Al-Fatihah untuk ayahnya Encik Ahmad Nasri. Azhar pindah bila masuk tingkatan 1 di Abi tak silap aku. Aku hanya tahu berita ayah dia masuk PAS setahun sebelum meninggal rasanya 3-4 tahun lepas. Ayah dia orang besar Polis, masuk PAS kira gempak la, ada dalam Harakah tak silap.
Ingat Azhar ingat kakak dan abang dia. Kakak dia ada 2 tak silap tapi kami hanya baik dengan kak Ita. Dia black belt Taekwondo. Memang agak keras dan menakjubkan skills yang dia. Abang Azhar belajar di Amerika Syarikat. Ingat lagi lepas majlis kenduri kesyukuran tu abang dia dok goreng magic guna kad pada kami. Memang tabik spring la waktu tu. Lepas kenal Azhar, dia antara orang yang selalu ajak aku main games juga kat rumah dia, hehe.
Selain tu aku dok tangkap ikan, selalunya haruan. Habis longkang dan paya aku redah. Aktiviti ni selalu aku buat dengan Raja Shahril Rizal dan Shaq. Sham dan Dee pernah juga rapat dengan kami. Aku ingat lagi main konon rafting la. Pelampung tayar tractor tu kami letak dalam kolam di Lorong Asam Paya belakang kilang kayu dulu (dah tak ada sekarang) dan kayuh main pusing-pusing. Aku fikir balik, kalau waktu tu aku terjatuh dalam kolam ni, confirm mati lemas! Aku mana tau berenang waktu tu, mandi banjir dan main air hujan tahulah!
Oh ya, kawan-kawan suka lastik burung. Cekap juga mereka. Aku tak minat, entah kenapa. Tapi pernah la ikut mereka. Ingat lagi basikal BMX Shaq kena curi sebab ada pakcik marah kami main-main di jaring buat perangkap burung (bila belajar Pengurusan Hidupan Liar di kampus, baru aku tau orang panggil misnet). Sebenarnya bukan curi kot, pakcik tu ambil sembunyi basikal Shaq. BMX mahal beb!
Aku pernah la kena marah dengan mak sebab macam tak dijaga pula asyik dok menepek di rumah orang. Masa tu mana aku fikir semua tu. Dah besar ni baru boleh fikir sikit. Mungkin masa aku kecil tak banyak benda aku boleh miliki atau rasai pengalaman tu akibat terhadnya kemampuan keluarga. Tapi bukanlah niat aku pergi main di rumah kawan-kawan ni sebagai tanda protes. Ia hanya perasaan budak kecil kot? Dah besar ni aku fikir mungkin aku agak mak terasa la kot seolah-olah tak mampu manjakan aku dengan apa yang anak orang lain boleh. Tapi maklah yang paling best bagi aku dan maklah yang buat aku rasa orang-orang kerja di hospital mesti sabar, mesra dan berani (dan buat aku nak cari orang hospital gak kot? haha *wink wink!).
Darjah 4 aku pernah balik rumah jalan kaki. Aku ditinggalkan kerana lewat keluar kelas. Waktu ini aku berkawan dengan Zofar, Azreen dan ada adik-adik lain. Tak tergamak aku nak tulis, tapi ya, mereka anak orang-orang yang lebih susah dari keluarga aku. Di sana fikiran aku bergolak. Kau bayangkan, aku selalu rasa keluarga aku keluarga yang biasa-biasa...cukuplah sekadar nak hidup tapi tak adalah bermewah. Mak dan ayah memang aktif politik tapi aku tak nampak pun bagaimana politik tu menjadikan kami mewah. Tapi aku suka tengok mak dan ayah selalu tolong orang dan tak kira parti politik.
Aku tak tahu, tapi aku rasa detik-detik itu cukup mempengaruhi seluruh pandangan politik aku yang ada bila aku dewasa. Dari hal orang susah, berkhidmat dan kerja kuat serta berbuat baik pada semua orang. Ya, tentu saja ada sedikit beza kerana itu di peringkat grass root dan di sini aku banyak didedahkan dengan pendekatan dasar. Tapi aku tak boleh lupa hal ni.
Ayah dan mak melalui detik politik yang mungkin sukar kerana tempias politik nasional. Semasa Dato' Radzi Sheikh Ahmad masuk Semangat 46, ayah kekal dalam UMNO cuma peranannya terhad kerana dia dilihat setia pada Dato' Radzi kerana belasan tahun menjadi setiausahanya. Tak lama kemudian Dato' Radzi masuk UMNO semula tapi tidak menetap di Perlis sebelum kemudian balik dan ayah sekali lagi dipanggil membantu. Ayah betul-betul 'berhenti' dan hanya fokus kepada Kesatuan Sekerja selepas pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 1998. Tak apa, hal ini aku kisahkan nanti. Emak dulu Ketua Wanita tapi mak tidaklah ke depan sangat. Emak memang suka aktiviti kemasyarakatan.
Aku sebenarnya tak dapat ingat dengan nyata masa bila ayah ditukar ke Grik. Tak silap aku selepas krisis politik lewat 80's atau lebih tepat awal 90's ni. Waktu itu hidup kami payah. Mak tumpang orang ke tempat kerja. Bayangkan mak kerja shift tak tetap - ada pagi, ada petang dan ada malam. Bila ayah ditukar ke Jabatan Akauntan Negara di Alor Setar, semuanya agak teratur kembali. Tapi waktu transisi ini waktu yang galau dan membekas dalam jiwa aku. Ia mungkin satu dorongan lain yang sama ada mengganggu fikiran atau menjadikan aku lekas dewasa.
Oh lupa, adik aku Akhbar menghidap sawan sejak kecil - usia 4 bulan. Dia sering saja diserang sawan terutama bila suhu badannya panas. Mak memang ajar kami untuk jaga Akhbar kerana sawannya datang tak tentu masa. Akhbar tahun ini akan masuk 23 tahun dan tahap kematangan mentalnya tak macam manusia normal yang lain. Entah kenapa, sejak dulu memang aku bertekad akan jaga dia jika apa-apa terjadi. Ia mungkin bermula pada satu petang waktu aku main bola di padang, Akhbar yang bermain dengan budak-budak kecil yang tak sebayanya jatuh di tanah, kejang. Ya, entah berapa kali kepalanya jatuh terhempas ke tanah kerana diserang sawan. Petang itu mak dan ayah tidak ada. Selepas jenuh jari menahan di celah gigi (untuk elak kancing gigi) dan air disapu ke mukanya (pendek kata cuba kurangkan suhu badannya termasuk dengan menyelimut), aku angkat Akhbar balik ke rumah. Entah dari mana tenaga aku membawa Akhbar kira-kira 70 meter juga (aku darjah 4 waktu itu!). Jiran-jiran memang tahu Akhbar ada sakit sawan. Petang itu ramai yang datang ziarah Akhbar...
Sebenarnya kan, aku selalu terfikir. Waktu aku gembira, ketawa dan membuatkan orang lain ketawa, adakah aku telah lupa langsung pada saat sedih yang teramat pada sesuatu dari masa silam? Aku yakin aku tidak lupa, cuma mungkin ada rasa yang tidak sepenuhnya untuk bergembira. Bukan, bukan gembira yang aku buat-buat tapi...hurm, galaukah aku?
Aku percaya masa depan adalah sesuatu untuk diteroka. Ya, aku bukan anak orang kaya yang dilimpah kesenangan hidup seperti yang aku saksikan pada orang lain. Tapi itu bukan tanda aku bahagia atau tidak. Dan dari pengalaman yang rencam ini, takdir Tuhan menemukan aku maknanya kemudian. Jika boleh aku mahu katakan sekitar September 2 1998 dan berlanjutan hingga kini. Makna yang mendorong aku ke depan untuk menjadi sang pemberani yang mahu mencoretkan masa depan yang indah dengan niat yang paling baik sekali.
Niat yang paling baik.
Ya, ia tak cukup sebenarnya kerana tiap dari kita punya pengalaman yang berbeza dan ia juga mendorong kita memandang dunia dari tingkap yang lain. Aku tak salahkan insan lain yang mungkin ada khilaf denganku dari hal kita melihat dunia. Aku mahu doakan bahagia kalian, walau di hujungnya sebenarnya aku yang derita.
Aku tau ada yang hidupnya lebih parah dan sukar dariku. Sukar atau tidak mungkin ada pada pembaris masing-masing. Aku tak mampu dan tak sanggup menghukum.
Jumpa lagi untuk cerita darjah 5 ok?
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama xdgr kisah akbar..kuat juga ko angkat dia..masa tu ko kateori body builder la..skang xleh sbb da tnggl tulang kudrat..
ReplyDeletemungkin aku tertinggal dari episod awal, knp ko imbas cerita2 dari umor sekecik2 hingga sebeso2 nya...ko cuba menguji ingatan ko ka? mcm mana rasanya berorang ruma kan org hosptl ek?
ReplyDeleteentah man, aku x kawen lagi..dan x tau akan kawen org hospital ke x, hehe.
ReplyDeletetak juga, supaya ia lebih tersusun. kadang2 aku tulis ikut tema.
err...sedih2...aku nangis ni...serius!!
ReplyDeleteaku teringat akbar. dia sgtla friendly. harap2 hajat dia utk bw aku jln2 di perlis termakbul :p tp entah dia ingat entah x :D teringat2 smpi skrg sbb "abng amin, hang jgn lupa bawa kaklin mai peghlih, dtg ghaya!"
ReplyDeletemari kita buat hari sukan tradisional! :D badminton, joging, teng teng, galah panjang, main getah. lagi apa?
ya ya, seperti kita bincang - sukan low cost high satisfaction and valuable...
ReplyDeleteklu nk main getah, bgtau awal2, kang aku blh sediakan tali getah tu, simpul byk2 :D hahahahaha :D
ReplyDelete