Friday, January 23, 2009

Duit dan Masa

Aku lulusan bidang Taman dan Rekreasi. Dalam bidang aku duit dan masa memang antara perkara yang penting.

Pagi-pagi lagi aku semak email dan bos bagi bahan untuk dicetak dan dibawa ke majlis bersama Lembaga Penasihat. Tiba-tiba dapat panggilan Kus, projek di Sabah yang aku buat tahun 2007 tu ada permintaan lagi. Serius, kerja Tree Climbing ni kerja gila. Aku masih ingat berada pada ketinggian 50 meter dengan hanya memijak dahan pokok dan bergerak dari batang pokok ke hujung dahan dengan bantuan tali semata-mata. Ia memang nampak cool tapi Tuhan saja yang tahu betapa lesinya memandang ke bawah - semua sangat halus! Pergh, rupanya pokok balak yang besar-besar ni bila kau ada di kedudukan tinggi sambil peluk batang pokok, bergerak ditiup angin! Ngeri seh...tak tahu sama ada projek ni boleh buat lagi atau tak. Dulu terlepas peluang mendaki Kinabalu kali kedua, tapi kalau jadi kali ini, pasti aku nak ajak kawan-kawan naik Kinabalu. Aku tak mau la berahsia macam den, naik Kinabalu tak bagitau kawan-kawan :p haha, pecah rahsia kau! Tak apa, aku dah naik tahun 2001 dulu.

Bergegas solat Jumaat di masjid biasa (yang baru tu...), kemudian bergerak ke KL Sentral. Ambil teksi ke Carcosa Seri Negara. Serius, tempat ini sangat mewah dan aku rasa sangat janggal. I'm not used to it tapi apa nak buat, dah kerja...Bila nak solat Asar, kami berpeluang masuk ke salah satu bilik yang ada - aku tak tengok nama bilik tapi sebelah Seri Kinabalu. Carcosa dan Seri Negara rupanya adalah bangunan yang berbeza. Bilik yang kami masuk tu, humang aih, ini bilik ke rumah? Luasnya tak ingat! Aku rasa dalam banyak tempat so called mewah yang aku pernah masuk, bilik hotel macam di Fujisawa mungkin antara yang aku rasa cukup baik sesuai untuk aku.

Usai sesi bertemu Lembaga Penasihat dan solat Asar, bermulalah appraisal. Seperti biasa, aku tak sukar untuk admit kesalahan aku dan terima kasih untuk bos yang seakan memahami situasi aku. Aku tau maaf tak boleh selesaikan segalanya. Kemudian kami bincang soal gerak kerja selanjutnya dan beberapa penyesuaian baru untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada.

Selepas makan malam, bos hantar aku dan Fadzrul yang buat internship dengan kami di KL Sentral dan aku hanya sampai di rumah sekitar 11.45 malam. Malam ini Mamak (Ridhuan C305) tumpang tidur di rumah aku. Lama betul tak jumpa Mamak, esok mungkin nak borak panjang...Bob pun dalam perjalanan ke sini dari Johor.

Duit dan masa, waktu muda ini mungkin kita nak live life to the fullest. Tapi aku harap aku tahu bila masanya aku harus berhenti dan memberi tumpuan kepada hidup yang biasa-biasa - untuk dia, entah siapa, yang akan aku cinta sepenuh hati...insyaAllah.

5 comments:

  1. bos mrh sbb ko x commit bln november ker?

    ReplyDelete
  2. marah dalam bahasa sopan :) and i don't have much to say. yg kureng kena ngaku kureng but we are solution oriented rather than treating problem as a problem..

    ReplyDelete
  3. Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

    ReplyDelete
  4. Duit dan masa, waktu muda ini mungkin kita nak live life to the fullest. Tapi aku harap aku tahu bila masanya aku harus berhenti dan memberi tumpuan kepada hidup yang biasa-biasa - untuk dia, entah siapa, yang akan aku cinta sepenuh hati...insyaAllah.

    insyaAllah tiba masanya nanti... Allah akan permudahkan segalanya... mencari memang payah... sebab banyak sangat kaca dan permata... tapi bila dah jumpa permata tu... Allah pasti akan percepatkan diri kita untuk memiliki permata tu...
    hehehe... cakap based on experience kawan2 yang selalu mencari cinta... cari2 tak jumpa... tapi bila dah jumpa yang telah ditakdirkan untuk mereka... senang sahaja jalan Allah permudahkan kepada mereka...

    ReplyDelete