
* Tengok muka aku, itulah penjual kacang kuda dan kacang rebus dari rumah ke rumah di Taman Suriani dan Kampung Guru. Ya, rupanya aku belajar berniaga dari kecil untuk tampung sedikit hidup keluarga kami :)
Aku tak ingat gambar ini diambil pada tahun bila. Sengaja aku hitam putihkan. Mungkin 1987 atau 1988. Sedar tak sedar dah 20 tahun kakak pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana panggilan Ilahi.
Tak banyak memori yang aku ingat.
Dulu rumah kami ni penuh pokok. Ruang depan ada pokok jambu air dan aku selalu panjat ke bumbung rumah melalui pokok jambu ni. Sebelah pokok jambu air ada pokok mempelam (orang Kelantan panggil pokok Pauh kot?). Ayah ada buat buaian untuk kami main-main.
Tanah tepi rumah ada pokok mempelam lagi, kemudian reban ayah bela burung merpati. Sebelahnya pokok kelapa. Sebelah pokok kelapa ada pokok daun kari. Sebelahnya ada pokok mempelam lagi kemudian pokok jambu batu dan di belakang sekali pokok mempelam - betul-betul belakang reban ayam.
Ya, keluarga kami bela ayam, merpati dan kucing! Tak apa, banyak sungguh nak tulis :p
Dengan arwah kakak aku hanya ingat aku ni selalu berebut macam-macam dengan dia dan arwah selalu mengalah.
Kami selalu ikut mak ke hospital. Duduk main-main di sekitar hospital waktu mak kerja. Sangat seronok bila mak bawa kami pergi kedai runcit dalam hospital. Hospital tu dah kira macam rumah kedua. Makcik-makcik nurse dan doktor semua baik-baik.
Kami pergi mengaji Muqaddam sama-sama dekat rumah Ustaz Ayob.
Pernah sekali kami main bunga api masa raya dan baju kakak terbakar kena api.
Aku tak dapat ingat apa kami buat, tapi Mak Chah jaga kami waktu emak kerja shif malam dan ayah berkursus. Ya Allah, tahun bila semua ni ya? Aku tak dapat ingat!
Kakak pernah dapat no. 1 dalam kelas masa sekolah. Aku hanya tahu masa aku daftar masuk darjah 1 sebab cikgu-cikgu datang tegur aku - ini adik Akhmar? Tapi sah-sahla aku ni nakal nak mampus masa tu...mesti beza dengan arwah kakak. Tapi masa darjah 1 sampai darjah 3, aku rasa pencapaian akademik aku agak membanggakan.
Pernah senior-senior aku di sekolah mengusik "kalau kakak hang hidup lagi, dialah aku ngorat". Aku nak senyum ke macam mana bila ayat macam tu keluar ek?
Kakak meninggal sebab demam panas. Dekat 2 minggu terlantar di hospital dan mak memang bersama kakak sampai saat akhir. Aku hanya dapat ingat petang itu sekitar jam 2 mak panggil aku dekat dan bagitau "kakak dah tak ada". Aku sebenarnya tak faham sangat.
Di hospital waktu tu ramai sangat orang. Air mata mak turun laju dan aku terpinga-pinga. Tapi aku ingat mak suruh aku cium dahi dan pipi kakak buat kali yang akhir.
*Air mata*
Kakak satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dialah intan payung ratu hati emak. Bila kakak tak ada, yang tinggal semua anak lelaki di rumah. Naim dan Puteri mungkin tak sempat tengok kakak. Akhbar pun masa tu masih bayi 2 tahun rasanya.
Tiap kali aku balik Perlis, aku memang akan lalu Mata Ayer sebab arwah disimpan di sana dengan kubur Tok, Tokwan, Nyang, Pakcik dan ahli keluarga yang lain. Mak asal Mata Ayer.
Tiap kali raya memang kami akan ziarah kubur kakak. Sebenarnya tak elok bersih kubur pada hari 'Eidul Fitri, maka ziarahlah pada kesempatan lain sebelumnya. Doa dan ayat suci memang tak putus buat bekal kakak.
Walaupun aku rasa macam tak layak masuk syurga, aku harap Tuhan beri kesempatan lain untuk aku jumpa kakak lagi di syurga. Paling tidak pun, aku harap Tuhan beri kesempatan untuk emak, ayah, abang dan adik-adik jumpa kakak lagi...
Al-fatihah untuk kakak...

sodeyyynyerrr..
ReplyDeleteerr, xmo sedey2 k? smile please :)
ReplyDeleteSaya tumpang sedih...
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah kakak...
semoga dia bahagia di sana...
seingat aku pernah rasa kehilangan sekali waktu umur 4-5 tahun.sblum dia meninggal dia mcm nk ckp sesuatu dgn aku tp aku x faham.esoknya dia dh xde.dan aku masih belum ngerti apa-apa tentang kehilangan waktu itu..
ReplyDelete*masa ni nyang aku yang meninggal.aku rapat dengan dia tapi aku dapat ingat sikit saja memori dengannya..apa pun Al-Fatihah juga untuk mereka yang telah pergi dulu..
ya... sedihhh...
ReplyDeleteal Fatihah untuk kak amin...
dan juga kakak aku... azimah ahmad...
xpenah jumpa... tapi mak cakap dia lah anak yg paling cantik...
ya... sedihhh...
ReplyDeleteal Fatihah untuk kak amin...
dan juga kakak aku... azimah ahmad...
xpenah jumpa... tapi mak cakap dia lah anak yg paling cantik...
pakcik sempat lagi capture gambar kat kubur..mmg tuk blog yerk..hehehe..
ReplyDeletetak. memang adik sedang gila menggunakan DSLR. abg dia kena pow! huh!
ReplyDeletehahaha best gak kan jadi adik kepada abg yang mcm ni..ade jual tak abg mcm ni...:-p
ReplyDeletehaha, time best memang best. time abang dia buat p*l*t, mesti depa doa laknat abang dia, haha
ReplyDelete