Selesai projek PADI - BERAS hari ini. Keluar awal pagi untuk ambil Prof. Julian, Prof. Xingyuan dan Mirun untuk dibawa ke KL. Masuk ke 'tempat ngeri' - Hotel Nikko Jalan Ampang dan habiskan masa sampai makan tengah hari di sana.
Selepas itu kami bergegas ke Tropicana untuk sesi kedua. Sedikit terlewat kerana jalan macet. Kedua-dua pertemuan sangat menarik. Seronok juga bila dengar Pak Menteri ada baca Wealth of Nations tulisan Adam Smith. Okla kan bila Pak Menteri yang lebih ke depan bergelut hujah. Nyaris tak jadi Dewan Rakyat tadi, haha.
Slot di Tropicana juga tidak kurang menarik kerana ia pergi kepada realitiy check. Di Tropicana kami berpeluang temu seorang Hayekian tetapi kerana kami tak punya banyak masa maka kami pohon berlalu. Haha, seperti biasa kami menghadapi golongan Keynesian di sana :) it's good for democracy thou.
Penat beb tapi aku boleh senyum puas. Nampak macam bulan 5 ni Pulau Pinang semakin sedia untuk menyambut kami. Di Perlis nanti aku dah setuju dengan usul untuk membincangkan Social Enterprise, light sikit tapi aku percaya meaningful untuk rakyat Perlis, biasalah reality check.
Tahun ni aku dah nampak dah longgokan kerja yang akan menimpa. Tapi aku rasa macam sedikit sengal sebab aku boleh ulang alik Perlis-Kedah-Perlis bila layan jem dari KL nak balik rumah. Sabar jerla...
Sekarang aku boleh rehat dan fokus kepada kerja lain pula sebelum Jumaat ini ke Carcosa Seri Negara. Pergh, aku rasa betul la kata Najwan "kaulah satu-satunya libertarian yang tak kaya aku kenal", hahaha...haih! Ni bukan cerita nak jadi kaya! Sabar sikit boleh?
Bos di sini, di Singapura, di Indonesia dan di Borneo...Esok aku nak pergi perpustakaan kejap, lusa nak ke Subang Jaya dan Ahad mungkin ke Pulau Pinang...
Wei, aku nak balik Perlis! Bila ni...adoi!
* InsyaAllah paling tidak pun usai Mac, aku nak jalan-jalan sambil senyum panjang. A day without fun and smile is a day wasted :)
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sian ko bler nk kaya..
ReplyDeletehehe, bakar line nampak?
ReplyDeleteMac... wahhhh lama lagi tue... me?! chinese new year akan balik perlis... hohoho... sebulan tak balik mcm setahun rasanya...
ReplyDeletebetul lah org ckp... hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri... lebih baik di negeri sendiri...
oh, lebih baik di negeri orang dan kemudian balik ke negeri sendiri :)
ReplyDeletejika kita baca sejarah cukup jelas - dari zaman dulu sampai sekarang rezeki insyaAllah banyak dgn merantau.
cuma apabila telah rasa cukup, baliklah berbakti di negeri sendiri :)
Oh. Di Perlis rupa-rupanya susun kelas ikut tarikh lahir.
ReplyDeletethat time la..early late 80's until early 90's - waktu saya sekolah rendah :)
ReplyDeletealamak ketinggalan
ReplyDeletePADI-BERAS tu projek malaysia think thank jugak ke?
lupa....salam :)
ya, itu 2nd project dari 3 projek besar yang ada..
ReplyDelete