Sunday, January 11, 2009

Hujung Minggu Ini Macam Kelam Kabut Tapi Sebenarnya Biasa Saja

Jumaat, lepas jumpa bos aku di Bukit Segambut, aku balik dan siapkan apa yang patut. Dia ke Kuala Terengganu dan balik hari ini - ya, Ahad petang.

Isnin - esok dia akan hadir sidang khas Parlimen untuk isu Palestin. Itu kerja aku dalam masa yang singkat. Aku tidak buat seorang tapi ada bahagian yang aku perlu sediakan maklumat berkaitan.

Rasional sering jadi mangsa bila emosi menggila. Tapi suka atau tidak saranan Ustaz Hasrizal agar 3 langkah penting yang boleh diambil untuk menangani isu Palestin wajar diberi perhatian. Sepanjang perjalanan aku mencari makna hidup, Ustaz Hasrizal memang tak menghampakan. Ada banyak persamaan dari cara aku melihat sesuatu perkara dengan beliau. Tapi tentunya dia jauh lebih ke depan berbanding aku yang cetek pengalaman ini.

Pagi ini, bos aku yang no. 1 baru tiba dari London. InsyaAllah semua persiapan untuk Akademi Merdeka berjalan baik cuma masih ternanti buku-buku percuma untuk peserta yang dihantar dari luar negara. Alumni Akademi Merdeka Ogos 2008 tentunya antara mereka yang terkejut menikmati buku-buku percuma ini.

Ada dua lagi punca rezeki datang. InsyaAllah tahun 2009 ini tentu sekali menarik. Masa muda ni kerja kuat sikit ok la kan? Haha, teringat pula kata-kata En. John dulu "kamu semua (merujuk pelajar kelas pengguna rekreasi masa kami Diploma) bercinta bagai nak rak ni kamu nak bagi isteri dan anak-anak kamu makan apa? makan cinta? hah, buka mulut...makan cinta ni, makan (sambil membuat gaya buku mulut dan disuapkan sesuatu)".

Bos (London) dah ingatkan aku jadual yang padat sebermula Akademi Merdeka kerana selepas itu kami ada beberapa temujanji dengan banyak pihak. Prof. Julian Morris khususnya telah ditempah oleh beberapa institusi yang mahu mendapatkan kepakarannya. Selain daripada itu, kami akan buat sedikit appraisal. Nak tak nak, aku jangka, lack of performance aku masa November tempoh hari akan disebut walaupun aku dah cover semua kerja itu di awal bulan Disember. Tak apa, ambil tanggungjawab untuk segala kekurangan. Ingat pesan Benjamin Franklin "the largest room in the world is the room for improvement".

Februari ini insyaAllah jika tak ada aral melintang aku akan bekerja di luar Lembah Klang sebab aku nak daki Gunung Korbu dan balik ke Perlis untuk susun beberapa urusan dengan masyarakat di sana. Bulan 5 insyaAllah Akademi Merdeka akan berkunjung ke Utara. Jom!

Aku tak tahu sama ada kekerapan kemas kini aku akan terganggu atau tidak selepas ini. Naim akan balik ke KL lusa - dengan beberapa perkara 'penting' yang aku pesan. Aku teringin nak jengok adik aku, Puteri di Perak. Hei, Perak negeri yang mengujakan buat aku - dari MCKK membawa ke Taiping the many first sampai ke OBML di Teluk Batik dan Kota Belanda di Pangkor...aku mahu ke sana!

2009 pasti berbeza!

Eh, aku nak ajak kawan-kawan di sini siapa lapang jom kita pi Nilai 3? Aku pun teringin nak singgah kedai makan Fynn jika sempat...

Eh, aku suka tajuk entri ini.

* Jika aku indie, aku hanya mahu jadi Indie di zaman Pinkerton! No other one...

** aisuru towa otagaini rikaishiattari, isshoniwarattari, kokoro de warattari, shinjiattari suru koto.

24 comments:

  1. jangan sedih lelama. tengok aku letak kat chatbox tu

    ReplyDelete
  2. haha, sarah..

    dah takde sedih. air mata aku dah kering :)

    ReplyDelete
  3. eceyy..airmata sdh kering? :p

    wey..nk folo Nilai 3 tu. tiba2 tekak rs nk belasah tomyam je skrg :p

    ReplyDelete
  4. ok, sempoi! tapi weekend ni aku penuh. ada weekdays yg lapang? ajak amin kau sekali.

    ReplyDelete
  5. weekdays? klu lapang pun, malam je. kak fynn buka kedai smpai mlm ke?

    amin aku insyaAllah..oh ye..bw kembar aku skali :p

    ReplyDelete
  6. perak...aku teruja ngan nama negeri tuh...jugak ;)

    ReplyDelete
  7. td tuh komen aku..lupa tulih nama plak..heh

    ReplyDelete
  8. mencintai adalah bersama2...
    memahami, gelak bersama...
    mempercayai serta suka di dalam hati...
    ** aisuru towa otagaini rikaishiattari, isshoniwarattari, kokoro de warattari, shinjiattari suru koto.

    ...amin...x semua benda yang tersurat dapat dikupas hingga ianya tersirat....jadi..hadapi dengan senyuman k..moga hari yang mendatang akan lebih membahagiakan......

    ReplyDelete
  9. kamu suka weezer?

    saya rasa kamu peminat 90's sound kan.

    zaman kamu :)

    ReplyDelete
  10. kamu suka weezer?

    saya rasa kamu peminat 90's sound kan.

    zaman kamu :)

    ReplyDelete
  11. aedi, ya...zaman aku rasanya kaya dengan keindahan muzika..

    kalau grunge itu tentunya seattle sound, kalau indie aku pilih weezer, kalau local tentunya butter music!

    senarai aku tentunya:
    1. nirvana
    2. silverchair
    3. butterfingers
    4. pearl jam
    5. smashing pumpkins..

    dan banyak lagi..

    oh, zaman itu.... :)

    ReplyDelete
  12. muzri, kau sangat nakal!

    evy, kau buat direct translation..ape daa. tapi ok je..jaga diri baik2 di Jepun sana ok? nanti kita borak lagi.

    ReplyDelete
  13. to love someone is to understand each other, to laugh together, to smile with your heart, and to trust one another

    betul kan cik Evy Madehah yang bermuka Jepun?

    untuk mencintai seseorang adalah untuk memahami diri masing-masing, ketawa bersama, senyum dari hari dan mempercayai satu sama lain.

    aku cuba bayangkan ia dicakap dalam dialek Jepun, sweet kan? tapi kalau di Malaysia ia berbunyi jiwang nak mampus!

    chotto! oo tsukare sama desuka!

    ReplyDelete
  14. ahah! i dont HATE your boss in bkt segambut. but i wish he can manage his 'branding' better among all the market segments i.e the likes of faisal tehranis, serious academicians, and especially the rival brand 'umno''s ardent supporter ;-)

    anyhow what's your say on the coalition of NGO's that demanded DSAI or Pakatan RAkyat announce a shadow cabinet before march.

    ReplyDelete
  15. kak nirah,

    he's not my boss but his daughter yes :)

    I don't even care about the labels of fraction but the ideas on what makes us 'hamba Allah and khalifah'.

    I'm not claiming that I have a better perspective on what's happening in our beloved country but I've faith on the needs of reform.

    'bout the demand, let it be mystery :) as for me, everyone should ask ourselves on what we can contribute realistically based on the real fact that we have and the dreams that we want to pursue.

    btw, I will discuss 'bout ur sms this evening..take care kakak.

    ReplyDelete
  16. yup...jiwang..but..kalau betul mendalami..its not ``jiwang``...
    but itulah yang dicari sebenarnya....

    ReplyDelete
  17. ececece cik evy madehah dziauddin ni..

    kau jangan lupa kim salam kat doraemon k? jangan pakai skirt semata2 nak ngorat nobita ok? hahaha

    masih ingat lagi dingin angin jepun selepas musim bunga dulu, huhu

    ReplyDelete
  18. emmm dtg lh...skrg winter...
    bukn stakt angin jepun je leh rasa...
    yuki pun ada....
    dlm ertikata lain.....
    mcm2 ada..hahah

    ReplyDelete
  19. kau dah keje kuat utk belanja aku? haha

    ReplyDelete
  20. zaman saya kerancakan muzik lebih pada hip hop dan rap.

    tak lah melekat sangat dengan saya

    kalau lokal saya pilih butter

    nirvana tu dulu macam dah wajib

    smashing pumpkins dengan lirik yang sungguh indah dan lagu yang boleh buat kita mengis, senyum dll

    bermakna sungguh lagu wishlist

    terima kasih sebab letak kat blog kamu

    kalau tak saya layan jeremy alive n lagu-lagu riot act sahaja :)

    radiohead kamu tak layan ke

    ReplyDelete
  21. aedi,

    kamu mungkin sebaya adik aku.

    muzik apa pun, ingat...fanatisme adalah penyakit segala abad. jika aku fanatik pun mungkin tentang usaha terus utk keadilan dan kebebasan.

    ReplyDelete
  22. saya rasa saya faham maksud kamu

    masa mula-mula kenal 'musik'

    lagu-lagu yang pop mungkin tak dengar langsung kot

    takut tergugat ke'rock'kan tu!

    dan banyaklah contoh lain

    tapi setelah kita meningkat dewasa tentu kita semakin matang kan

    dan ya saya setuju, fanatik adalah penyakit sepanjang abad

    ReplyDelete
  23. aku dulu pencinta music 90's.tapi aku bergerak seiring masa..zaman baru,lagu baru..yang lama aku tinggalkan..

    band2 yg ko minat dlu aku layan gak zaman sekolah(even aku dak sekolah agama yang dh rosak oleh pengaruh rakan sebaya).haha!!

    xoxo..

    ReplyDelete
  24. haha, okla tu manny..

    aku tkejut gak bila si salju jenny pun dengar smashing pumpkins. kira okla tu utk new generation. mungkin mereka dengar zwan kot sampai boleh follow pumpkins.

    aedi,

    aku dengar je semua lagu :)

    ReplyDelete