Berita di Harakahdaily menunjukkan Abdul Wahid Endut ialah calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Aku serahkan kepada penduduk di Kuala Terengganu. Khabarnya pengundi di Terengganu memiliki sentimen kenegerian yang lebih kuat berbanding Kelantan. Wallahu'alam.
__________________________
Khabar tiris tiba, tapi belum dipaparkan di Hararakahdaily, suara parti di laman maya yang sepatutnya mendahului berita ini.
Ya, tadi semasa menikmati makan malam, aku dan teman serumah tertanya juga siapa yang PAS putuskan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu.
Dr. Syed Azman pada kami adalah calon paling cocok, meskipun TG Nik Aziz merestui sdr. Mohamad Sabu dan PAS Terengganu cenderung kepada YB Mustafa Ali.
Beliau bekas Ahli Parlimen di Parlimen yang sama sebelum tewas pada tahun 2004 dan juga di DUN Batu Buruk pada 2008. Beliau lulusan UM, UIA, Japan Institute of Tokyo dan Indiana State University dalam bidang Sains Politik.
Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu ini akan memberi impak kepada persepsi semasa terhadap Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jujurnya kedua-dua gabungan ini sedang menghadapi proses yang sangat bermakna dalam demokrasi. Kedua-dua gabungan ini kini berdepan dengan proses mengolah persetujuan yang tidak mudah.
Sebagai anak muda, aku mahu melihat Malaysia menuju demokrasi yang matang. Seruan YAB Perdana Menteri dalam ucapan Tahun Baru Masehi 2009 semalam tentunya satu seruan yang baik. Ya, kita boleh skeptikal kerana kita masih ditadbir oleh orang-orang politik yang hampir sama paten pemikiran mereka sebelum ini dan mereka tidak cukup teruji dalam hal mempertahankan prinsip demokrasi.
Tapi skeptikal ini tidak terhad kepada BN semata-mata, PR juga tidak dapat mengelak daripada sikap rakyat ini. Bezanya, BN berada di posisi kuasa, bukan baru Mac lepas tapi telah sekian lama di mana keangkuhan kuasa mencengkam hampir di segenap ruang bebas yang ada.
PR harus melihat ini dengan baik - seruan kebebasan. Ya, seruan ini tidak muncul dari ruang vakum dan ia juga tidak muncul dari rasa yang mentah. Ia muncul bersama tuntutan keadilan.
Kebebasan dan keadilan, sudahkah kita lelah membicarakannya?
Kita harus tekun mendengar bagaimana hujah kempen dikendong di Kuala Terengganu.
Reformasi adalah milik rakyat, bukan milik parti atau tokoh tertentu. Kita, ya kita rakyat yang harus menggerakkannya dan tidak selesa membiarkannya kepada politikus yang sering hadir dengan slogan "hanya kami yang mampu membela anda".
* Aku baca memo Pak Khalid tentang Melayu yang Emo 1 di Facebook. Sungguh, masih jauh perjalanan intelektual yang harus diharung.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
abdul wahid endut la...
ReplyDeleteRamzi, I manage to look at his pic.
ReplyDeleteOh, ini orangnya yang dulu aku pernah kata (dalam hati) "nampak sopan dan hemah pemimpin".
Dan dia alumni UPM, generasi kursus Perikanan masih ada...