Aku tak ingat semua, tapi aku nak tulis sekadar untuk rekod. Manalah tahu umur aku panjang, aku mungkin nyanyuk...kalau orang tua-tua kita macam Nyang, Tok, Tokwan dan mak ayah boleh cerita zaman makan ubi, susah zaman Jepun...sekurang-kurangnya ada la bahan aku nak berkongsi dengan anak cucu cicit, cewah!
Eh, aku pun tak tau sampai bila aku akan tersedut dengan dunia blogging ni. Tapi ada beberapa tanda penting dari dunia blog ini seperti pasaran bebas - ramai je orang kita berniaga dan buka kedai online. Best kan bila pasaran itu bebas? Tapi awas, sampai satu peringkat kalau kau biar kerajaan tentukan apa saja tentang hidup kau - tak kiralah apa namanya kerajaan itu sama ada UMNO-BN, PKR, PAS atau DAP atau apa saja misalnya AKIM, habis ruang individu kau kalau boleh dia nak masuk :p (sempat lagi kempen pasaran bebas di situ!).
Ok, aku cuba ingat...masa aku kecil, perumahan kami tak ramai orang. Selepas rumah aku No.12, hanya ada tanah kosong di mana Fasa Baru Kampung Guru sedang dibina. Rumah aku masih dalam lokasi Taman Suriani. Tapi kalau di Kangar tu, nama Taman Suriani orang mungkin tak berapa tahu. Kampung Guru mungkin mereka tahu, tapi boleh tersilap dengan Taman Guru Jaya (kawasan rumah MB baru).
Rumah no.1 - Haji Yusof. Aku sempat rapat dengan anak dia Shahril Azwan yang orang panggil Dik Wan, tua dari aku 4 tahun. Dia lulusan agama dari luar negara, tak silap aku dia ke Jordan dan balik menjadi polis. Ada satu tragedi yang aku ingat, abang dia (sebaya dengan abang aku) mati dibunuh di kawasan Felda (maaf aku cerita hal ini). Anak sulong Haji Yusof jadi cikgu.
Rumah no.2 - Cikgu Hatta dan makcik Khadijah (err, betul ke nama mak depa En. Ariff?). Ni ialah rumah Kakcik. Keluarga Haji Yusof, Cikgu Hatta dan keluarga aku ialah 3 keluarga pertama yang masuk ke sini, setakat yang aku tahu. Abang Redza masuk MCKK dan jadi Ketua Pelajar tahun 1993 tak silap aku (bukan Ketua Pengawas ok, sebab di Koleq tu ada dua organisasi pelajar, satu dipanggil anjing - pengawas la, dan satu lagi badan bebas, masa sekolah lebih bebas dari kampus yang ada sekarang kan? hampeh!). Bang Chik, tak silap aku Bang Chik masuk Penang Free School sekejap dan dia hanya di SM Derma (sebelum jadi SMK Derma) sampai tingkatan 3 sahaja. Bang Chik dulu main tenis, dan aku ingat masa sekolah rendah ada berlakon jadi Arnab dalam cerita Arnab dan Kura-Kura untuk teater English di Perpustakaan Negeri. Ruhaizi masuk SMS Tuanku Syed Putra, sekarang tak tau di mana tapi dia kaki jamming juga (haha, kantoi jumpa dia di studio Jejawi dulu, kena juga dia penangan sekolah asrama penuh). Ruwaidah aku tak tahu ke mana, dia lapis-lapis adik aku Puteri, maka tak kenal sangat.
Rumah no.3 - Pak Long Mud dan Mak Long Ramlah (kami panggil Mak Long Belah ja, hehe). Abang Jack (Muziram namanya) anak sulong lulusan UUM dan dulu pernah kerja PERWAJA tak silap. Abang Jain (Muzain) masuk MRSM Beseri sebelum dihantar ke luar negara (Michigan beb!) dan balik jaga satelit MEASAT. Dua-dua agak pendiam tapi minat badminton. Abang Jain pemain badminton negeri dan pernah jadi juara di Michigan, zaman aku lepak-lepak rumah Pak Long menatap gambar dia di luar negara. Kemudian Abang Ek atau kawan-kawan dia panggil Dek (Mahathir). Dia dulu gila basikal racing. Tak pasti sama ada dia wakil Perlis ke tak tapi dia guru Chess aku yang pertama. Kemudian Muziman (yang main Chess dengan aku), dia muda setahun, masuk MRSM masa tingkatan 4, di Derma sampai tingkatan 3. Bangga juga aku sebab dulu dia ni kaki bangku, aku ajar main bola suruh jadi goallie...akhirnya jadi goallie sekolah! Takpe, nanti aku cerita lagi. Muziman pandai melukis, aku rasa dia pandai mewarna sebenarnya, hehe. Dia selalu menang pertandingan melukis masa sekolah rendah. Aku tak pasti sekolah menengah dia ambil lukisan ke tak. Dia dapat ke Jepun mewakili Malaysia masa sekolah rendah (yang ni cerita panjang nanti aku buat lain).
Rumah no.4 - Pakcik Halim, dia antara yang alim sikit di lorong kami. Dulu masa aku dan abang nakal-nakal, mak akan suruh jumpa pakcik Halim layan dengar tazkirah dan nasihat. Anak sulong pakcik Halim ialah Cik Amer (kami panggil dia), budak-budak BTN mungkin kenal orang kuat BN di UUM dulu Encik Kamil Harith. Dah lama tak jumpa. Dulu aku belajar main Ping Pong bagi mantap di rumah dia la (masa kecil pernah main, tapi budak kecik kan, nak tengok meja pun susah, haha).
Rumah no.5 - Ustaz Ayob. Anak dia ramai ada 7 orang rasanya. Aku hanya boleh ingat Wan anak sulong, Bob, Apek dan Ayu. Yang lain siapa ek En. Ariff? Ni tempat aku ngaji Quran. Urm, aku boleh ingat satu malam dengan (arwah) kakak tu kilat panah pokok jambu depan rumah Ustaz Ayob dan kena lampu dalam rumah. Terus malam tu batal ngaji.
Rumah no.6 - aku tak ingat la pula nama cikgu Bahasa Melayu yang perempuan tu. Aku yakin abang aku ingat sebab ni cikgu generasi dia. Kali terakhir aku jumpa cikgu ni masa dia datang rumah sembang dengan mak dan ayah. Tahun 1998, waktu Reformasi. Tengah orang sibuk sembang politik, dia dengan coolnya cakap "Antara perkara baik yang saya dapat tengok dari Reformasi ialah wujudnya minat membaca dan sikap ambil tahu dalam masyarakat". Guru-guru lama memang lain macam kan wisdom mereka? Aku boleh ingat ayat ni sebab ia zup..masuk ke dalam hati aku :p haha, tak boleh blah, macam ayat cinta bunyinya!
Rumah no.7 - Cikgu Dahlan, baru pencen tak silap aku. Anak dia Faizul dulu kawan baik dengan aku. Kakak dia aku tak tau nama apa, Faiz khabarnya di India sambung Perubatan.
Rumah no.8 - Uncle Fauzi, aku tak banyak ingat tentang dia kecuali kereta Datsun. Kau ingat tak En. Ariff? Anak-anak dia masih kecil masa tu.
Rumah no.9 - Rumah ni ada budak bujang duduk. Aku tak ingat nama dia.
Rumah no.10 - Rumah Auntie Shikin, aku tak ingat nama suaminya. Arwah Kak Long meninggal dunia dalam satu kemalangan Jalan Raya yang mengorbankan 6 nyawa tak silap masa tu. Kami ikut sama ke Jitra masa majlis pengebumian waktu malam. Kak Ngah aku tak tau buat apa sekarang. Shila sebaya dengan aku. Eh, mereka ada adik lelaki ke? Aku tak ingat. Sebelum mereka pindah, aku masih ingat peristiwa makhluk halus datang rumah. Ops, aku tak memaksudkan ada kena mengena dengan arwah Kak Long ok?
Rumah no. 11 - Makcik Esah? Eh, terlupa nama ni, geramnya sebab rasa macam rapat sangat dulu! Zulfikar Abdullah bekas goallie Perlis tu anak dia kan En. Ariff? Ni pun ada kisah mistik juga di rumahnya. Anak dia ramai dan semua dah besar-besar.
Rumah no. 12 - Rumah aku, En. Ahmad dan Puan Tengku Hamidah, kami dulu tinggal di Padang Katong (ke Bintong ek En. Ariff? Aku ingat Tong je, hahaha). Tak ingat sangat rumah lama tapi cikgu Zul sekolah rendah yang ngajar Alam dan Manusia tu kata dia jiran dengan kami dulu (Bintong agaknya!).
Jiran-jiran lorong lain? Sangat banyak la aku nak cerita satu persatu yang aku ingat kan? hehehe...
Indahnya masa lalu...rasa macam aku sedang mencoret novel Laskar Pelangi dowh!
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku mcm dpt baygkan yg aku jejak rumah kau! :p
ReplyDeletemasih menunggu tuan empunya becok bawa aku pergi sana :p
owh dok Kampung Guru ke dulu... erm syok kat ingat zaman dulu2 yg indah dan manis... tak dak kerunsingan dengan apa juga masalah...
ReplyDeleteteringat juga dekat jiran2 kat kampung... nanti nak tiru entri saudara amin lah... nak citer pasal org kampung juga... hehehe...
pergh complete no rumah ngan isi rumah..hahaha tiba2 terigt dak kecik mase pratikal(baru 8 thn tapi ngalah makcik2)ptg2 je bertandang kat rumah orang...abg amin dulu camtu ker?hahaha yela siap tau sume..opsss peace bro:D..
ReplyDeletetapi salute la leh igt sume tu..mungkin mesra jiran kot yer..bgs2..mmg bole crite kat cucu cicit..mane tau ade yang jadi "waris"lalalala..nasib tak crite rumah2 yang selagi nampak kat mata..pergh kalo tak mmg leh wat novel la..TAJUK DIA "jiran2 yang kusayang" takpun "jiranku tetap jiranku bukan jiran ko" hahahaha
bila mau letak gambar guitar..nak tgk..:-p
rmh no 1. anak dia yg mati tu..dibunuh oleh mat rempit.mayatnya dicampak dalam longkang! lepas tu allahyarham hj yusoff kawin 2....
ReplyDeletermah no 2. chegu hatta dan chegu khadijah.chegu khadijah chegu aku sejarah dulu....
rmh no 3. chegu mud.bukan mahmud baginda tau!...kira pangkat adik beradik la..sebab chegu mud ngan ayah muzhar kira sedale...
rmh no 4.Pakcik halim.pegawai kesihatan.gemar bertukang.project buat tapisan air adalah salah satu project yg pernah aku tolong.che amir la ni bukak kedai perhiasan al quran dijalan nak pi pdg besaq sebelum selekoh stadium.
rmh no 5.Anak Pak Ayob.ada 5..wan,bob,apek apit n ayu..pindah pi johor...aku teringin nak cari depa....!
rmh no 6.chegu jah..janda anak sorang..hehe yg aku ingat dulu lorong kita pernah buat bbq.chegu jah pandai menyanyi.waktu tu posh kereta kita jadi tempat kugiran...
rmh no 7.chegu dahlan .chegu aku..chegu math.heheh
rmh no 8.aku ingat ingat lupa..
rmh no 9.rumah ni saling berganti...mahluk!maksud aku worang...
rmh no 10.arwah suami auntie shikin.uncle shuib.baru gak meninggal beberapa tahun lepas lemah jantung..ala heart attack la kata org puteh...kak long terbunuh dalam kemalangan mengerikan bersama nenek atuk dan bapa sedara di kamunting selangor.arwah kak long tersepit dibawah tempat duduk.waktu kapan darah masih mengalir...syahid? al fateha kepada ruh mereka.
rmh no 11. zufikar bukan anak makcik besah, yg aku tahu menantu laki dia chegu ajaq tusyen kat chegu jaapaq kat tmn indah,...
rumah ni dulu didiami oleh allahyarham raja chulan.sepupu sultan raja azlan shah.abg iskandar dok kl.sekali sekala depa akan dtg jenguk kami diperlis.aku selalu dapat duit dari pak raja..al fateha pada pak raja...
rmh no 12.eh rumah aku..heh!..dulu tinggal kat padang katong.tapak rumah pdg katong dah jadi bekas kilang buat roti kepunyaan allahyarham haji arshad.
mak oooi panjangnya..macam aku lak tulis blog...heh!
ceh, hang ni pun tak payah la cerita bab kawen 2 tu, aparaa...potong stim!
ReplyDeletehaaa...makcik besah, yes! oo, zulfikar bukan anak dia ka? ka menantu?
yes, cikgu jah! terkenal dgn van putih dia..
oh, al-fatihah utk uncle shuib. serius aku lupa nama dia.
ya, abg iskandar, sgt familiar nama tu tapi tak tergambar la rupa dia.
kak long meninggal eksiden tu di kamunting, perak la en ariff. dah sah2 tempat tahanan ISA di sana..hehe. al-fatihah gak!
ada lagi jiran2 jauh lak nak cerita pasni, hahaha
snm,
ReplyDeletetengokla, aku nak balik bulan 2..sila jadi fasilitator jika minat, haha
azni,
silakan...
zai,
amboi..molot tak hengat! tapi rasanya ya kot, aku ni kecik2 rajin bertandang ke rumah orang :p sampai mak aku sound juga kadang2..yerla, mak aku kerja mana nak tau aku pi mana..sian mak aku :(
Amin..
ReplyDeletebukan kamunting perak la...kamunting selangoq...aku tau la...sebab akukan ABANG hehe
jiran2 aku?urmmm...same je dari aku kecil sampai besar lani.sume sedara mara aku je..kawan2 aku dari kecik adalah sepupu2 aku je..
ReplyDeletemasa sekolah rendah tak ramai kawan sebab mak ayah aku tak bagi saing ngan orang luar sangat.katanya takut bawa pengaruh tak elok kat aku.aku kan senang dipengaruhi.tu yang diorang risau...hehe...=P
oo ye ke?
ReplyDeletenanti aku nak pengaruh kau la..
jadi black metal nak?
bos kau boleh jadi ketua kumpulan, amacam? ada bran?
hehe..
ko saje je nk cari gaduh ngan aku ek?meh la...aku memang bran...=P
ReplyDeleteok aku nk join :P bagi date awal2. senang aku nk apply cuti. kau perlu faham, aku kan pekerja gomen yg berintegriti :P
ReplyDeletesalam ...sy ni faiz kat manipal india..tetiba ternampak blog ni...kuat gak ingatan amin nih...Alhamdulillah...nak tergelak pun ada bc post kg guru tuh...
ReplyDelete