Sebenarnya ingatan aku tentang apa yang berlaku dari usia 4 hingga 6 tahun tak berapa banyak. Tapi aku cuba juga nukilkan di sini.
Masa tadika, hampir setiap pagi mak akan sediakan 2 biji telur separuh masak untuk aku makan. Kadang-kadang mak shift pagi, maka aku hanya beli nasi lemak yang dijual oleh pakcik penjual makan yang bawa motor pusing taman.
Aku tak ingat sejak bila aku mula jalan kaki sendiri ke Tadika. Oh, aku lupa ada seorang lagi jiran yang sering bersama - Ahmad Zaid (ex-Kolej Yayasan Saad SPM99). Ya, Zaid kawan dengan aku masa kecil. Dia ke Jepun usai SPM. Alhamdulillah masih dapat berhubung melalui Friendster. Masih tersimpan komen dia "kau ni dulu macam besi" (haha, kan aku cakap aku dulu sangat lasak, tapi aku rasa aku tak kuat :p). Kali terakhir jumpa Zaid sebelum PMR rasanya sebab dia datang rumah Hazril (ex-Kolej Yayasan Saad PMR 1997).
Selain Zaid, Kakcik pun jalan sama dengan Nurul (ex-SM Syed Hassan), ya seorang lagi! Tak jauh pun, sekitar 100 meter dari rumah aku dan 50 meter dari rumah Kakcik dan Nurul.
Pagi-pagi di tadika kami akan beratur. Selalunya di tadika ni kerja aku ialah bergusti dengan arwah Najib dan Khairy. Di tadika tu memang ada satu pondok terbuka, di situlah kami akan bergusti sampai Ustazah pun pening kepala. Arwah dan Khairy memang baiklah tapi boleh dikatakan mereka hanya berkawan dua sebab yang lain dah jadi crowd aku, haha macam samseng Hindustan pula! Cerita ni sebenarnya membawa sampai aku sekolah rendah sebab Khairy pernah report abang dia Fathul Bari (sekarang Ustaz Fathul Bari yang agak terkenal tu, boleh tengok kat YouTube). Pernah la juga kena pukul dengan abang dia masa aku kecil. Ceh, bila aku suruh dia tunggu nak panggil abang aku, tau pula dia lari, hehe (macam harem je gaduh zaman kecil ni).
Sikit la pasal Ustaz Fathul Bari, dia memang terkenal masa sekolah rendah lagi wakil untuk Tilawah dan Hafazan Al-Quran bagi SRK Seri Indra. Suara dia sedap. Baru 'Eidul Fitri lepas kami bertembung di Istana. Aku rasa dia dah tak cam aku. Saja aku tegur dia, tapi Khairy dah tak ada - di UK melanjutkan pengajian. Terakhir aku dengar Ustaz Fathul Bari masuk Alawiyah Arau sebelum ke Madinah dan balik menjadi sebahagian dari tulang belakang gerakan tajdid (dalam erti kata lain, sebahagian daripada mereka yang bersama Ustaz Asri).
Ok, balik cerita tadika...
Kami belajar macam biasa, selain daripada perkara asas membaca, mengira dan menulis, kami juga belajar sirah Nabi s.a.w. dan sahabat r.a., belajar Muqaddam dan juga Adab. Cukup waktu, kami akan bersiap untuk solat sunat Dhuha. Biasanya aku akan jadi bilal atau imam waktu ni.
Masa rehat kami akan makan kuih yang macam Dorayaki tu. Sangat best! Sampai aku habis sekolah rendah aku masih makan kuih ni dengan lahapnya! Lepas makan tu kami akan main macam-macam la seperti polis sentri. Aku masih ingat lagi meriahnya kami ramai-ramai nyanyi lagu patriotik "...semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti!", hahaha.
Hujung tahun, aku dipilih untuk baca Muqaddam (macam khatam Quran la, tapi seorang diri ja baca) dan Kakcik baca Tafsir ayat di sebelah aku. Sebenarnya ada gambar di kampung tapi aku tak tau dah ke mana gambar tu. Dulu kalau aku tengok gambar ni aku akan senyum panjang sebab jalan hidup aku macam Roller Coaster dan gambar itu mengingatkan aku bahawa sejauh mana pun terumbang-ambing, aku harus jadi orang baik.
Aku hanya pernah terserempak Khairy sebelum SPM kerana dia ambil tusyen Sejarah khas dengan emak Ahmad Fitri. Annisa terakhir berhubung dia di UIA, Pak Jun masih di Perlis, Dee dan Sham dulu gila basikal (BMX dan Mountain Bike), Warie masih berjumpa dari masa ke masa dan Azliza kali akhir masa tusyen dengan ayah dia.
Arwah Najib kali akhir masa sama main bola untuk Piala Coca-Cola (terkilan sebab aku tau berita pemergian Arwah hanya selepas beberapa waktu sebelum SPM. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah).
Tadika Huda, dulu pernah dilanda banjir beberapa kali sebelum berpindah ke lorong belakang. Semoga adik-adik terdidik hatinya di sana dan manusia baik-baik lahir dari sana.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kuih dorayaki tu best!
ReplyDeletedulu setiap kali balik dari kelas mengaji,mesti beli kuih tuh before balik rumah.hehe..
hehe, kuih 'macam' dorayaki je cik gadis joget..eh, nama kau apa ek? saya amin...salam kenal.
ReplyDeletekuih tu ada 10 dalam 1 plastik, memang sangat suka!
tapi bila dah besar ni tak pula suka nak makan banyak, kadang2 je rasa sambil ingat2 zaman kanak2, hehe
ouh ya.kuih 'macam' dorayaki.hehe..
ReplyDeletemasa saya beli dulu,ustazah kat tempat mengaji tuh jual 20sen/1..bila dah bayar,dia letak kuih tu atas tisu je :)
salam perkenalan juga.nama? panggil aiai jelah :)
haha, saya rasa dulu kat tempat saya 10 biji=RM1 je..
ReplyDeleteaiai?
aye aye chip! :p
saya amin.
saya juga amin..hihi.. ;)
ReplyDeletekenangan bwk byk perasaan kan?bila dikenang,yg kelat pun blh jadi manis.
Amin,
ReplyDeleteya tentunya. kita lelaki jarang bawa perasaan pahit :p hahaha
hei, tv3 tengah cerita gila-gila remaja...kenangan!
C.E.@,dtg jugak kamu kat sini ek? hehe..dah dengar lagu kat page ni yg saya suruh awak dgr? best kan?
ReplyDeletehopefully awak akan bangkit sikit demi sikit.jgn asyik tersembam je.sakit~
:)
dia mmg sometimes ke sini :)
ReplyDeletehehe, amin...kau akan ok. only time..
Gembira :)
ReplyDeleteSbb lagu yg aku beri pd kau, moga beri efek positif pd pembaca BECOK :)
haha,
ReplyDeleteperhaps..beb, tak bleh blah tul aku baca blog tu..lawak dowh!