Hei, apa yang kamu ingat tentangnya?
Tunggu tengah malam sikit la aku tulis kot :)
(kemaskini di bawah)
________________________________
Sedikit sebanyak hal masuk universiti aku ada tulis dalam ruangan Diari Kampus sebelum ni. Tapi sebenarnya belum habis. Aku nak tulis masa mula-mula masuk belajar dulu ok?
Aku tak ingat tarikh tepat, tapi di kampung memang ada sijil tadika aku simpan lagi. Aku masuk tadika masa umur 6 tahun (1988) - Tadika Huda. Tadika ni Tadika Islam dan terletak dalam taman perumahan kami.
Mak hantar aku mula-mula dan aku tak nangis pun. Rasanya 2/3 dari usia aku sekarang banyak dihabiskan dengan kelasakan dan keras kepala meskipun ada sisi lain dalam hidup aku.
Aku masih ingat seragam coklat susu bagi lelaki dan budak perempuan pula seragam kotak kecil dengan tudung labuh coklat gelap.
Tak pasti berapa ramai jumlah murid yang ada. Rasanya sekitar 50 orang dan kami dipecahkan kepada tiga kelas. Antara yang masih aku ingat tentunya Ruhaizah (dah kahwin baru-baru ni - mantan ketua pengawas sekolah rendah dan menengah, serta agak popular di USM setahu aku), Warie (ex-UiTM), Annisa (ex-UIA), Sham anak pakcik Azman lorong Belimbing, Dee anak makcik Ila lorong belimbing gak, Pak Jun, arwah Najib, Khairy anak mantan mufti Perlis yang kahwin dengan anak DS Shahidan Kassim (junior aku di Derma, Zafirah), Azliza (anak cikgu Mahmud tusyen) dan sebahagian besar yang lain aku tak ingat.
Sebenarnya perasaan aku masa mula nak masuk tadika ni agak teruja (excited). Berdaur dari zaman kanak-kanak yang hidupnya tak ada beban kerja apa sangat. Sayang sekali aku tak dapat ingat nama-nama cikgu (ustazah semuanya!) walaupun aku masih boleh terbayang wajah dua orang daripadanya.
Tadika Huda masih ada, tapi sudah berpindah tempat ke lorong belakang sekali (satu lorong dengan rumah cikgu Wan Fadzir, mantan Pengetua SMK Derma).
Sambung esok...insyaAllah
* Waktu menaip ni tengok Selangor mendahului Kedah 4-0, gilak aa ding dong! Err, aku tak tengok dari awal sebab keluar makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terlalu byk act..
ReplyDeleten ko sure teringt ble aku tekenang zaman sekolah di blog..
aku nk ceritakan yg mane,
act xtau mane nk mula..
tp pastinye,kalo ade jmpe mmbr2 lame..
xlari hal2 zaman sekolah la yg pasti dibualkan..
mmg smp pg pun xabis..
hahahahaha..
hahaha, tepat sekali bro!
ReplyDeleteteringat juga kisah tadika saya...
ReplyDelete1988 dah masuk tadika?
ReplyDelete1989 saya baru lahir ;)
bvlgarigirl,
ReplyDeletemasa lalu itu ada bahagian yang memperkaya diri kita - saat kita kuat menghadapi masalah dan saat kita lemah dan rasa perlu pada orang lain. semuanya pelajaran :)
gadis joget,
saya suka orang pandai menari. salah satu dream tu, nak nari ngan wife :) ...err, future wife maksud saya, insyaAllah :)
indah kan seni kita?
future wife? insyaallah kamu akan jumpa dia satu hari nanti :)
ReplyDeleteseni melayu kita memang tersangat indah.tapi tak ramai yang menyedari keindahan itu.
saya fikir saya telah jumpa sebelum ni..tapi entahlah, mungkin Tuhan mahu ajarkan saya sesuatu...
ReplyDeletetentu sekali..saya sangat menikmati seni melayu, tapi takla sampai fanat dengannya, hehe
awak sangat menikmati seni melayu atau meminati seni melayu? hehe..
ReplyDeletejadi boleh lah kita berkawan kan.
awak dah 27..betul?
bila nak kahwin ni? :)
urm, maaf saya tak dpt bezakan dgn nyata..
ReplyDeleteberkawan biar beribu, bercinta biar satu :)
haha, tapi kalo ada gf kena report dulu "dia ni kawan saya"..agak poyo di situ tapi nak tak nak kena jaga hati gak kan?
err..20 Februari jika panjang usia saya, baru 27.
kahwin? tolong doakan saya bleh? hehe
doakan utk kawan, apa salahnya kan?
ReplyDeletebtw, lagu kat page blog awak ni best. saya dah selalu singgah. tapi tadi baru terasa nak komen :)
terima kasih! :)
ReplyDeleteya, ni lagu dihadiahkan oleh 'adik' saya yang sedih tengok 'abang' dia kehilangan cinta, hehe
tgh tempoh memulihkan diri ni :p
ouh.baru jela kehilangan cinta ni ek? cheer up lah k..cinta awak tuh dah kahwin ke?
ReplyDeleteinsyaAllah..
ReplyDeletebelum..takpela, mungkin pilihan yg dia buat akan membahagiakan dia.
now waktu utk sabar dan teruskan hidup.
cik gadis joget ni dok joget di mana? saya ni agak sentimental..suka mencari nilai yg dalam pada sesuatu perkara..saya boleh layan keroncong gak! haha
keroncong? wahh,bestlah kalau mcm tu.hehe.buat masa skrg saya belum menari kat mana2 lagi.last pun kat akademi dan taman budaya tu.awak ada bca blog saya kan? maybe nanti nak try mintak kat istana budaya.soon lah..taktau lg bila :)
ReplyDeletesounds good.
ReplyDeletenak tiket murah leh? hehe
dulu selalu rasa nak tgk teater di sana, tapi pergi sorang2 mcm tak berapa best, hahaha :p
memang lah tak best kalau pergi sorang, ajaklah kawan2 :)
ReplyDeletekalau saya dah belajar kat sana,insyaallah boleh kasi tiket murah kat awak.tapi terlalu awal lah pulak nak berangan kan? hehe..
kita borak kat tempat komen entri awak ni takpe kan? dah macam jauh melalut je ni..
hahaha, entah. layan jerla dah sini je ada...
ReplyDeleteya, terlalu awal la pulak nak harap tiket murah, hahaha
org kata pisces ni romantik di dalam, tidak di luar.. :p
kawan sy yg minat teater dah kerja di negeri lain. tapi masih ada lagi peminat teater dan seni melayu ni..takpe, nanti saya ajak diorg.
ouh okay.awak skrg ni kerja? matang pemikiran awak.saya masih keanak-anakkan.baru nak masuk 20 bulan oktober nanti.still a long way to go kan? :)
ReplyDeletematang? biasa2 saja..
ReplyDeletekalau bab perempuan, memang 0% la..baru nak belajar balik kot kenal2 kaum venus ni, haha
it's ok apa, takes time to learn. saya pun tak berhenti dari rasa nak belajar.
lagi byk kita tahu, sbnrnya lg byk kita tak tahu :)
ouh,that quotes..my dad pernah jugak ckp mcmtu.betol lah kan? kdg2 manusia ni tak sedar kan..emmm
ReplyDeleteya, kdg2 tak sedar...
ReplyDeletekdg2 buat2 tak sedar...
kdg2 org je tuduh kita tak sedar...
tapi Allah tahu apa juga kan?
yeah,Allah lebih tahu segalanya :)
ReplyDeleteawak,saya dah takde idea nak ckp apa dgn awak.hehe..
sampai sini je k? salam perkenalan.
selamat malam..
1988? umur aku 4. ye aku tahu aku muda belia dr kau :)
ReplyDeletenk folo teater bro! x pnh tgk :p
engkau x salu sedih. bila ter sedih, tempias pd aku :) sbb di masa aku perlukan kau, kau dtg bagai kilat. appreciate it bro!
nak folo? insyaAllah tengoklah jika masa mengizinkan sis. aku pun tak ingat bila last aku singgah tengok pekan teater, rasanya tahun 2002.
ReplyDeleteurm, ya..aku pun xleh tengok org sedih sebab aku rasa usia manusia singkat utk semua tu. tapi sbnrnya aku selalu sedih gak memikirkan ttg hidup dan apa yg aku boleh buat ttgnya.
aku pun terima kasih gak pada kau dan kawan2 lain untuk waktu-waktu yang buat aku tersenyum :)
waktu tadika memang best...sebab aku menyerlah...haha(poyo)!!
ReplyDeletelayan teater?sounds great..nk folo gak.slalu gak membe ajak pegi tgk tp x berkesempatan lg..snm...jom!!