Apa dalam hati mereka?
Amin Ahmad
(1)
Apa ada dalam hati manusia saat mereka berlaku zalim?
Kalau kau semak paparan berita lewat waktu ini,
Hari demi hari cerita manusia bunuh manusia.
Waktu ini cerita perang Israel dan Palestin.
Untuk membangkit emosi – gambar mangsa harus wanita dan kanak-kanak.
Ya, wanita dan kanak-kanak. Kenapa mereka?
Kalau kau semak paparan berita yang lepas-lepas.
Hari demi hari cerita manusia bunuh manusia.
Dari cerita pengebom bali yang percaya diri syahid
Sampai cerita rogol dan bunuh wanita, culik dan bunuh kanak-kanak.
Ya, wanita dan kanak-kanak. Kenapa mereka?
Kalau kau semak paparan berita akan datang.
Aku yakin hari demi hari juga cerita manusia bunuh manusia.
Dari cerita cemburu, wanita yang mengandung anak seorang politikus besar
Mati dibom sampai mayatnya tidak berupa.
Ya, wanita dan anak dalam kandungan. Kenapa mereka?
Apa ada dalam hati manusia saat mereka berlaku zalim?
(2)
Kalau boleh kita nak dunia ini aman.
Buat apa gaduh-gaduh? Penat.
Tak bolehkah kau duduk baik-baik?
Semalam berita sampai tentang setinggan Kampung Berembang yang dihalau.
Habis rumah mereka diroboh.
Semalam berita sampai ada lagi manusia di tanah bertuah ini makan siput babi kerana tak upaya untuk cari rezeki.
Semalam berita sampai minyak naik, barang naik, dan rakyat naik angin.
Anak-anak di sekolah kini hanya bawa bekal, peniaga mengeluh jualan jatuh.
Pemimpin kata “ubah cara hidup” dan kemudian dia pergi dengan kereta besar dan jumpa kawan-kawannya bersembang di hotel lima bintang.
Semalam ada orang kena tahan kerana berhimpun untuk buat bantahan keganasan di Genting Gaza.
Tempoh hari ada orang kena tahan kerana tampal poster Altantuya.
Lama sikit sebelum itu ada orang kena tahan kerana kayuh basikal satu Malaysia.
Sekarang kau mungkin tahu kenapa aku tak boleh duduk diam-diam.
Keamanan tak akan muncul tiba-tiba tanpa keadilan dan kebebasan.
(3)
Dulu dia panggil aku kekasih.
Katanya hanya aku yang dia cinta dan dia mahu hidup dengan aku.
Oh, bahagianya waktu itu.
Semalam kami keluar makan sama.
Kemudian kami tonton wayang.
Sebelum tinggal dia pergi, aku kucup mesra tangan, pipi dan dahinya.
“Esok jumpa lagi. Jaga diri baik-baik”
Itu semalam. Hari ini belum tentu.
Hari ini dia pergi pada cinta yang lain.
Katanya dia tak pernah ingat dia cinta aku dan dia tak mahu aku muncul lagi.
Celakanya saat itu.
Baru semalam kami mencoret cinta sayang.
Baru semalam kami kisahkan masa depan yang gembira.
Baru semalam kami cerita tentang dunia bahagia.
Manusia tak pernah puas.
Waktu dia perlukan kau, cintanya umpama gunung yang kau tak bisa alih.
Waktu dia tak perlukan kau, cinta kau hanya seperti anjing kurap – takut didekati.
Manusia bersatu kerana kehendak, manusia berpisah juga kerana kehendak.
Kau patut tahu manusia hidup dengan kehendak!
Justeru, betulkan balik slogan perpaduanmu!
(4)
Hari ini ada kisah seorang kontraktor kecil ditangkap rasuah.
Lewat satu waktu lampau ada kisah pemain bola ditangkap borong - rasuah juga!
Semalam ada kisah seorang pegawai kerajaan didakwa juga kerana rasuah.
Kisah ikan bilis memang banyak di dalam media.
Mungkin pukat kita kecil atau mudah koyak bila menangkap 'ikan besar'
Miskin sungguh jiwa (media) negaraku.
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisah No.3
ReplyDeleteseperti kisah kawan aku. akhirnya kini spt org x betul. merana krn cinta..
spt org x betul?
ReplyDeleteseperti saja tak apa, jangan tak betul betul-betul...naya dia!
doakan dia dlm tiap akhir solatmu.
awak cium dia? kenapa awak tak cium mulut dia sekali? hoho
ReplyDeletehaha, itu sajak ok? sajak poyo!
ReplyDelete