Friday, January 9, 2009

Kau Belum Terlalu Bodoh Untuk Sekadar Mengangguk

Entri ini meraikan hangat Pilihan Raya di kampus. Ah, ia bukan cerita yang menarik sangat.

Dulu aku juga ikut bertanding, menang undi paling tinggi tapi tak dapat jadi Presiden (kerana ada politik dalaman - aku kan pro Reformasi?)

Aku tak pernah ada pengikut dalam erti kata pengikut yang ikut aku kerana doktrin tertentu sama ada kerana hujah agama atau hujah nasionalisme. Juga aku tak pernah doktrinkan hujah ideologi - kiri atau kanan, meskipun ruang pergaulan aku hampir punya semua sisi ini. Doktrin aku hanya dua - kebebasan dan keadilan yang aku sandarkan pada tema "Kemuliaan insan dan Martabat Ilmu".

Arwah Benan pernah cerita pada aku bagaimana beliau menjadi pemimpin pelajar semasa di Cambridge dulu. Dalam hiruk pikuk politik kepartian dalam kampus di sana, seorang anak Malaysia punya keupayaan untuk pergi sejauh itu. Ya, akhirnya aku bulat tekad untuk mempromosikan politik idea - politik rentas parti yang mengutamakan merit.

Kepimpinan bukan satu benda main-main. Jika kau anggap ia sekadar main-main, kau memang layak duduk di bawah pemerintahan autoritarian di mana seluruh hidup kau adalah pura-pura.

Setahu aku, kawan-kawan di kampus tolong aku sebab mereka percaya aku. Aku memang sang pemberani di kampus, dan berani aku bukan berani babi. Hormat tetap hormat, tapi aku tak akan siakan peluang mesyuarat dengan Pak Menteri, NC, TNC, Pengetua dan siapa saja untuk nyatakan sikap aku. Tapi aku pun bukan jenis celaka, aku tetap tawarkan khidmat aku apa yang boleh dibantu.

Tapi kau ingat baik-baik, kau tak boleh harapkan semua orang suka kau.

Aku ingat lagi bekas NC Prof. Dato' Dr. Zohadie Bardaie pernah cakap "saya hanya dapat maklumat yang baik-baik saja dalam mesyuarat". NC ni antara yang paling disayangi mahasiswa di UPM dulu tapi dia ditikam oleh satu gerakan politik yang poyo sayang Melayu. Kalau kau ingat, saban waktu di media, pergaduhan NC UPM dan Menteri Pengajian Tinggi waktu itu, Dato' Shafie Saleh - isu pemindahan bidang Aero Angkasa UPM ke UKM.

Aku tak tahu, ceritanya hanya isteri Pak Menteri tak diluluskan jawatan Profesor kerana tak penuhi kriteria lalu diangkat jadi Profesor di Universiti lain.

Kau kena faham, bukan semua Pengetua kolej nak tolong kau. Jawatan Pengetua ialah sebahagian daripada proses melobi untuk naik lebih atas dalam hierarki kepimpinan Universiti. Kau ingat mereka nak tonjolkan kelemahan mereka? Sebab tu, mereka sangat tak suka kau bila kau dapat tunjuk kelemahan mereka walaupun sebenarnya niat kau ialah ini kolej kita, sama-sama kita jaga...duit peruntukan tu jangan dok pusing-pusing orang tu saja. Balik-balik MTM atau bakal MTM pergi kursus. MTM la jadi Pengarah Program dan urus semua benda. Pelajar kalau tanya itu ini, siap bungkus pakaian semester depan tak boleh menginap. Muda-muda lagi kau dah diajar celakanya sistem, dan ia diuruskan dari tangan mereka yang poyo macam bagus.

Bila kau tak boleh selesai masalah, aduan diangkat ke tingkat lagi atas, kau rasa macam pelajar burukkan nama kau sebab kau tak boleh selesai masalah sedangkan kau Pengetua kolej. Hei, sila ambil pisau dan potong anu kau lempar bagi anjing makan ok? Kau ugut budak buang kolej sebab kau Pengetua, tapi masalah remeh di kolej kau tak bersungguh nak selesaikan. Kau sanggup mesyuarat sampai lewat malam atau awal pagi hanya untuk fikir macam mana nak kongkong pelajar supaya ikut cakap kau, kerja tolong pelajar kau tak bersungguh macam tu pulak!

Celakakan? Aku benci budaya politik lama di Malaysia. Politik di sini ialah di semua peringkat. Kita ada masalah mental yang besar dalam semua peringkat pentadbiran barangkali. Kau tak pernah dengar kot ungkapan popular DS Anwar masa dia muda sampai dia jadi TPM - jangan jadikan karier politik ini "uncharismatic low morale profession" dan jangan kita biar "procedurally right, morally wrong". Tak baca? Aku dah agak, hehe...

Sebab tu aku tempelak Dato' Zahid Hamidi di UPM dulu bahawa AUKU dan Aku Janji yang diperkenalkan ialah sebijik sama dengan apa yang Hitler buat di Jerman dulu! Mengamuk dia bila aku samakan apa yang kerajaan buat sekarang sama dengan rejim Hitler. Dahtu, tak reti-reti nak fikir dasar baik-baik? Cakap saja kalian akur bahawa Reformasi perlu tapi kalian tak mahu hilang lubuk emas dengan cara mengawal politik Malaysia seketat mungkin!

Sebab tu kau bagilah hujah pro-Melayu ke, pro-Islam ke pada aku...aku akan dengar dan kau kena sedia berhujah dengan aku. Aku bukan jenis pak angguk yang kau boleh tarik hidung. Kau jangan buat aku macam hamba yang kau boleh perkotak-katik hanya kerana tiket kau seorang pegawai kerajaan (dan di sebaliknya kau ialah ahli parti kunun pro Melayu).

Aku tak pernah musuhi mana-mana pihak. den mungkin pernah dengar sendiri, aku tak kisah bila kawan-kawan dia nak aktif dengan pemuda parti kunun pro Melayu ni. Hei, come on, kita anak muda tak harus terperangkap dengan sektor-sektor bernama parti ini. Berapa banyak bukti sejarah bahawa anak mudalah yang mencorakkan perubahan.

Kita ialah zeitgiest! Zeitgiest=semangat zaman! Kita anak muda adalah semangat zaman!

Kenapa kau nak biar semangat zaman kau dicorakkan oleh orang-orang tua yang mungkin telah monopause daya juangnya? Dan kita patut rasa malu bila anak muda yang lebih dulu monopause!

Di kampus jangan kau ajar diri kau jadi orang tak bermaruah. Kau biar diri kau wewenang diugut hanya semata-mata kau nak menginap di kolej, kau nak rasa sikit hak kau (duit tabung amanah) yang kau biar universiti urus bagi pihak kau. Hei, aku tak suruh kau biar diri kau tak dapat menginap di kolej. Aku hanya nak kau guna akal dan fikir baik-baik tentang hidup. Apa dalam akal kau, HEP tak boleh tahu. Sila buat senyap-senyap ok? haha.

Dulu di UPM masa hari-hari awal aku masuk tahun 2000 lagi aku dah tempelak kenapa tender cafeteria di UPM diberi kepada satu syarikat (milik adik Perdana Menteri Malaysia sekarang!) sampai 15 tahun? Gugak gugak gugak, tak boleh jawab! Kau gila apa tender makan bagi sampai 15 tahun?

Sudahnya isu makanan di UPM tak selesai. Pemegang tender sub-kan kepada peniaga. Sewa tapak sikit punya mahal. Peniaga kecil tersepit. Budak-budak kunun pro-Melayu hanya setakat berani kutuk UBC (University Business Centre), tapi kenapa mereka tak berani pergi lebih jauh untuk lawan penyamun-penyamun yang guna kabel politik untuk dapat tender yang tak waras?

Aku pernah masuk mesyuarat dengan UBC pasal nak kenalkan buku teks wajib kepada mahasiswa. Alasannya mahasiswa tak baca buku. Hei, aku tanya semua Profesor yang ada "banyak mana dah academician kita tulis dan terbit buku?". Aku bukan kurang ajar. Tapi aku tau apa yang berlaku. Kalian hanya bagi aku kertas projection duit - aku ingat lagi angka di sana - sekitar 3 juta yang kalian boleh dapat dari pembelian buku ni. Cis, aku tanya "pernah kalian fikir berapa banyak pinjaman yang mahasiswa dapat dan berapa banyak tinggal selepas itu dan ini?". Aku kira dan tunjuk - jika mahasiswa makan RM8 sehari, baru baki RM1++.++! Kau ingat RM8 boleh makan apa? Itu kalau RM8, kalau cecah RM10 saja semuanya jadi negatif! Jadi, kau ingat mahasiswa boleh belajar dengan baik bila perut kosong?

Kalau kau nak swastakan universiti, seluruh sistem di Malaysia kau kena ubah. Aku tak tolak penswastaan dalam erti kata pure liberalization. Tapi yang kau buat ini ialah untuk kroni dan kau kawal pasaran. Kau jangan ingat semua orang kau boleh tipu. Sebab itu kau tak selesa dan tarik muka ketat bila aku menang Pilihan Raya Kampus dulu kan? Kau pengecut sampai keluarkan arahan aku tak boleh bercakap dalam pertemuan dengan mahasiswa. Kau tahu aku tak takut untuk cakap perkara yang aku tahu dan kau tahu mahasiswa waktu tu sangat percayakan aku. Kau tahu semua ni, sebab tu kau burukkan aku di semua tempat sampai nak temuduga fasilitator universiti pun kau tanya mereka kenal aku atau tak.

Tak apa, yang lepas biarkan lepas.

Aku hanya nak bagitau kalian, kau jangan biar hidup zaman muda kau jadi sampah. Kau harus enjoy zaman muda kau. Tapi aku nak ingatkan sesuatu - kau jangan biar otak kau kosong. Kau jangan lokek nak beli buku. Kalau kau tak mampu, perpustakaan banyak buku. Dulu aku selalu cakap dengan kawan-kawan, aku boleh hilang kawan kerana buku. Maksud aku, aku berlapar semata-mata nak beli buku. Maka, kau jangan curi buku aku. Aku nak kau baca, aku bagi pinjam tapi tolong pulangkan balik. Itu dulu.

Masa muda kau ialah masa kau teroka hidup seluas-luasnya. Tapi aku tak suruh kau buat benda zalim ok? Kau jangan buat bukan-bukan dengan anak dara orang. Kalau nak bercinta biar berpada-pada. Nanti kahwin kau buatlah apa-apa kau nak.

Kau jangan bawa perangai bodoh masa sekolah - konon bila kau ramai-ramai kau kuat. Atau pun bila kau seorang, kau tau sebenarnya kawan-kawan kau ramai, semua gedebe pulak tu, maka kau buat besar kepala. Kau jangan ingat gedebe kau tu boleh selesaikan masalah harga makan di cafeteria mahal. Itu baru hal sekecil tu! Kau ingat kau boleh selesaikan benda yang lagi besar? Ah, sebenarnya kau gedebe dalam benda-benda yang kau tahu tak sekufu dengan kau. Kau tak akan berani lawan benda yang sekufu atau lebih daripada kau. Itu saja. Gedebe kau hanya gedebe buatan - gedebe orang nak popular di kalangan kawan-kawan dan awek-awek atau kau memang hidup dengan kemampuan fizikal semata-mata.

Aku ingat lagi waktu buat demo di kampus untuk serah memorandum kepada Prof. Dato' Dr. Zohadie, pegawai keselamatan tarik aku dengan kasar dan tanya apa aku buat ni. Aku jawab. Dia balas "kenapa ajak ramai sangat Cina dan India ni?". Hei, aku tak beli sentimen racist yang kau nak trigger ni. Taktik kau ni taktik ketinggalan zaman sebab kau cakap dengan aku dan kau bukan tak kenal aku. Nama aku bukan nama asing di Bahagian Keselamatan dan kau sendiri tau apa prinsip yang aku pegang. Kau sendiri dah banyak kali borak dengan aku. Cerita dengan pengawal keselamatan ni banyak..nanti dah sampai hidup di kampus aku cerita lagi.

Ya, masa kau belajar ni kau harus belajar apa itu prinsip dan apa itu perkara cabang (furu'). Aku dulu cemburu dengan kawan-kawan aliran agama. Aku rasa belajar agama ni satu benda yang cool sebab aku rasa ia paling dekat dengan kehidupan Nabi s.a.w. dan hidup Nabi s.a.w. adalah hidup yang paling cool. Kau mungkin cebik muka walaupun kau paksa hati kau setuju, sebab dia Nabi s.a.w. kan? Aku hanya boleh doa satu hari kau akan rasa hidup beragama ini sangat cool.

Tapi at the end aku rasa di kampus UPM, peluang kau belajar realiti kepimpinan di Malaysia lebih baik. Kau boleh terus deal dengan kawan-kawan yang tentunya pelbagai ragam fikir.

Aku dulu pernah buat part time jadi Pak Guard di Kolej Kediaman. Tapi bila aku pakai seragam tu, orang memang tak kenal aku la..siap pakai topi Pak Guard lagi. Tapi hal ni aku nak ceritakan kemudian. Aku buat kerja ni, aku tahu banyak benda lain dari kehidupan mahasiswa di kampus. Awek-awek dok ngorat Pak Guard muda tu biasalah, hahaha.

Dah, aku dah mula merapu. Tapi pointnya di sini ialah aku mahu kau nikmati zaman muda kau dengan berani dan bijak. Kau jangan sia-siakan hidup kau dengan kantoi buat benda yang tak berbaloi. Jauhi dadah (ubat ok! haha) dan tangguhkan dulu nak hisap dada!

Kau anak muda - kau yang corak dunia ok? Tapi kau tanya balik diri kau, dah sedia?

* Untuk mereka yang bercita politik tinggi, jom kita baca buku yang Obama baca - Team of Rival. Terlepas dari pendekatan ideologi politik, mari kita belajar bhineka tunggal ika - bersatu dalam kepelbagaian.

** Aku suka bila kau minat politik, tapi jangan jadi politikus bodoh dan gadai masa muda kau. Aku dulu ikut demo, anjur demo, protes pentadbiran - tulis surat terbuka dan tertutup dengan nama aku, cakap depan-depan dan sebagainya, tapi aku boleh graduate dengan result yang pada aku baik la, dan aku juga dapat Anugerah Naib Canselor. Tapi aku tak pernah rasa mereka musuh, aku hanya buat tanggungjawab aku. Aku yakin, kau tentu boleh buat lebih baik kan? Kau kan selalu rasa kau lebih cool dan tak pondan?

29 comments:

  1. waa pernah jadi par guard sambilan kolej mane tu??..hehehe(awek ngorat pak guard pergh)sy plak ajak pak guard race hahahaha

    saya juga bergraduate dgn pointer yang baik dan merupakan penerima anugerah naib canselor..hehehe..
    (saje je nak promote diri gak:-p)

    apabila zai berckp dgn abg amin zai suka dengar bila hujah2 beserta falsafah2 yang diutarakan datangnya dari sumber bacaan..sbb tak ramai yang suka membaca "topik" yang macam ni(zmn sekolah dulu suka la tapi tu pun bab2, dasar2 yang diperjuangkan seperti dasar aparteid)..hanya orang yang betul2 berazam dan berani mampu berbuat demikian..tapi yang kureng skit tu bila kn dgr psl politik..hahaha..kekdg tu rasa mcm ade satu sindrom tkt mendgr politik dlm diri ni..sebelum ni pun sape2 yang mula bercakap bab2 ni..dgr sendr mood tu jadi kendur..(kalo dgr pun rasanya macam terpaksa sangat)mungkin spesies2 yang mcm zai ni byk kat dunia ni kot..hehehe

    ReplyDelete
  2. Zai,

    Masa aku jadi fasi kau dulu pun aku dah rasa kau boleh pergi jauh. Cuma aku harap kau survive sebab dunia kita ni cukup fake dan faktor saiz badan kau dulu mungkin jadi sebab utk kau dianaktirikan, hehe. Ini bukan kutuk, aku cuba bgtau dgn jujur.

    Sebab tu aku suka test perempuan dgn panggey kalian gumuk, gomok, mok dan sbgnya sbb at the end aku nak kalian tau - whatever it is, aku masih kawan kau dan aku appreciate kelebihan dan kekurangan kau.

    Kolej mana? haha, tunggulah bila sampai masanya.

    Bab politik? Ya, I'm notice that. Sebenarnya kat Malaysia saja kot bab politik ni jadi taboo..sebab kita tak diajar peka sebaliknya pekak dan buat2 tak tau atau jgn byk bunyi nanti kena atau tak apalah, kita sesama Melayu pejam mata la...huh!

    Aku melayu gak...tapi mungkin Melayu yang lain :)

    ReplyDelete
  3. hahaha..erm okay serius sebentar zai dh masak dgn sume tu..kalo rupa paras,bentuk badan yang dijadikan faktor persetan itu sume..for me its easy as chew the gum..chew2 and keep on chew until no more taste of it and u throw it..(the benefit from chew is kita dapat mengecilkan muka kita)hehehe sounds funny tapi its really help..lebih kurang camtu gak hidup..kita kunyah sume menda tu..dikemudian hari kalau kita sedar kita akan dapat benefit dia blk..hanya masa jadi penentu..

    ok sambung huha2 balk..hehehe..n i really hate org yang hipokrit rasa mcm apa jer..huuhhh tak suka2..

    yang bab politik tu mungkin betul bg sesetgh org..tapi ada gak extreme bagai nak rak..opss i hve no comment on that..terpulang la pada mereka..i really likes my own life now..hahahaha..aiman tak kisah mcm tu gak dgn zai..ye banyak melayu dimuka dunia ni..ade melayu pura,melayu jawa,melayu mat salleh..MCM2 ada...

    kamu fasi yang baik tu saya tak nafikan (waktu tu la)hahahahaha..sbb kamu kan fasi:-p

    ReplyDelete
  4. min,
    ko memang suka membangkitkan cerita di univ.. dan secara tidak langsung ko juga mengingatkan aku dengan zaman aku yg sedikit berkaitan dengan ko.. kita pernah seangkatan( yaka seangkatan?)... bila ko mdapat undi paling banyak masa tu, aku mmg gembira sbb ko mmg lyk masa tu... tapi akhirnya ko tewas dgn orang bpangkat adik bukan saja bagi ko tapi aku juga...dan sbgmana adik, idea dan fikiran nya memang muda dan tak matang...akhirnya menyorong hidung untuk disangkut tali... dah alang2 ko imbas zaman lalu, aku nak ko ingat pemilihan YDP yg sengit yg berlaku di Pusat Kesihatan...keputusan yg seri 24, dan akhirnya ko memang penjahat klu ikut cerita hindi, kalah di akhirnya... ko jahat sangat kot dipandangan prosedur filem..

    ReplyDelete
  5. haha, Man...kau ingat tak masa tu En Haris terkejut besar?

    ya la, kau kan calon SU Agong aku.

    aku dengar Magdeline yang jumpa TNC ugut letak jawatan kalau aku tak ada dalam top 4. tak sangka lak aku Mag sampai camtu sekali.

    at the end, kita buat hal masing2. tapi aku kesal gakla, sebab masa tu most of students memang sangka aku jadi YDP dan harap aku dapat buat sesuatu.

    nantilah, sampai masa aku tulis..hal2 yang mungkin hanya aku dan beberapa kerat je yang tahu.

    ReplyDelete
  6. Zai, waktu kem kau dulu aku baru habis jadi fasi untuk kem Ijazah. Kalau kau ingat aku tak berapa sihat untuk 5 hari pertama, sebab tu Daha amik alih dan batch korang agak tak suka dia kan?

    haha, nasib korang sangat baik! :p

    ReplyDelete
  7. **disekolahkan kau lps baca entri kau yg ni

    ReplyDelete
  8. batch aku tadek fasi! :p

    aku kesah kau panggil aku MOK! dan akhirnya aku sedar..Gemuk, kurus, cantik jg manusia :)

    ohh..letih jg otak aku. disekolahkan oleh kau(hal2 duniawi :p)..dan Abah aku (hal2 ukhrawi, kaitan dgn kes aku hmpir eksiden tghari td)

    apa pun, aku xtau knp. aku SALUTE dgn kau dlm semua hal kecuali hal CINTA :P

    ReplyDelete
  9. yeke sakit..tak perasan plak..sbb waktu kiteorg sibuk membaik pulih khemah msk..abg amin siap sbk kat area situ nmpk ok jer..kalo igt a.amin penah tanye zai nape bw beg kehulu kehilir..hehehe..zai jawb sbb ade beribu2 dlm beg tu hahahaha..

    yer kami tak suka dia..dan beberapa fasi lain..hehehe

    :-p asal nasib kami sgt baik??apakah septtnya yg terjadi??

    ReplyDelete
  10. haha, subjek cinta aku memang baru 101. aku buta dan aku layak kecewa kot kerana kebutaan aku tu.

    oh ya, Zai, aku ingat tentang bawa beg ke hulu ke hilir tu.

    err..beberapa fasi lain? termasuk aku? hahaha

    ceh, penat aku ngajar nyanyi macam2 :p

    ReplyDelete
  11. yg aku ingat pasal politik kau di kampus...urmm...ada satu masa ada beberapa org kakak senior(kakak tu batch kau) datang bilik aku bawak kertas mintak sign buat petition ttg hak mahasiswa di kolej.aku tak sign sebab di"racun" roommate aku supaya jgn langgar peraturan even masa tu aku setuju dgn tindakan kau.hal tu aku memang respect kat kau sebab kau berani pertahankan hak.sebab lepas kau dibuang kolej,tiba-tiba saja kami semua dapat hak yang sepatutnya dah lama kami dapat.

    politik di kolej sangat si*l!!aku sendiri pernah bergaul dengan MTM di situ dan menyaksikan sendiri betapa kotornya cara mereka untuk naik menjadi org tertinggi di kolej.

    ReplyDelete
  12. beb, aku tak kena buang. tapi aku akhirnya pilih utk duduk di luar.

    nanti aku tulis pasal ni ok?

    takkan la aku kena buang. penerima ANC mana boleh ada kes salah laku.

    aku budak baik kan? hahahaha

    ReplyDelete
  13. ok..kau budak baik..yang berani dan hati kering..haha!!

    masa kau menang pilihanraya tu aku antara penyokong kau tau!tapi agak terkilan sebab bukan kau yg jd YDP even kau dapat undi terbanyak kan?

    ok..cepat2 cerita pasal ni.banyak lagi yang aku tak tau rupanya..:P

    ReplyDelete
  14. hahaha...mls nak puji lebih2 fasi srg ni krg takut tak muat plak baju..hahaha
    yer kamu mmg abg fasi yang b*** sbb ajar nyanyi byk lagu..dan kelihatan sgt c**** seperti nobita...hahaha..argghh cukup2 tak leh crite lebih2...hahaha

    ReplyDelete
  15. hahaha, jeles nampak? cakap je aku ni idola kau, hahaha :p

    ReplyDelete
  16. aku rase masa 'peristiwa kolej 13' tu ko br lepas layan ganja kan?! hehe..aku waktu tue ader pd masa kejadian dan hanya berlakon kuat hadapi tentangan bersama ko walaupun aku agak gentar,kenapa? aku rasa aku mcm org palestin masa tue, walaupun semua kekejaman dan kezaliman mmg aku hadapi, tetapi aku hanya bersenjatakan batu dan botol, mereka?! senjata berat dan kereta kebal(kuasa dan undang2) kelengakapn mereka, itupun x kuar habis..pd ms itu aku gentar dlm marah.

    tapi bkn aku sorang..PENGETUA lagi gentar dlm marah, sbb?!! xprnh terpikir pun dia bdk hingusan mcm kami nie bole mencabar beliau, muka beliau bagaikan ader tahi tapi tangan terikat..(x bolem nk lap)..korang bygkn mcm maner rupa beliau ms tue..hehe

    akhirnya kami keluar kolej dan menginap di kolej 12..(kolej swasta)hehe..ada yang sewa rumah dan sbgnya..tapi secara jujurnya aku rasa bangga kerana korang dapat aper yang aku x dapat rase..

    -aku bukan ikut secara buta dan jadi pak sanggup..tapi aku tahu aper yang aku buat dan faham dengan risiko akan datang pda ms itu walaupun aku bukannya pembaca 'hardcore'buku ideologi dan falsafah, (aku peminat maxim dan mangga)..yang penting ilmu mau ada beb! x kira sikit ker banyak tapi itulah bezanya kita dengan siput babi..

    ReplyDelete
  17. macam harem je kau punya cerita ni..

    ok, sekarang aku yakin kau adalah fufu sebab kau punya exaggerate cerita sampai tahap aku amik ganja...hahaha, aku gelak guling2 baca.

    ceh, kau ada ke masa tu? hahaha

    yg aku ingat aku, daha, ida, ina, finie dan sue kecik di pejabat imigresen (konon nak lari dari Malaysia la, haha).

    takpe2, aku tak nak cerita kat ruang komen ni..akan tiba masanya cerita ni dibongkar nanti..haha

    ReplyDelete
  18. oh zohadie bardaie ku yg hanskem..nsib baik lar budak becok ni ader wut report, mraser anak2 dara kolej ** bsidai nk tgk khadirn vc yg hanskem tu..tp dier dah pindah..naper lar org hanskem ni byk dugaan dier kener lalui

    ReplyDelete
  19. org henskem dan baik memang selalu org pandang remeh, hahaha :p

    ReplyDelete
  20. cisss...ayat kau bongkak! :P

    ReplyDelete
  21. hahaha, itu kan sebahagian daripada exaggerate?

    tengok di carta undi tu..apa yg mereka suka? hahahaha

    ayuh!

    ReplyDelete
  22. dah vote. tp x vote yg watak SKEMA :P

    ReplyDelete
  23. silap** tp x vote watak KREATIF :p sbb aku slh sorg yg PERCAYA kata2 tipu kau. ciss..buat aku nk cr abg nizar je. biar benar klu dia pulas telinga anjing kmdian bcakap dgn anjing!

    ReplyDelete
  24. snm hahaha yeke (walaupun tak caya)tapi aku pernah pulas telinga kucing n kemudian marah2 dia..kesian kucing tu aku tau die mesti paham kata2 aku dan berasa sangat sedih..

    skunk ni aku nak mintak maaf kat kucing tu sebab tak sengaja pulas telinga dia..pulas manje bukan kuat mane pun..:-p

    ReplyDelete
  25. aku rs ade btul nye cite fuad..
    tp ko pun lupe aku kan, dul tecongok time ewsult ko nk kuar..
    mmg aku kurang sket lyn politik kampus ko..
    sbb time 2 aku agen lain..
    lebih besar dr ape yg ade di kampus..so,kurang amik pot la,xmencabar sgt..huahahaha..

    apepun,sbg mmbr ko..
    aku bangga ngan ko w/pun ade gk org xsuka or protes..

    smp nk pecah belah kan batch kte lg..
    apepun,bdk2 kte mmg kuat..

    ReplyDelete
  26. best tul time 2..
    min,kte layan ganja ape yek..
    hehehe..
    mata ko rabak abis,
    nasib time ko bg speech xlari sgt ape yg ko merepekkan..
    lg 1,ko pkai spek..
    bleh la cover beb..hahahaha

    ReplyDelete
  27. haha, ni lagi sorang nak cuba 'up' cerita...

    falin, kau uruskan mamat ni...

    ReplyDelete