Tuesday, January 27, 2009

Kebanyakan Dari Kita Suka Orang Please Mereka, Tapi Bukan Semua..

Dulu masa aku aktif berdakwah, kami akan baca kitab Fadhail Amal (biasalah, kitab rasmi budak-budak tabligh). Aku tak mahu berdebat pasal kitab ni cuma sedikit yang boleh aku nyatakan ialah Maulana Zakaria memang salah seorang ahlul-hadis yang diiktiraf. Memang ramai yang bercerita kisah bagaimana persiapan kitab ni misalnya Maulana Zakaria akan solat sunat sebelum setiap hadis yang dipetik ditulis tapi aku jarang la nak cerita hal yang sama.

Ya, kitab Fadhail Amal mungkin banyak terkandung hadis dhaif. Boleh dikatakan kebanyakan hadis kelebihan amal adalah hadis dhaif - yang lemah atas banyak faktor sama ada sanad dan sebagainya. Cuma aku pernah terbaca pandangan As-Syeikh Yusof Qardhawi bahawa hadis kelebihan amal boleh dibaca untuk meningkatkan kemahuan untuk beribadat kepada Allah s.w.t.. Beribadat di sini bukan saja dari hal ibadat khusus tetapi juga umum. Seperkara lagi, hadis dhaif jangan dibuat sandaran hukum.

Eh, bukan hal kitab ni aku nak cerita. Aku nak cerita ada satu kisah dari kitab ini di mana Saidina Ali k.w. tidak begitu gemar pujian berlebihan para sahabat r.a. kepadanya.

Baru-baru ini DS Anwar hadir di Kem Ampang Pecah. Aku hanya ke sana kemudian kerana bertemu seorang rakan. Khabarnya ketika DS Anwar sedang duduk, ada seorang aktivis yang kami agak kenal sedang sibuk di depan beliau dengan "Dato' Seri, Dato' Seri" sampai DS Anwar spontan bercakap "Ok xxx, saya nampak awak". Ya, sesetengah orang beria nak please orang lain tapi bukan semua orang suka dibuat begitu. Aktivis ini memang aku kenal sebagai sangat rajin, lantang dan berani meskipun dia seorang wanita. Dalam politik, soal nak please bos ni memang lumrah kot?

Untuk cik Anonymous, cerita tentang kem Ampang Pecah ini mungkin ada sedikit kekeliruan berdasarkan apa yang disampaikan kepada saya. Saya tidak mahu fokus di situ sebaliknya memang semua orang pun tahu bodek-membodek kuat jadi budaya dalam politik. Benar atau tidak kisah di atas harus dibaca bersama perenggan di bawah berkaitan pendirian saya. Mungkin saya silap kerana sumber yang menyampaikan kepada saya begitu, lagipun seperti yang saya tegaskan, aktivis wanita ini sangat rajin, lantang dan berani...maka tak timbul soal dengki dan iri hati di sana. Malah dia lebih senior dan terbukti pengorbanannya berbanding saya.

Aku tak ada masalah soal please ni sebab orang kita mungkin kaya budi bahasa. Tapi aku hanya lebih nampak soal please ni dah macam disalah amal di negara kita. Dalam hal politik, ia berpunca dari isu menompokkan terlalu banyak kuasa dan harapan kepada 'orang besar'. Ini satu aspek di mana secara tak langsung kita mewujudkan sekumpulan manusia yang "more equal than others". Inilah aspek paling kita gagal dari hal hidup bermasyarakat. Sama ada kita menjadikan satu bangsa itu lebih dari bangsa yang lain atau satu manusia itu lebih daripada yang lain.

Tidak, aku tidak cakap soal pangkat dan kerja. Aku cakap soal intrinsic - soal dalaman...soal kemuliaan insan, keadilan, kemanusiaan dan sebagainya yang sepatutnya menjadikan manusia itu equal among others. Dalam bahasa liberal, equal opportunities dan bukan equal outcomes.

Suka atau tidak, kita di Malaysia belum cukup kuat meraikan perbezaan. Kita memilih-milih kelompok dan ia tidak salah sepenuhnya. Tapi apa perlu kita mencela kelompok yang berbeza dengan kita? Adakah kelompok kita (malah diri kita sebagai individu) tidak kuat daya persuasif untuk mengajak manusia kepada satu nilai yang kita pegang? Dan ia sangat normal, tak semua manusia akan bersetuju pada perkara yang sama kerana itu kehendak Tuhan dari firman-Nya. Malah, doa Rasulullah s.a.w. agar umat ini tidak bertelagah juga tertolak. Di sana ada rahsia lain yang Tuhan mahu kita cari.

Dalam bidang kaunseling, kau mungkin bertemu dengan apa yang dipanggil self-defense mechanism. Kalau kita baca banyak sikit, akan nampak beberapa paten dan mungkin kita akan senyum sendiri melihat banyaknya kebodohan dalam diri sendiri dan juga orang lain. Satu lagi, falasi berfikir...

Manusia tak sempurna, tak kira betapa hebatnya pencapaian akademik kau, betapa hebatnya jawatan kau atau betapa hebatnya pengalaman kau. Tiap dari kita ialah satu unit sosial dan kita tak dapat elak berinteraksi dengan yang lain. Kau boleh jadi pendiam atau hanya duduk di rumah saja, tapi kau tetap perlukan orang lain sebab kau tak mungkin dapat buat semua benda dalam dunia ni. Maka, dari hal ini wujud apa yang dipanggil 'rundingan' dan keputusan dari hal rundingan ini tak semuanya dapat please kita.

Kadangkala aku fikir hidup ini macam teori ekonomi sepenuhnya. Ada permintaan, ada penawaran dan ada kos melepas. Hanya saja nilai pertukaran itu mungkin bukan dalam bentuk barang dan nilai wang. Ia mungkin melibatkan hati, perasaan, akal rasional, budi bahasa dan lain-lain yang bersifat subjektif.

Jika kita punya sesuatu, mungkin kita boleh memberikan sesuatu. Jika kita tak punya sesuatu, mungkin kita perlukan sesuatu.

Dalam perniagaan, ada yang menipu, ada kes curi, ada kes khianat dan sebagainya.

Tuhan sendiri menggunakan istilah perniagaan dalam hal manusia berjual beli dengan-Nya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Jika kita percaya pada perniagaan yang baik, tanyalah diri kita sekuat mana azam kita itu kuat diusahakan.

Peniaga (atau kapitalis) selalu berpusatkan keuntungan diri sendiri semata-mata (atau dalam bahasa yang lain "sila please saya sepanjang masa"). Peniaga terlupa bahawa pengguna punya hak memilih dan juga hak-hak lain dari hal perniagaan yang baik. Ah, kamu semua pernah belajar dalam muamalat sejak sekolah!

Hei, apa yang aku nak bagitau ialah "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Kau tak perlu please manusia yang seperti "beruk mendapat bunga". Beruk tak akan tahu apa nilai bunga tu.

Bila kau tak suka orang menjadi rasional dan adil kerana sikap rasional dan adil itu tak please kau, kau sebenarnya ada masalah hati. Kau boleh gelarkan apa saja pada mereka untuk please hati kau sendiri. Kau boleh ajak orang lain sama-sama kutuk orang yang kau tak suka supaya itu dapat please hati kau.

Ingat, dalam badan manusia ada seketul daging, jika baik ia maka baiklah seluruhnya dan jika buruk maka buruklah seluruhnya - itulah hati.

4 comments:

  1. kalau aku memang rimas bila ada yang menyendeng dgn niat nak please aku ke.

    Tapi aku memang berpendapat tak kira apa pun bidang, politik atau perniagaan even pensyarah atau cikgu, jika orang itu ada sedikit pengaruh sekalipun pasti akan ada yang mendekati dengan niat nak please individu terbabit.

    ReplyDelete
  2. askm,

    aku org selalu please jugak, tapi please keep quiet,hehe...

    tabliq sgt menjaga solat berjamaah dan perkara-perkara sunat yg lain. Dulu bila baca/dgr fadhail amal berlumba-lumba nak buat sunat-sunat. Tapi bila dah pandai sket dan memandang sinis tabligh, mula la keluar perkataan "tak apa" kat yg sunat-sunat tu_monolog aku pula,hehe

    ReplyDelete
  3. Dear Amin,

    saya rasa bila kita buat sesuatu komen, pastikan kita tahu substance dan konteks, nada penulisan saudara adalah dengan penuh kedengkian dan iri hati. Hanya semata-mata kita memanggil sesorang datuk seri tidak bermakna dia sedang cuba "please". Memang terlalu gopoh untuk menghakim orang itu. sebenarnya aktivis wanita yang dimaksudkan saudara mendekati datuk seri untuk meminta jika beliau sudi menghadiri candlelight vigil pada hari ahad sebelum Malam Prihatin Palestin.

    DSAI secara seloroh telah menjawab " I see you! I see you! XXX!"

    Jadi dari mana saudara dapat idea tujuan mendekati dsai adalah untuk "please". Dengan begitu senang saudara telah menfitnah orang tanpa sedikit pun asas. Jadi saya rasa tak perlulah saya melawati blog saudara lagi. Sedih saya rasa aktivis muda seperti saudara dah mula mempunyai sikap dengki mendengki dan menganilisa isu atas benda2 yang remeh seperti ini.

    ReplyDelete
  4. saya rasa komen sdr/i terlepas dari konteks yang saya nak maksudkan.

    tidak ada sesiapa dari kita yg tahu apa niat di sebalik perlakuan seseorang. tapi bersandarkan respon Dato' Seri, ia membayangkan sesuatu yg x enak dan rasa jengkel ini bukan keluar dari mulut saya tetapi org lain yg saya temui di sana.

    apa perlu saya dengki dan iri hati? hei, come on..saya telah menolak jawatan politik yg ditawarkan oleh beberapa individu sekian waktu. politik partisan masih belum jiwa saya sepenuhnya...mungkin 2010 saya harus mempertimbangkan semasaknya.

    jika tulisan di atas dikatakan dengki, maka terpulang. jika saya nak dengki, saya patut cari org yg lebih hebat utk saya dengki. dia aktivis yang saya cukup hormati tetapi saya juga punya fikiran sendiri.

    apapun, utk saya, please atau tidak please, ada masanya sesuai dan tidak sesuai...

    ReplyDelete