Sunday, January 4, 2009

Lebih Kurang 2 Jam Dengan Si Gemuk Yang Optimis

Sebenarnya kami cuba atur pada malam semalam. Konon mahu tengok bola sama. Tapi Si Gemuk yang optimis ini hanya sms aku pada pukul 1 pagi lebih kurang. Maka, tak dapatlah. Dan dia tidak minat bola, ada ramalan sengal di situ :p

Kami jumpa tengah hari ini kerana dia akan ke Pahang selepas ini dan entah bila lagi kami dapat duduk berborak - dapat kerja (tahniah bro!).

Rancang nak jumpa ni sebab kenal di dunia blog saja. Okla tu, lelaki dengan lelaki, taklah rasa leceh sangat walaupun zaman ni zaman fitnah (haha, exaggerate sikit di situ :p). Azwath Equine jadi tempat janji - fair and square untuk both party.

Kami borak macam dah kenal lama. Friendly sebenarnya aku ni :p

Rupanya kau budak SDAR (sekolah hebat ni!hehe). Maka, balik-balik kawan-kawan juga sebab kau kenal Shep a.k.a. Shafiq, budak SDAR yang kena balik Derma (biasalah kes zaman sekolah, kalau tak hisap rokok dan lompat pagar kantoi, mesti pukul orang :p). Dan kau juga kenal Raqi. Ok, cerita tu Tingkatan 4, lambat lagi nak sampai tu, hehe.

Kami cerita hidup masing-masing. Dia sangat berminat nak tahu pengalaman aku yang banyak terutama cerita masa aktif tabligh. Interesting pula bila kau ajak aku bual pasal ni. Kiranya sedikit sebanyak dari hal perspektif aku tentang hidup beragama ni kau tahu :)

Aku simpati dari hal Roller Coaster hidup kau tapi Tuhan Maha Mendengar kan? Semoga kau tidak tersekat dalam perangkap masa. Aku tau kau akan berjaya dengan kerja baru ni. Kau harus terima kasih untuk doa mak dan ayah kau di Mekah.

Ya, ada satu kisah yang menarik diceritakan pada aku dari hal mak dan ayahnya ke Mekah. Mereka terpaksa singgah di Jeddah untuk beberapa waktu. Khabarnya ada bahagian pesawat yang rosak dan terbakar, bayangkan kepingan-kepingan besi kecil mula tertanggal dari pesawat. Katanya ramai yang duduk di bahagian belakang dan melihat perkara ini depan mata mula menangis terutama yang muda-muda. Kebetulan emak dan ayahnya duduk di depan sebelum ayahnya sendiri ke belakang melihat kejadian ini. Hanya kekudusan hati yang digambarkan oleh emaknya saat mendapat khabar ini.

Syukur mereka semua selamat. Ada pesan Tuhan yang mungkin cuba dikhabarkan dari hal yang terjadi.

Mati itu dekat dengan kita, sudahkah aku dan kau bertaubat?

* Kalian, bila kita nak jumpa? Err, aku nak jumpa Ustaz Hasrizal lama dah, tapi masih tertangguh lagi. Moga Allah s.w.t. permudahkan. Segan sungguh nak jumpa dalam keadaan aku yang macam sampah je sekarang ni...

8 comments:

  1. haaaa... suddenly teringat shafiq tu... masa skolah dulu dia try ngorat sherry... tp xdapat daaa... hehehe... mana dia skang ek?

    ReplyDelete
  2. oh ye ke? sherry dah bertunang kan? ke dah kawen? dia buat TESL di UPM ni hah...dah habis master dia rasanya.

    Sherry sepupu Zarizal tu kan?

    Shep dah jadi pensyarah English di UiTM Arau rasanya. Dulu dia popular juga dalam group teater di UIA.

    ReplyDelete
  3. saya juga berminat nak tahu kisah awak masa join tabligh dulu :)

    ReplyDelete
  4. haha, sabar..sampai masanya satu demi satu ok?

    personally i think it was a great time :)

    ReplyDelete
  5. yeah,i know..nanti cerita k? i'll wait.. :)

    ReplyDelete
  6. hehehe min, ade cerita aku ke dalam sini. nasib baik ada laptop kakak aku kat sini. boleh komen. haha

    tu baru aku dengar cerita sikit2 min. jgn pelik la kalau tiba2 aku keluar 4 bulan nanti hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha, lu memang cool la bro.

    dah sampai ke?

    apahal pun kita kawan dan aku akan cuba tolong kau apa yang boleh ok?

    ReplyDelete