Saturday, January 3, 2009

Mendoakan Mangsa di Palestin

Sebiji lagi peluru untuk satu nyawa,
Tembaklah kau sepuasnya.

Aku fikir kau sudah gila.
Kau buta kerana hitam putih dalam minda.
Jalur kelabu tak pernah masuk ke mata.

Sebutir lagi bom untuk berpuluh nyawa,
Lemparlah kau sepuasnya.

Aku fikir kau sudah gila.
Larut dalam fanatisme bangsa dan agama.
Kau fikir Tuhan hanya mahu kau saja ke syurga.

Satu lagi peluru berpandu kau lepas untuk ratusan dan ribuan nyawa.
Kau manusia tak ada hati.
Tempat kau neraka, celaka!

Andai Israel menjadi China dan Palestin menjadi Tibet,
Aku tak tahu berapa ramai beria mahu ke depan Kedutaan China dengan semangat yang sama.
Manusia buta dalam fanatisme bangsa dan agama.

Fanatisme tidak pernah kenal sosok luar dirimu.
Fanatisme adalah penyakit segala abad.
Ia ada dalam benak hati dan minda yang hitam dan tidak tercerahkan.

Celakalah penzalim saat ia berlaku zalim!
Semoga cahaya hidayah tidak pantas hilang sebelum nyawa sampai ke tenggorok.

Selamatkanlah mereka yang dizalimi ya Allah.
Dan janganlah Kau jadikan kami sebahagian daripada manusia yang zalim.
Dan kau bukalah pintu hati kami untuk menerima kebenaran dan beramal dengannya.

Satu lagi doa kupanjatkan pada-Mu,
Doa dari manusia penakut yang lelah ke medan jihad,
Doa dari manusia yang berdosa dan hitam hatinya,
Doa dari manusia yang tak putus harap kasih sayang-Mu.

Istajib do'a ana ya Allah.

4 comments:

  1. sampai bila la kan semua tu akan berlarutan...
    Allah sedang berbicara dengan mereka... semoga mereka tabah dan kuat menghadapi semua nya...
    semoga juga doamu dimakbulkan Allah...
    Amin Ya Rabb...

    ReplyDelete
  2. aku malu kerana aku di sini,
    berbiasa2.

    tuhan saja yang tahu betapa kalau aku mampu...

    ReplyDelete
  3. fynn,

    kalau nak dikira, kita juga punya waqi' sendiri yang perlu dimakmurkan. tapi putus doa dengan muslim di negara lain itu harus tidak.

    bukan saja Palestin, tapi byk lagi di bumi lain.

    azni,

    ya, yakin Tuhan Maha Mendengar.

    ReplyDelete
  4. Premis 1: Doa tu Senjata!
    Premis 2: Doa orang teraniaya selalu makbul
    Kesimpulan:
    Doa org teraniaya jd senjata!

    Moga mrk dibantu tentera Allah..

    ReplyDelete