Monday, January 26, 2009

Oh, Sedikit Terlupa Tentang Tahun Hingus (Jika tak silap)

Ya, 1990 ialah tahun di mana Kejohanan Piala Dunia dilangsungkan, tak silap aku di Itali. Pasukan pilihan tentu saja England sebab Bryan Robson a.k.a. Robbo jadi kapten. Tapi sayang Robbo patah kaki (tak silap aku sepanjang dia main bola, 26 kali patah!) dan England tewas di Separuh Akhir kepada satu lagi pasukan pilihan ramai - Jerman!

Aku masih ingat Bryan Robson dan Gary Lineker keluar dalam iklan TV dan ucap Selamat Hari Raya dalam bahasa Melayu. Cool! Rasa macam England tu dekat je dengan Malaysia, haha.

Sebenarnya Liga Perdana Inggeris tak ditunjukkan sangat macam sekarang. Aku ingat Manchester United memang baru nak naik semula selepas Liverpool cukup hebat - zaman Grobelaar, Ian Rush, John Barnes dan Peter Beardsley. Arsenal masa tu aku hanya ingat Adam Smith, Paul Merson dan David Platt. Pasukan Tottenham popular kerana ada Lineker dan aku ingat aku suka juga Nayim pemain sayap mereka. Chelsea terumbang ambing lagi waktu itu dan memang tak disebut sangat, okla. Nottingham Forest masa tu anak Nigel Clough baru diserapkan dalam pasukan utama dan tak boleh blah.

Pemain England yang popular masa tu seingat aku Chris Waddle, Paul Gascoigne, Garry Pallister, Steve Bruce...Pasukan lain hebat juga misalnya Van Basten, Ruud Gullit untuk Belanda. Argentina kalah kepada Cameroon dalam perlawanan pembukaan sebelum masuk perlawanan akhir dengan Jerman dan kalah penalti. Hebat Goeycochea masa tu. Salvatore Schilachi penjaring gol terbanyak.

Liga Itali - Serie A ditunjukkan waktu petang di mana trio Jerman - Lothar Matthaus, Juergen Klinsmann dan Andres Brehme mengungguli pasukan Azzuri (Inter Milan la!). Ingat lagi jersi putih mereka yang cantik walaupun mereka selalu tak perform dengan jersi tu. Selain mereka Rudi Voeller tentunya penyerang yang hebat! Tahun itu juga Escobar, kapten Colombia ditembak mati dan aksi gila-gila Higuita dicemburui.

Waktu itu bola sepak Malaysia masih seimbang pengaruhnya di kalangan peminat tempatan. Hari ini? Kuasa pasaran membuktikan manusia sukakan yang terbaik dan ada manusia yang berfikiran statis dalam membentuk dasar untuk membantu bola sepak (sempat lagi tu kempen pasaran bebas!hehe).

Kartun? Aku tak ingat sangat - yang aku tahu masa kecil ada kartun atau cerita kanak-kanak macam Thundercats, Gaban (wakata wakata wataktau..haha), He-Man, Transformers, Mospeda, Captain Power, Voltron...eh, kartun Mask! sangat best!

Oh ya, aku suka tengok cerita Shogun dan mak pula tentunya Oshin! Hurm, aku lupa pula..rumah aku selalu dikunjungi untuk tengok video dan yang terbaik masa tu ialah filem Beastmaster...kalau kalian ingat ada Codo and Podo tu, serta cerita Excalibur, yang pedang tercacak dalam batu tu...yang popular selain tu ialah Star Wars dan Back to The Future. Tak dilupa, Flash Gordon! Cerita hantu? Dracula dan Sundel Bolong la..hehe

Oklah, nanti-nantilah aku sambung lagi....

2 comments:

  1. memg seronok imbas zaman kecik2 dulu.
    Kalau bab kartun.. thundercats, Transformers mmg jadi pilihan. Tapi, aku layan gak Doraemon...

    Back To the Future dah macam jajan... kene tgk...
    dan siapa ingat the never ending story...
    sampai demam la kalau abah tak bagi tgk!
    Punyerla power pengaruh luar kat aku...
    skrg tak lagi...
    dah tak layan pun semua tu....
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. ya, neverending stories!

    eh, ada beberapa kisah yg aku pernah tonton dan best cuma aku tak dpt ingat dan ulang apa kisahnya..

    ReplyDelete