Saturday, January 10, 2009

Orang Cantik 'Memang' Boleh Diubah Tapi Rupa Paras Tidak Kekal...

"Abang Amin, kenapa dengan Dr. ni ek?" tanya budak-budak KEMPAS 2007 pada aku.

KEMPAS 2007 ialah singkatan bagi Kem Pendidikan Alam Sekitar peringkat kebangsaan pada tahun 2007 dan aku jadi Ketua Fasilitator untuk kem tersebut. Kem ini dikendalikan oleh Fakulti Perhutanan, UPM dengan tajaan EXXON-Mobil dan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Berita Harian.

"Oh, dia genius" jawab aku ringkas.

"Patutlah..." mereka setuju, tanda percaya.

Sebenarnya Dr. yang mereka maksudkan ialah pensyarah aku dalam bidang kuantitatif Perhutanan. Dulu dia dari Fakulti Alam Sekitar. Ijazahnya dalam bidang statistik, dan kepakarannya dalam kualiti air.

Di fakulti dia mungkin antara pensyarah paling sibuk terutama menjelang pembentangan tahun akhir dan juga persiapan tesis. Almaklum semua memerlukan statistik dan dia sering ringan tangan menolong.

Tapi aku dengar juga budak-budak lelaki macam tak berapa senang sebab kata mereka dia hanya tolong budak perempuan. Aku berpendapat sebaliknya sebab dia dengan aku ok saja. Aku rasa mahasiswa kena ada sikap yang baik. Ilmu didatangi bukan mendatangi. Kau tak perlu bengkek pun sebab aku tak nampak pun pensyarah ni menggatal dengan budak-budak perempuan. Ada juga pensyarah lain yang bengkek sebab katanya dia terlalu banyak tolong budak sampai budak-budak ambil kesempatan. Itu aku tak pasti.

Kalau kau pernah tengok Beautiful Mind, gaya pensyarah ni memang ada mirip Prof. John Nash - siapa lagi jika bukan penerima anugerah Nobel yang terkenal dengan Game Theory-nya. Hamidi Razak mungkin antara kawan aku yang minat dengan Prof. John Nash. Dan Beautiful Mind mungkin antara filem terbaik yang aku tonton setakat ini.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal pensyarah ni. Aku nak cerita tentang persepsi. Suka atau tidak kita akan menilai orang dari segi luaran. Penampilan memang tak dapat dielakkan sangat penting. Dalam bidang pemasaran pun semua orang tau bab image projection ni.

Aku dan kawan-kawan sering lepak di Bangsar. Sebenarnya Bangsar adalah port lama aku. Sejak aku lepak di Bangsar bermula 2001, aku tak pernah masuk kelab dan yang seumpamanya, maka jangan salah faham. Aku kolot? Ok, aku terima jika itu sebahagian dari kekolotan. Dan aku tak kisah untuk pegang label kolot hanya kerana ini. Aku di Bangsar kerana UBU, IKD dan KSJT (dan kini ada MEGC serta ofis bos aku yang ke-3 di Jalan Terasek 2). Ya, kelompok Bangsar memang dikenali sebagai Bangsar Liberal. Di Bangsar ni sekitar 200 meter dari masjid Saidina Abu Bakar kau dah boleh temukan banyak kelab dan anak muda yang merayakan masa muda mereka dengan cara masing-masing.

Aku tak banyak ambil pusing, pergaulan sosial kami di sana banyak berkisar soal buku, peristiwa, idea dan lain-lain hal. Awek-awek di Bangsar kau jangan cakap. Artis pun kau senang nak jumpa di sana.

Pernah sekali ada awek mari punya datang lepak meja sebelah dengan bf-nya. Kawan aku duduk tak senang. "Macam mana awek sikit punya mari macam ni boleh dapat kat balak yang muka pecah ni?". Haha, ya...sebahagian lelaki memang sering tertanya hal ini. Aku dan cinta? Cinta aku di hati, bukan di mata, haha...

*aku jelir lidah* (bongok punya soalan - aku baru hilang cinta ok? sila buat-buat faham. ya, aku sedang move on perlahan-lahan sebab aku yakin bulan tak akan jatuh ke riba. kau jangan risau tengok aku ok?).

Akhirnya tekaan kami tepat - lelaki tadi bawa BMW. Dia terlalu muda, maka kami kata "itu kereta ayahnya". Kami syak lelaki itu sedang dalam proses memenangi hati awek tadi sebab mesranya tak seberapa dan macam dibuat-buat. Tapi yang tak tahan tu dia siap tolong hidupkan api pada awek tu yang hisap rokok. Kawan aku duduk semakin tak senang. Pergh, lelaki ini sah terlatih! haha (oh, ada seorang kawan siap berguru teknik nak kenal romeo dan dia cekap menghidunya. Mujur katanya aku tak ada tokoh jadi romeo, haha. Tapi apa yang romeo buatlah perempuan suka dan jatuh cinta, walaupun sebenarnya romeo itu punya stok simpanan wanita lain).

Aku gelak puas bila Mazidul bakar line di sini.

Perempuan - rupa paras tidak kekal, maka baik cari yang boleh settle down supaya hidup tak susah dan melarat. Mungkin ini alasan kenapa lelaki berharta punya keyakinan tinggi untuk mendampingi perempuan walaupun itu hasil duit ayahnya. Kalau lelaki tua berharta, barangkali pengalaman gopoh mereka zaman muda telah jadikan mereka lebih cool. Dan perempuan suka lelaki cool walaupun kau sebenarnya mungkin berlakon jadi cool. Mat rempit punya ciri cool yang cukup tinggi. Hanya mungkin kerana mereka tak ada duit, maka pencapaian mereka bab awek ni tak capai tahap dapat bawa awek yang maintenance tinggi la. Kau baca sikit di sini.

Tapi aku rasa lelaki yang kuat kerja mungkin nak cari perempuan yang dia tengok "sejuk mata memandang" saja. Aku tak tau sama ada ini berkaitan dengan stress - ketegangan. Aku pernah tulis, lelaki sampai pada usia dewasa dan bersedia untuk kahwin sebenarnya lelaki yang telah sampai kepadanya makna di sebalik satu kata - tanggungjawab. Sebab tu aku suka lelaki yang cool berkawan dengan perempuan secara serius, jumpa mak ayah bagitau sebab itu tanda paling jelas lelaki itu berlapik bahasa "saya kawan dengan anak pakcik dan makcik, maka saya akan bertanggungjawab apa-apa terjadi pada dia". Maksud apa-apa terjadi di sini ialah "kalau saya nak bawa anak makcik keluar"...jangan nak pandai-pandai exaggerate ya! Err, aku tak bermaksud menganjurkan maksiat di sini - dosa kau aku tak tanggung ok? Sama juga dengan dosa aku, hehe :p

Kadang-kadang kita nampak awek lawa, tapi pakaiannya menunjukkan dia ni agak sosial. Sosial dalam bahasa pasar ialah awek yang bebas laku. Bercampur dengan lelaki macam tak ada batas. Kadang-kadang mereka ini pakai hanya tutup 50%-70% saja tubuh mereka. Aku tak nak komen banyak tentang ini tapi terus terang, aku suka wanita yang tahu nak simpan keistimewaannya hanya untuk suami. Rugi beb kalau pusat wife kau orang lain semua dah tengok. Tahi lalat yang ada celah pelipat kaki pun orang boleh tahu...alamak, ini sudah tak best!

Memang sesetengah lelaki suka kalau dapat jalan dengan awek lawa. Siap boleh peluk-peluk depan orang ramai. Ego, saja tayang awek mantap depan orang ramai. Dalam hati dia mungkin kata "korang tengok sajalah, ini awek gua...gua siap dapat peluk ni", haha...memandai je aku ni. Mungkin itu juga kot perasaan wanita bila dapat keluar dengan lelaki yang kacak+ada duit.

Entahlah...

Tapi suka atau tidak, sebahagian besar lelaki memang nak awek (maksud aku bakal isteri) yang cantik la. Sebab apa? Sebab mereka beralasan "tak apa, nanti kalau aku kahwin dengan dia, aku ajarla dia pakai tudung". Sikap boleh diubah, tapi muka kau? Asalkan dia cantik datang je teori manusia boleh berubah, tapi kalau muka tak berapa nak cantik?

Gila kejam kenyataan aku di atas. Tapi tak payah tipulah...baik nama kau ustaz pun, kalau ada peluang, kau nak juga muslimat yang cantik manis ni. Dah banyak pun aku tengok di kampus. Oklah tu, sama-sama taat agama...tapi muslimat lain yang taat agama juga kenapa agaknya kau macam letih saja nak pilih ya? Maka, sama-samalah kita mengaku kalau boleh kita nak awek yang kita "sejuk tengok rupanya" ye tak?

At the end, tak silap aku Aristotle pernah kata "beauty is in the eye of the beholder".

Kau nak tengok cantik tu pada paras rupa luaran atau kecantikan dalaman, aku tak nak cadangkan apa-apa.

Cantik juga boleh gugat perasaan kau sebab bila dah ramai orang minat, kesetiaan teruji. Setia? Love in time of cholera mungkin contoh setia yang aku rasa buruk...tapi kuasa cinta ini memang hebat.

Orang sering tanya aku, kau bila nak kahwin....kau nak perempuan macam mana?

Hei, sabarlah...cantik memang boleh diubah, tapi rupa paras tidak kekal sampai ke tua. Macam mana tu?

Untuk mereka yang bercinta di luar sana...aku harap kau bahagia hingga hujung nyawa. Kau jangan main-main dengan cinta ok?

* Kau jangan ingat aku pandai sangat bab cinta ni, aku mungkin di ranking L.O.S.E.R. dalam bab ni, huh! Walaupun Irman macam exaggerate jer dalam entry ni...

** Teori yang cantik boleh berubah tu datang bila aku dan housemate aku Ramzi fikir lelaki ni agak macam harem juga dalam hal pilih perempuan - kalau cantik tu ada je alasan konon mereka boleh berubah. Kalau perempuan tu tak cantik, macam-macam alasan bagi untuk tolak, hahaha - peace!

22 comments:

  1. hahaha.. aku terhibur bace entri ni.. hahhahah...

    sapa ya yg pernah kate 'semue manusia gile seks'? aku tak ingat philosopher tu.. hhahahaha

    tapi naluri manusia memang berkehendakkan yg cantik2, yg baik2.. bukan begitu? :)

    ReplyDelete
  2. hmm,kesimpulannya? llaki nak yg cantek ke yg sedap mata mmandang?=p

    anyway, entri nih mmg besh...x bosan mbacanya...

    ReplyDelete
  3. hahaha

    kalau tak silap aku sigmund freud yg kata macam tu hamidi!

    tapi aku cenderung kepada alfred adler...hehe

    ReplyDelete
  4. jgn risau wahai lelaki di luar sana,
    perempuan pun ada penyakit "hensem tak?".

    bukan kalian saja yang shallow.
    wanita juga.

    tapi itulah.

    satu hari yang datangnya masa utk terhantuk, akan terjelaslah betapa materi tidak langsung ada linearnya dgn kebahagiaan.

    ReplyDelete
  5. mau yang cantik saja itu adalah fitrah.tapi cantik itu berbeza di mata setiap org.

    aku setuju dengan fynn.perempuan juga begitu.that's normal..

    ReplyDelete
  6. perhaps, perhaps, perhaps...

    akhirnya yang bahagia itu apa?

    sebab itu aku harap aku boleh jadi seorang pancinta agung!

    bagaimana?

    haha...

    nantilah isteri aku khabarkan dari senyumnya :)

    (agak poyo di situ, hahaha)

    ReplyDelete
  7. hahaha tak leh blah komen atas ni bro..mmg poyo abis..

    kamu kn kwn lbh rapat dgn doc tu ok:D..sbb die teror INGAT NOMBOR..lalalalala

    ReplyDelete
  8. haha, ada typo di situ - pancinta! macam harem je bila aku baca balik..

    eh, ya...dia cekap bab tu! dan aku suka sbb aku rasa zaman sekolah dulu math ni macam makan kacang je, hehe

    cuma dah lama tinggal jadi slow..kena bertekun jap.

    ReplyDelete
  9. beautiful mind tak pernah tngk, beautiful boxer pernah la, memang cantik dan hensem pelakonnya... apa yg aku exaggerate? aku tak pernah tipu... itu ori tu... bab ko dengki dgn bmw, aku pun camtu gak.. yelah kita pakai kelisa ja pun.. tak macho langsung.. last sekali, aku nak tanya ko...awek ko mana min? cerita la...cerita la.... huhu

    ReplyDelete
  10. aku setuju dengan ko bahawa mat rempit mmg ada sikap cool dan tiada setandingnya waima james bond..sikap cool itu mencerminkan niat mereka tak kira baik atau nakal walaupun hanya utk 'korek' dan niat itu dipandang baik kerana pembawaan sikap cool itu..hehe..(dari pemerhatian aku)

    perempuan?!
    x kisah macam maner rupa atau sikap..tapi sebaiknya pilihla yang ada agama..baik dan buruk lelaki yang kena tentukan kerana sbb itu lelaki kena jadi ketua keluarga dan dosa bini lelaki kena tanggung..

    yang penting gadis pilihan itu akan sudi hidup dan jadi peneman sampai ko mati, ada jugak org baca yassin kat ko nnti..

    cun?!!
    mmg pilihan ramai,aku pun sama, tapi cun mcm maner pun hanya waktu ko tgk jer..xkan masa meneran pun cun..tul tak? jadi cun tidak bersifat penentu..(itu pun lama gak aku cuba nak fahami)

    sosial?!!
    xder faedahnya..kerana yang penting komunikasi adlah antara suami dan isteri..x perlu pilih peneman hidup hanya dasar ciri sosial yang bagus..kerana banyak bahana dari bahagia..

    ini adalah dari buah fikiran aku yang tidak la pandai sgt,cuma pemerhatian dan nasihat org tua aku ajer..sekian wassalam

    ReplyDelete
  11. mohd fuad a.k.a. fufu?

    kau dah taubat ke? hahahaha

    ReplyDelete
  12. aku tau saper Dr tu..muka skali pndg mcm azlee senario..hehe..ader ker tserempak kat komuter, dier laung no matrik aku..aku dgn muka segan tnya balik, Dr knal sy lagi? aper plak sy tak kenal, kamu 119014, namer penuh kamu ******************..namer penuh tu..result kuanti kamu ** best frenz kamu no matrik ****** n namer penuh bestfrenz kamu ************************.. tajuk tesis kamu **************************************************************..kamu ader silap kat bhgn method n objective maser present sbb kamu state kan yg...(blablabla).. mak aih..gerun sungguh..aku grade taun 2006, aku luper but kalu tak salah taun tu gak lar kelas dgn dier..see, no matrik aku n result aku pun dier tak luper (p/s kot yer pun Dr, tak yah lar sbut result d khalayak ramai, bikin malu den ajer)

    ReplyDelete
  13. hahaha,

    dia cakap kat aku mmg dia latih otak dia utk ingat angka. matrik aku pun dia ingat gak...

    kesian dowh dia jalan kaki 1-2 km hari2 semata2 nak naik bas. pernah la sekali tu aku ajak dia tumpang then aku hantar dia ke komuter...

    dia unik...hanya Tuhan saja tahu apa ada dalam hati dia.

    tapi ramai gak tergamak hina dia...hurm

    ReplyDelete
  14. haha. last jumpa dia thn lps. dia **tolong buat SPSS aku (kelas master aku yg half way)

    **baca: bagi jawapan terus :p

    dia panggil sekali nama siap binti. terus nama kwn2 aku dia sebut sekali. aku terkedu sbb aku dh x ingat matrik no.kwn aku tu. blergh!

    dia manusia paling UNIK aku jumpa even stgh lecturer senior x brp suka dia. dengki kut? :p (okey, aku saja speku di ctu)

    ReplyDelete
  15. whatever it is, yg baik kita kata baik la kan?

    yg buruk masih boleh diubah - sesuai dgn teori ni...hahaha

    ReplyDelete
  16. hemp..

    yg buruk masih boleh diubah - sesuai dgn teori ni...hahaha

    ayat itu spt puji diri owner WHG sendiri..kau kenal owner WHG? aku harap kau kenal sbb klu kau x ingat atau kau lupa, itu dh tnjuk kelemahan kau mengingat no.plat kereta! :p

    ReplyDelete
  17. menarik..amin..posting awk kali ini.

    sungguh terhibur aku membaca.

    Pilih la yang cantik luaran dan dalaman...

    relax amin..kawin2 lmbt2 skit la.Nikmati zaman muda dulu..cari ilmu.

    bile nk send email jemputan akademi merdeka 09?? ..mohd ikhwan hafiz md noor.

    ReplyDelete
  18. 'zaman muda'..
    aku rs kalo umur 40 pun ade je tetap pk dia muda lg..

    so,gua rase xsesuai la kalo nk nikmati zaman muda..
    sbb lain2 org,lain tanggapan nye zaman muda ni..

    so..
    utk dinikmati skrg sesuainya..
    ialah 'zaman bujang'..

    mayb better la..
    pandangan je ni..:p

    ReplyDelete
  19. haha, lu main semantik pulak bro..xpe, gua layan je..

    ReplyDelete