Thursday, January 1, 2009

Perasaan Tahun Baru Hanya Satu Hari Saja

Cerita 1

Ya, selalunya begitu...excitednya tak lama.

Semalam aku habiskan masa dengan housemate aku membersihkan laman luar rumah, bahagian stor belakang, dan tandas. Zaki dan Bob dah pindah - hujan emas di tempat orang. Maka ada beberapa tinggalan mereka dan juga barang-barang yang tak dipakai lagi mahu kami lupuskan. Ini antara azam baru yang tak tertulis.

Semalam juga pergi Alamanda dan tinjau keperluan 'ofis' aku. Kerja virtual office ni sebenarnya ok tapi mungkin kepuasan berbeza. Aku tak tau mana yang lebih menarik pada kalian - membaca sebuah buku tebal dengan cara memegangnya atau dari ruang maya? Janggal juga aku membelek satu muka ke satu muka di ruang maya. Dan ia secara rasmi akan menjadi mini library - aku kena belajar dengan Warie ni macam mana nak coding buku :p

Petang ini aku nak buat BBQ untuk kami di rumah. Banyak pula lebihan arang yang ada.

Cerita 2

Hari ini birthday Azila. Dia cinta aku tingkatan 3 dan 4 - ni masa zaman aku rajin sangat petik gitar, 9-10 tahun lalu. Budak KL yang ikut keluarga pindah ke Perlis dan akhirnya menetap di sana. Sampai sekarang kami masih berhubung sebagai kawan.

Yang lepas biar lepas. Kami gembira tidak ada rasa benci dan masing-masing pun dah besar. Tidak ada cerita orang ketiga atau rasa tertipu. Bila Fynn tulis tentang Amy di blognya, ia buat aku senyum - ada rasa tingginya harga sebuah kematangan. Setahu aku, lelaki jarang membenci perkara yang lepas.

Hohoho, kalau kau sedang cuba menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan ingat! Mereka tak suka lelaki cerita pasal ex-gf. Lelaki mungkin rasa ok, sebab bagi kita menyebut yang lama bukan beerti kita larut dalam masa itu. Ada perbezaan ketara kot jika lelaki dan perempuan bercerita tentang cinta yang lepas. Perempuan cenderung membenci, tetapi lelaki cenderung menghargai pengalaman tu - baik atau buruk. Oh, mungkin sebab ni kot perempuan tak suka? (Ceh, pandai-pandai je aku nak bagi pandangan bab yang aku failed ni! haha).

Cerita 3

Sejak aku masuk kampus dulu, aku menjejak sebilangan rakan di sekolah rendah. Kawan sekolah menengah tidaklah sukar kerana kami masih saling berhubung. Ada sesuatu yang aku dapati - perempuan mudah melupakan hal-hal yang lepas tetapi lelaki sebaliknya. Aku tak tahu sama ada ia memang umumnya begitu. Lelaki boleh bercerita banyak dari kisah lama even sampai zaman hingusan. Aku rasa perempuan mungkin sebenarnya ingat, tapi jenis yang tak suka mengenang. Selalunya lelaki mengenang masa lalu tanpa perlu terperangkap di dalamnya - banyak pengajaran yang perlu diambil.

Jauh semua mengharung pengalaman masing-masing. Ada yang masa sekolah sangat glamour, tapi mengharung hidup biasa-biasa saja. Ada yang tersungkur dan bertatih untuk bangkit dan ada yang nobody masa sekolah kini sedang membina kehidupan yang besar. Hebat pengertian di sebalik perjalanan masa ni.

Aku selalu ingat kata-kata Kurt Hahn "the ship in harbour are safe, but that's not why the ship were built for".

Outdoor sangat bermakna dalam perjalanan hidup aku.

Rain or shine, life must goes on...


14 comments:

  1. women tend to forget, but hate to forgive

    men tend to forgive, but remembers everythg..

    ReplyDelete
  2. tang ppuan tak suker pakwe sbut pasal ex gf tu sgt tepat..

    tp tang mbenci tu, kalu org lain aku tak tau..tapi aku dulu agak sadis lar..skrg dah buleh jadik kwn unless lar ex tu mmg binatang (sorry kasar tapi sesuai dgn kbejatannya lar kan)..

    ReplyDelete
  3. tapi agak2 apa perempuan rasa bila perempuan sembang pasal ex-bf dekat bf dia?

    waktu dia citer tu, agak2 apa bf dia rasa?

    ReplyDelete
  4. mgkin utk pengajaran? perhaps..
    mgkin x nak si bf jd mcm ex-bf dia? perhaps..
    mgkin x nak si bf ulang kesilapan yg ex-bf buat pd dia? perhaps..

    ok cukup 3 perhaps kali ini :)

    ReplyDelete
  5. haha, why don't girls thing the same way when guys tell them the same story..i mean about ex-gf?

    kamu, kamu, kamu dan kamu kamu perempuan...pening kepala lelaki :p

    ReplyDelete
  6. ok aku admit..aku dh rasa..kemudian, Puchong Perdana dan sekelilingnya yg bdekatan hampir dilanda bah besar!

    dan aku mogok 2 hari. asal jumpa je, aku ckp..Ye saya org kedua yg kamu cinta, suka, syg etc bla bla bla.. :P

    ReplyDelete
  7. err...i'll never forget..but would forgive..i think...hehe..=P

    ReplyDelete
  8. aku suka itu Manny...hidup ni lebih besar dan luas dari apa yang kita sangka.

    ReplyDelete
  9. chehh..manny..mcm x pecaya je kau forgive si tuut :p Orlando Bloom itu :p (dh jgn nanges, aku x suka kau nanges sbb dia)

    aku kdg2 lupa..tp aku sbnarnya seorg pengingat yg hebat juga..lps tu skrg tpaksa belaja melupakan..bia aku x pyh nanges :P

    ReplyDelete
  10. haha lin, terima kasih kerana tulis yg benar bagi pihak aku...

    admit je manny, relaks..perhaps it's the way we learn to appreciate the difference among each others.

    bukan semua benda kita nak dalam dunia ni bleh dapat. dan kadang2 apa yg kita nak tu tak semua baik utk kita.

    ReplyDelete
  11. tu semua citer pedih aku.aku bukan seorg pengingat.tp yg satu tu aku xleh lupe.payah btul..

    kan bagus kalau memori ni macam buku.dah tulis,simpan.kalau dah xnk pakai,buang saja..=(

    ReplyDelete
  12. sabar k?

    lin, okla tu bah besar di sana. tapi kau pernah dengar pantun ni?

    akar nibung meresap,
    akar mati dalam perahu,
    terbakar kampung nampak asap,
    terbakar hati siapa tahu?

    ReplyDelete