Masukan (aku cuba sebaik mungkin untuk berbahasa Melayu dengan baik) ini mungkin ada kaitan dengan masukan yang sebelum ini.
Jika kau pernah melakukan sesuatu dan jatuh berkali-kali, tapi kau tidak berputus asa...aku mahu berdiri dan salut kau bila kau telah berjaya. Waktu kau melalui kesukaran proses untuk bangun, aku mahu selalu perhatikan dan tawarkan kau apa yang boleh agar kau mahu terus berusaha dan tidak putus asa untuk capai cita-cita kau.
Kau dah tengok?
Kau percaya tak, waktu kita tengok ini hati kita mungkin tersentuh. Tapi, sekejap lagi atau mungkin tidak begitu lama selepas ini, kita tak peduli pun tentang orang-orang seperti ini?
Hati kita tersentuh itu pun dikira mujur Tuhan masih mahu kita ada perasaan lagi. Pada banyak waktu itu, di mana rasa kita? Kitalah yang paling jelek melihat peminta sedekah. Kitalah yang paling jelek melihat orang susah yang compang-camping mencari rezeki...kitalah...
Jangan pergi sejauh itu, mereka yang taraf hidupnya mungkin tak setaraf dengan kita pun entah kita peduli atau tidak.
Tindakan kita itu mungkin tidak salah sepenuhnya. Soalnya hati kita, masih adakah satu rasa tunduk kepada segala apa yang dipinjamkan Tuhan pada kesempurnaan deria, kecantikan wajah, kesihatan dan juga sejuta pencapaian yang pernah kita kecapi?
Kau dan aku, berbanggalah untuk segala kebaikan dan pencapaian kita kerana di sebaliknya ada proses sukar yang kau harung. Tapi awas, jangan kau biar hati kau tewas kerana di sebalik segalanya ada yang Maha Mengetahui.
Raikan semangat insan - biar akan sentiasa ada di sepanjang jalanmu mereka yang tidak putus mencari kelemahanmu untuk dipersenda.
Kau manusia dengan jasad, insan dengan roh. Janji kita pada Allah s.w.t. bukan sekadar Dia adalah Tuhan kita tetapi ada pada "sesungguhnya (ingatan) solatku, ibadat (kebajikan)ku, hidupku, matiku hanya semata-mata kerana Allah s.w.t.".
Aku berpesan untuk diri aku dulu yang fikir, melihat dari tiap kata yang tertulis di sini terlebih dahulu dan menyebutnya kepada telinga yang lebih dekat dengan mulutku.
Telah Allah s.w.t. muliakan seluruh bani Adam. Sesekali ketuklah jiwamu dan tanyakan diri kenapa kamu sering merasa lebih besar daripada yang lain?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ye gunaknlah nikmat yg di beri sebaiknya..jgnlah kita kufur nikmat.Gunakan di tmpt sebaiknya..
ReplyDeletepersoalan utama...
ReplyDeleteapa yg dikatakan nikmat dan apa yg tidak?
bukankah tertera firman Tuhan bahawa manusia akan diuji juga dgn nikmat dan sebahagian kita akan dibiarkan gagal dgn nikmat ini?
sebab itu org yg sempurna x semestinya bahagia..ada naik ada turunnya...
ReplyDeleteyg tak sempurna itu sempurna :)
ReplyDelete